Resipi Roti Jala | Assalamu’alaikum. Sejujurnya sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menu-menu hidangan kami sekeluarga adalah menu hari-hari biasa je. Tiada yang luar biasa. Pusing-pusing itu juga yang Ummi masak. Semuanya mengikut selera anak-anak. Ummi Babah macam biasalah follow je janji utamakan perut anak-anak. Stok-stok makanan lain pun ada juga contohnya karipap oksigen kegemaran diorang hehehe. Ada kek batik lah, kek gula hangus lah, roti kampung lah Ummi order dari kawan-kawan. Senang buat-buat standby time anak-anak lapar. Duduk rumah dengan emak dia sekali lapar hurmmmm.
Minggu kedua Abang Ilham request nak makan roti jala. Seorang emak ni manalah sampai hati nak hampakan permintaan anaknya kan hehe. Jadi Ummi tunaikanlah Roti Jala darurat ni hehehe. Roti Jala yang Ummi buat ni lawannya kuah Kari Daging. Baki daging blackpepper Ummi masak semalamnya dibuat kari.
Roti Jala
Resepi Asal Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (Ummi follow Azie Kitchen guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning (Pewarna kuning dah expired hahaha.. Ummi hentam jek lah guna serbuk kunyit hahaha)
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Oleh kerana mencari acuan roti jala entah kemana tak jumpa. Ummi pun tak ingat itu acuan Ummi ke Ummi pinjam Mommy Ngah hahaha. Dah daruratkan, nak pergi pinjam rumah Mommy Ngah memang tak lah nak keluarr. Jadi Ummi carilah idea lain. Cari botol air mineral tak jumpa, maka Ummi gunalah botol air 100 Plus Babah kahkahkah.
Tebukkan 3 lubang, bolehlah.. lepaslah buat lebih 10 keping roti jala hehehe. Duduk kat dapur kan kena kreatif. Walaupun rupa roti jala Ummi tak konsisten, tapi ok lah. Dah cicah dengan kuah kari daging sedap uolls.
Haaa kalau tak ada idea nak buat breakfast atau minum petang, silalah buat roti jala ok hehehe. Dulu rajin buat roti jala time puasa je hehe. Nanti dalam bulan puasa pun boleh la repeat roti jala untuk berbuka hehehe.
Kalau orang tua dulu-dulu ada yang panggil roti jala ni as “roti kirai” hehe. Apa-apa pun walau nama lain tapi resipinya tetap sama. Next Ummi nak try buat roti canai. Sebab tengok timeline facebook ramai orang buat homemade roti canai. Sampai Ummi termimpi-mimpi biuat roti canai sendiri kahkahkah.
Selamat menjala si roti jala!
Baca juga: Resipi Nasi Minyak Mudah & Sedap
roti jala termasuk dalam 14 resepi PKP fasa ke-2. hahaha. boleh tiru tu bab botol.
hahaha silakanlah meniru..
eh eh tak terfikir ek pakai botol mineral camtu..ok boleh cuba!!
hahaha last choice hahaha mane ghabi acuan entah..