Resipi Acar Timun & Nenas | Resepi mudah acar timun dan nenas yang baru sempat nak dikongsikan. Kalau nenas dan timun ni ada lagi dah meraung dorang tunggu cerita dorang keluar kat blog Ummi ekekeke. Ok, acar timun dan nenas ni Ummi buat masa buat nasi minyak hari tu. Resepi Nasi Minyak Ummi dah share beberapa minggu lepas. Alhamdulillah banyak juga views setakat beberapa hari ni. Mungkin ramai orang tengah mencari info resepi nasi minyak hehe.
Resepi Acar Timun & Nenas
Bahan-bahan:
Timun
Nenas
Cili merah
Bawang besar
Cuka
Gula
Garam
Cara-cara:
Potong timun, nenas, cili merah, lobak merah, bawang besar mengikut citarasa masing.
Satukan semua bahan dan gaulkan bersama sedikit cuka, garam dan gula. Kacau rata dan sebati. Kalau korang tak nak bubuh cuka pun tak ada masalah. Cukup sekadar bubuh garam dan gula. Ohhh ada juga resepi yang diorang letak sos cili untuk rasa masam.
Siap untuk dihidang. Ehhhh terasa pula acar ni lalu kat tekak hehehe. Ok, korang kot esok lusa nak baut kenduri rumah mak mertua, dah boleh lah sumbang satu menu mudah untuk tetamu hehehe. Buat je acar timun dan nenas ni gerenti mak mertua suka ngeh ngeh ngeh.
Jom baca: Resipi Bulgogi Sedap & Egg Roll Mudah
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
2 thoughts on “Resipi Acar Timun & Nenas”