
MAJLIS PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM
Tarikh: 22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa: 7 malam
Lokasi: Iskandar Puteri, Johor.
Karnival bermula jam 10 pagi.


PELAN TEMPAT DUDUK MAJLIS PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM
Tempat duduk sewaktu Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Februari 2020 dibahagikan kepada dua kategori – ‘Reserved Sections’ dan ‘Free Entry Sections’.
‘Colosseum’ canggih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dua tingkat ini akan dibuka kepada orang ramai untuk pertama kalinya dan ia bakal menjadi pembukaan gemilang yang wajib dihadiri.
Tingkat bawah dikhaskan untuk para Jemputan Istimewa, Boys of Straits, pemegang ‘Golden Pass’ dan pemegang tiket terhad Zon A yang tertakluk kepada ‘first-come first-serves’.
Tingkat atas (Zon A dan B ) dibuka kepada orang ramai yang telah memiliki tiket percuma yang mana ia perlu didapatkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 19-21 Februari waktu pejabat.
Kepada yang tidak memiliki tiket pula dipersilakan untuk memeriahkan suasana karnival (bermula jam 10.00 pagi), menonton acara berlangsung melalui dua skrin LED besar dan menyaksikan pertunjukan bunga api yang menarik.

PERKHIDMATAN BAS ‘SHUTTLE’ PERCUMA UNTUK PENYOKONG KE MAJLIS PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma untuk pengangkutan para penyokong Harimau Selatan yang akan hadir ke majlis perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada hari Sabtu, 22 Februari 2020.Perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma ke stadium ini akan bermula jam 3.00 petang hingga ke 12.30 malam dari Kota Iskandar, Johor Bahru. Para penyokong yang ingin menggunakan perkhidmatan ini dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan anda di kawasan terminal bas Kota Iskandar.Ini untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga untuk memastikan aliran masuk dan keluar penyokong yang lebih teratur. (Credit info: Johor Southern Tigers)
p/s Bangsa Johor mesti dah excited kan nak ke majlis perasmian stadium baru Stadium Sultan Ibrahim ni.. samalah dengan Babah Ilhams tu. Ummi nak ikut ada siapa-siapa sudi jaga The Ilhams?
Baca juga: Wordless Wednesday – JDT Menang 5-2 Melawan Pohang Steelers
Kawan Sis offer grand stand lagi Sabtu ni..tapi sebab akan memenuhi jemputan kahwin terlebih dahulu, tak apalah…kita pergi jemputan media tour nanti lalalalalalala
hasben kita dapat grand stand gak tu.. dia gi borong jersi 2 helai hahaha..
Pingback: Rekaan Menarik Jersi JDT 2023 - herneenazir
Pingback: Info Jualan Tiket Final Piala FA - JDT vs Kuala Lumpur City FC (22 Julai 2023) - herneenazir
Pingback: Wordless Wednesday - JDT Menang 5-2 Melawan Pohang Steelers - herneenazir.com