Nazir 40 Sen! (9 Feb 2020)

His Birthday

Nazir 40 Sen! (9 Feb 2020) | Assalamu’alaikum. Happy birthday yang ke 40 tahun Babah! Uisyhhhh dah 40 tahun dah ek. Dah tak sama series dah kita ekekeke. Jangan nak “man’s life begin at 40” sangat ok hahaha.

Oleh kerana coronavirus yang berleluasa, kami decided untuk tak celebrate di luar. Cukup hanya di rumah celeberate lima beranak. Abang Ilhams request nak makan kat Absolute Thai. Ummi berkeras tak nak exposed diorang ke mall. Bila explain pasal virus dan cakap kita tapau je makan kat rumah, diorang setuju. Jadi petang tu, Ummi keluar sesorang tapau favourite menu diorang dan Babah jaga diorang kat rumah. Dapatlah “me time” sekejap ekeke.

Sempat juga belikan Babah sejambak coklat. Walaupun Ummi tahu kitkat tu bakal dimakan oleh anak Babah yang nombor 3 hahaha.

Abang Ilham kata.. “Eh.. kenapa Ummi tulis sayang?” hahahaha. “Eh.. mestilah.. Babah kan suami Ummi mestilah Ummi sayang” hehe.

Ini menu yang Ummi tapau dari Absolute Thai. Menu favourite anak beranak, deep-fried garoupa topped with thai chilli sauce, stir fired asparagus with prawns, tom yam prawn soup dan kerabu mangga bersama crispy catfish.

Birthday decoration ni actually masa birthday Syamil hahaha. Itu pun sambut anak beranak tapi ada jemput Tok Ayah semua la. Memang purposely tak cabut untuk celebrate birthday Babah haha. Gila jimat ko kan. Ilham tak bagi Ummi buka, dia kata biar sampai birthday dia haha. Melampau no, takkan raya nak biar gitu haha. Ummi beli 2 slices duran cheese cake dan 1 slice of chocolate cheese cake. Pasang lilin seketul, Babah kat atas abang-abang acah tutup lampu suruh Babah turun hahaha. Kekonon nak surprisekan Babah. Sudahnya suruh nyanyi Ummi sorang je yang nyanyi cisssssssssssss.

Babah and the heroes. Kalau Syakir ada, dah berderet 4 orang peluk cium Babah. Tak apalah syukurlah dengan yang 3 orang ni, kita jumpa Syakir di syurga insha Allah.

Happy Birthday Sayang.. semoga dilimpahi rahmat Allah, dikurniakan rezeki berlipat ganda. Semoga mendapat umur yang barokah. Hadiah macam biasalah, Jersi JDT baru biasa keluar ngam-ngam je dekat-dekat birthday Babah, jadi tak payah susah-susah Ummi nak fikir hadiah apa ekekeke.

Banyak-banyak gambar berdua, gambar ni je yang Ummi rasa lulus. Photographer bertugas, Abang Ilham. Snap gambar memain bergoyang-goyang gambarnya.

Thanks anak-anak semua memberikan kerjasama. Harap berpuas hati dapat makan Absolute Thai walau hanya di rumah hahaha. Birthday celebration Ilham Syamil menyusul nanti hehehe. Insha Allah. Next bersedia untuk 1st birthday Ilham Syahid baby special Ummi. Stay tuned!

Apa pun.. NAZIR DAH 40 SEN HOIIIII!!!! kahkahkah.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!