10 Tempat Menarik di Johor Yang Mesti Dikunjungi

10 Tempat Menarik di Johor Yang Mesti Dikunjungi | Assalamu’alaikum. Selamat berhujung minggu untuk semua. Hari ni Ummi terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua tempat-tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi. Kalau korang belum pernah sampai ke Johor ni, boleh la merancang percutian ke sini. Bukan sahaja banyak tempat menarik di Johor, makanan juga tak kurang sedapnya.

Kalau diikutkan perancangan tahun 2020 adalah Tahun Melawat Johor (Visit Johor 2020). Tapi apakan daya seluruh dunia diuji dengan wabak COVID-19, maka lumpuhlah sektor pelancongan di Johor. Walau bagaimana pun, kita masih lagi berpeluang bercuti di dalam negeri bagi memulihkan ekonomi negara Malaysia yang di sayangi.

Tak payah buang masa jom jitak tengok satu er satu adakah korang dah sampai ke tempat-tempat ini ke belum hehehe.

10 Tempat Menarik di Johor Yang Mesti Dikunjungi

#1- Forest City Country Garden, Iskandar Puteri

Forest City terletak di Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah Johor. Sebuah pulau binaan manusia yang cantik menghijau sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga tersayang. Tempat lepak paling dekat dengan rumah kami. Almaklumlah kawasan Forest City ni kawasan kampung kami yang dibangunkan. Banyak aktiviti boleh dibuat di sini. Ada kolam renang dan terbaru Forest City Water Park. Sesuai untuk anak-anak yang memang suka mandi-manda.

Ikuti kisah selanjutnya di sini >> Forest City Country Garden, Iskandar Puteri

#2- B5 Johor Street Market, Johor Bahru

Kalau berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa singgah di B5 Johor Street Market, daya tarikan terbaru pelancong ke negeri Johor. Dibangunkan oleh Johor Corporation dibawah kelolaan Johor Land Berhad (JLand) & Damansara Asset Sdn Bhd (DASB) dengan keluasan 5.9 ekar menjadikan ianya sebagai “Centralised Retail Tourism Center”.

Nak tengok banyak lagi yang menarik boleh baca di sini ya >> B5 Johor Street Market, Johor Bahru.

#3- Malay Cultural Village, Johor Bahru

Bagi yang ingin mempelajari adat resam orang Melayu dan ingin mengimbau kenangan lama Ummi cadangkan korang ke Malay Cultural Village yang terletak di Larkin, Johor Bahru. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk para pengunjung antaranya seperti menebar roti canai, membuat air teh tarik, mencanting batik, persembahan wayang kulit, persembahan tradisional dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Koarng boleh baca info lengkapnya di sini ya >> Malay Cultural Village, Johor Bahru.

#4 – Umbrella Alley Muar

Muar bukan sahaja terkenal dengan barisan makanan yang pastinya melazatkan. Kini terdapat juga instagrammable spot seperti di Umbrella Alley ni. Cantikkan? Mural Art di sepanjang dinding bangunan menambah lagi daya tarikan di kawasan ini. Dua lokasi yang korang mesti kunjungi adalah di Jalan Sisi Muar dan juga Lorong Belakang Jalan Othman Muar. Banyak lagi gambar-gambar menarik korang boleh baca di sini >> Umbrella Alley, Muar.

#5- VRinity Malaysia, Mall of Medini

Dah sampai Iskandar Puteri tapi tak tahu nak ke mana lagi selain ke Legoland? Apa kata korang terjah VRinity. VRinity adalah salah satu pusat hiburan inetraktif yang menggunakan konsep virtual reality. Memang syoklah walaupun Ummi bukan kaki games hehe. Ada pelbagai game yang ditawarkan antaranya ialah Special Force, Black Badge Signal, Tobot dan banyak lagi. Korang boleh baca di sini VRinity Malaysia, Mall of Medini>>

#6- Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar

Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Johor yang penuh dengan lagenda. Kalau korang yang sukakan keindahan alam inilah masanya untuk korang menjejakkan kaki ke sini. Tempat yang sesuai untuk dihabiskan bersama yang keluarga dan rakan-rakan. Nak mandi-manda, nak berkhemah sambil masak-masak, nak mendaki gunung, semua ikut pilihan hati korang ya. Syoknya mandi air gunung yang sejuk membeku.

Jom rancang percutian korang ke Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar.

#7- Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor

Pantai Desaru yang tertletak di Kota Tinggi memang tidak asing lagi bagi orang Johor. Inilah antara pantai menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara ingin menikmati keindahan laut, Laut China Selatan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Pantai Desaru, antaranya aktiviti hari keluarga, berkelah, berkhemah, mandi-manda dan macam-macam lagi.

Untuk melihat pemandangan yang cantik di sana boleh klik link ni >> Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor.

#8- Kolam Renang AMA Resort Muar

Kolam Renang AMA Resort Muar terletak di dalam kawasan AMA Resort & Training Centre. Ianya adalah salah satu daya tarikan pengunjung ke sini. Selain dari aktiviti mandi-manda di kolam renang yang disediakan, terdapat juga homestay dan training centre untuk disewakan sesuai untuk majlis perkahwinan, hari keluarga dan lain-lain lagi.

Cerita lanjutnya korang baca di sini >> Kolam Renang AMA Resort Muar

#9- Kiddomo Discovery RnF Mall, Johor Bahru

Kiddomo Discovery adalah inovasi terbaru taman permainan kanak-kanak yang direka bagi membantu mereka berimaginasi kreatif dengan cara mereka sendiri. Ianya berasal dari Jepun. Kiddomo Discovery Johor Bahru adalah outlet kedua yang dibuka selepas Kiddomo Universe Petaling Jaya. Orang Johor yok bawa anak-anak ke sini dan nikmati pengalaman menarik dengan pendekatan unik yang menggabungkan permainan klasik dengan teknologi terkini. Baca info lanjut di sini >> Kiddomo Discovery RnF Mall, Johor Bahru.

#10 – Skyscape Menara JLand, Johor Bahru

Skyscape Menara JLand, Johor Bahru adalah salah satu daya tarikan terbaru di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Terletak di tingkat 34, Menara Jland pastinya menjanjikan pemandangan yang indah ibu negeri Johor. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya VR Games, menonton mini teater berkenaan negeri Johor, mengambil gambar di LED Tunner dan lain-lain lagi.

Gambar-gambar menarik dan info lanjut baca sini >> Skyscape Menara JLand, Johor Bahru

Ok ini antara senarai tempat menarik yang mesti dikunjungi di negeri Johor. Nanti kalau Ummi rajin, Ummi akan tambah lagi ya. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Johor ni. Memang dari tahun 2017 Ummi merancang nak bawa The Ilhams menerokai negeri sendiri, Johor Darul Takzim. Insha Allah projek Ummi ni bakal disambung bila COVID-19 dah mula reda. Ok selamat berkunjung ke negeri Johor ya!

 1,358 total views,  1 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!