Menu Berbuka Puasa – 3 Ramadhan 1441H

Menu Berbuka Puasa – 3 Ramadhan 1441H | Assalamu’alaikum. Ok dah berjaya masuk ke 3 Ramadhan 1441H ekekeke. Menu kami di hari ketiga berpuasa. Mula-mula plannya masak Kuzi Kambing je. Sekali dah petang sikit terdetik nak masak nasi minyak. Babah ok je, redho jek la kena pergi kedai cari bahan-bahan. Antara bahan-bahan yang dicari, beras basmathi, minyak sapi dan minyak jagung. Bahan-bahan guna apa yang ada di rumah. Tapi malangnya sesampai Babah dari kedai, minyak sapi dan minyak jagung tak ada hahaha. Nak keluar semula of course tak payah la time-time macam ni kan. Pepandailah Ummi adjust resipi hehehe.

Nasi Minyak ni Ummi dah cuba buat kali kedua menggunakan resipi Kak Azlita Masam Manis. So far memang mudah dan menjadilah resipinya. Cuma kali ni Ummi durhaka tak pakai minyak sapi dan minyak jagung macam dalam resipi Kak Ita. Ummi gantikan dengan majerin biasa dan minyak masak biasa. Mula-mula agak seram jugalah takut tak menjadi. Tak ke hijau muka kalau nak makan nasi tak masak betul. Alhamdulillah adjust sana sikit sini sikit ok je. Cuma beras basmathi ni extra long, Ummi baca kalau beras jenis ni kena lebihkan air kalau tak dia jadi kering sangat. Pada Ummi ok la tu, cuma tak semenjadi masa first time buat. Korang boleh rujuk resipi nasi minyak kat link di bawah ni ya.

RESIPI NASI MINYAK MUDAH & SEDAP

Favourite anak beranak, Kuzi Kambing untuk kali ketiga dalam tempoh PKP hahaha. Gasak korang la kan kerja nak makan Kuzi Kambing. Resipi Kuzi Kambing boleh rujuk link di bawah. Bacalah bebelan Ummi pertama kali masak Kuzi Kambing.

RESIPI KUZI KAMBING SEDAP

Ok padanan menu seterusnya pelengkap nasi minyak tak lain tak bukan Acar Timun dan Nenas atau pun Jelatah tak pun ada yang panggil Acar Mentah atau Pencuk. Whatever you call it, dia adalah penyedap bila dimakan bersama nasi minyak. Resipi mudah je, pejam mata boleh buat hehe. Kalau buat acar timun nenas pun tak sedap tak tahulah makcik nak kata apa hahaha. Link resipi Acar Timun & Nenas di bawah ya.

RESIPI ACAR TIMUN & NENAS

Penyejuk tekak kita di hari ke 3 Ramadhan 1441H adalah Air Sirap Lemon Selasih pilihan Babah. Sejuk lalu tekak ada selasih yang boleh dikunyah-kunyah tu hehehe.

Tambahan Ummi beli Onde-onde dan Teh Ais dari DapurEijaDotCom. Kawan sePTP dan jiran setaman hehehe. Supportlah bisnes kekawan kan. Teh Ais tu belikan Abang Ilham, tapi Ummi ada la ngecek hehehe. Setakat 10 hari puasa ni belum buat lagi Onde-onde. Insha Allah sooooooon. Sementara tu boleh tenung Resipi Onde-onde Buah Melaka yang Ummi buat di bulan Ramadhan tahun lepas hehe.

RESIPI KUIH ONDE-ONDE SEDAP & LEMBUT

Alhamdulillah rezeki di hari ketiga. Kenyang kami anak-beranak. Semoga cepatlah Ummi update menu 4 Ramadhan 1441H ekeke.

Till then, stay at home! stay safe!

54 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *