Resipi Nasi Minyak Mudah & Sedap | Cerita lama dah berbulan-bulan saja perap dengan harapan muncul seperiuk nasi minyak atas meja makan hahaha. Buat pertama kali Ummi masak nasi minyak seumur hidup. Sempena anniversary Ummi gigihkan juga masak nasi minyak nak fefeeling pengantin baru hahaha. Saja nak belanja The Ilhams makan nasi minyak Ummi Babah, sebab diorang tak merasa makan dulu hahaha. Gigih juga Ummi bagi list barang-barang keperluan suruh Babah ke kedai membelinya. Nasiblah complete semua pesanan.
Ummi pakai beras Moghul Faiza Basmathi. Sekali Babah beli sampai 2 kg daaaaaa. Kemain banyak nak jemput satu Jalan Kelasi 7 agaknya hahaha. Tak payah buang masa, jom kita tengok resepi dan layan cara memasak step by step.
RESEPI NASI MINYAK
Resepi asal: https://norazlitaaziz.blogspot.my/2014/08/nasi-minyak.html
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis (tak letak pun)
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
1 batang serai di titik
1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh maggi secukup rasa
Pewarna kuning telur
Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga
Beras kita cuci dan rendam dahulu selama 20 minit.
Masukkan minyak sapi dan minyak jagung ke dalam periuk.
Tumiskan bahan tumis, daun pandai dan serai hingga harum.
Masukkan bawang hiris, bawang putih hirs dan halia. Masak sehingga harum baunya.
Masukkan susu cair.
Masukkan air secukupnya.
Perasakan dengan garam.
Tambahkan Maggi Cukup Rasa jika suka dan kacau rata.
Masukkan beras Basmathi.
Kacau dan tutup periuk. Biarkan nasi ditanak.
Taraaaaaa.. molek kejadiannya.
Buat lubang menggunakan chopstick. Titikkan pewarna kuning telur ke dalam lubang tersebut.
Kemudian gaulkan nasi dengan senduk.
Inilah kejadian Nasi Minyak versi Ummi Ilhams. Menjadi uolls nasi minyak Ummi hehehe. Maka makanlah kami empat beranak nasi minyak bersama lauk ayam masak merah dan acar timun dan nenas sambil membayangkan ada bunyi kompang, ada orang bersilat dan ada pengantin hahahaha.
Kalau korang nak cuba masak nasi minyak, cubalah guna resepi ni konfem menjadi. Thanks for sharing the recipe Kak Azlita Masam Manis.
Cantik kejadian nasi minyak tu hernee. Memang lawan dia ayam masak merah tu.
Hehehe tu lah..nasiblah menjadi..kalau tak kena komplen la dengan hero2 kecil..hehehe
terliur sgt. sbb dah lama tak makan nasi minyak
Hehehe alaaaa siannya..
hahah…boleh try ni..saya pun teringin nak makan nasik minyak sambil membayangkan bunyi kompang tu..hahaha
Hahaha..boleh je..masak sesiap.. ajak anak2 makan.. sambil tu buat drama sikit kekonon majlis kahwin ibu n ayahnya ekekeke
Merasalah the ilhams nasi minyak ummi, hehehe
Hahaha..kannnn..tapi sayang ummi tak sempat bersanding lagi sekali..kahkahkah
husband aku pun dah banyak kali request..cuma belum nak buat je…hadoiii..bila entah masa nak datang rajin tu..habislah kalau husband aku tengok blog ko ni…confirm dia bersuara lagi
assalamualaikum hernee…sesekali buat menjadi memang seronok la hati ummi ilham…
ini makan nasi kosong saja pun dah okey sesangat,
geram pulak aishh..kikiki
tu lah..makan gitua je pun dah sedap..