Resipi Bihun Goreng Mudah & Sedap

Dari Dapur Hernee Nazir Recipes
Resipi Bihun Goreng Mudah & Sedap

Resipi Bihun Goreng Mudah & Sedap | Alhamdulillah walau sibuk bekerja Allah bagi kesempatan untuk Ummi menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak. Jom baca dan cuba resipi bihun goreng, yang mudah dan sedap hasil air tangan Ummi. Ianya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk dimasak dan disediakan. Biasanya bihun goreng ni sesuai sangat dijadikan sebagai sarapan pagi atau minum petang, tapi kalau korang nak buat untuk makan tengahari pun apa salahnya kan hehehe.

Jomlah tengok bihun goreng versi cincai Ummi Ilham yang dipadankan bersama segelas Iced Spanish Latte buatan sendiri hehehe.

Bahan-bahan Membuat Bihun Goreng:

  • 1 peket bihun, rendam sehingga lembut (Ummi rendam malam untuk masak pagi)
  • 1 mangkuk udang, yang telah dibuang kulit
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • fishcake atau fishball potong kecil (kalau suka)
  • 1 genggam taugeh (Ummi suka letak lebih)
  • 1 tangkai sawi, dibersihkan dan potong
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • kicap manis secukup rasa
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Bihun Goreng:

  1. Panaskan minyak secukupnya, tumis cili kisar, bawang merah kisar dan bawang putih kisar.
  2. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan udang dan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, sos cili, fishball/ fishcake, batang sawi dan kacau seketika. Masukkan garam halus secukup rasa. Kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air. Kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun sawi. Kacau sehingga semua bahan masak sekata. Tambah garam jika perlu.
  5. Kalau rajin hiaskan dengan daun bawang dan telur dadar yang dihiris nipis ala-ala nak hidang untuk jamuan hehehe. Tapi Ummi hias kalau buat hari cuti la kalau hari kerja tak sempat. Oklah selamat mencuba uolls.

Koleksi Resipi & Masakan Ummi Ilham.

Baca juga: Resepi Donut Mudah dan Gebu

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Resipi Bihun Goreng Mudah & Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!