Cerita Syamil, Bronchopneumonia, Tonsil & Adenoid

My Hero Kechik - Ilham Syamil

Cerita kesihatan Syamil. Kalau korang follow instagram dan facebook Ummi mesti korang perasa last month kami bercuti panjang di “Hotel 5 Bintang” buat kali ketiga dalam tahun 2017.

20171220_095116

Kisahnya, hari Rabu tu follow up check up untuk last day Guarantee Letter (GL) untuk admission bulan Oktober. Tapi pada hari yang sama tu juga Syamil demam dan batuk. Gerak hati Ummi memang dah dapat rasa kena admit. Sudahnya bila Dr. Terry check, nampak la nafas Syamil laju. Dia kata terpaksa tahan wad. Ummi pasrah je la, demi kesihatan Syamil. Bab nafas ni Ummi Babah memang risau.

20171220_171013

Kalau Umminya pasrah, si kecil ni lagi la pasrah. tengok muka sedih tu ha. Yang penting abang excited duduk “rumah doktor” hahaha.

20171220_182755

Sementara tunggu Babah sampai memasing dah kesejukan lalu ketiduran. Cuba cari mana Abang Ilham hahaha. Tu ha dalam selimut.

20171221_083813

Masa ni memang demam on off. Rasanya sebelum ni kalau dah makan ubat demam cepat je kebah. Tapi tidak untuk kali ni. Bila dah siap bagi antibiotik baru lah kebah. Itu pun malam memang kena monitor je suhu badan dia.

20171221_173155

Walau macamana pun gaya kaki tetap maintain ok hahaha.

20171222_133402

Petang-petang keboringan, Ummi berdua beranak Syamil meronda la sekitar wad. Jengah-jengah nursery tengok baby merah-merah bau lahir hehehe. Sambil menunggu ketibaan Babah dan abang tu kami cuci mata tengok langit biru.

20171222_133518

Sedih hati Ummi tengok badan dia yang susut ni. Sepanjang 5 hari 4 malam kat hospital memang dia tak nak langsung makan nasi. Makan sikit je biskut-biskut. Lain ngempeng jek lah. Rezeki susu ibu yang masih ada ni je lah yang bantu Syamil isi perut.

20171222_183612

Petang kami ambil angin kat bawah sambil hantar Babah dan abang ke kereta.

20171222_183705

Mula-mula dia ok je.

20171222_183906

20171222_183907

Siap boleh posing lagi kat tepi air terjun hahaha.

 

20171222_184118

Sesyahdu matahari yang nak terbenam..

20171222_184257

Begitulah syahdunya hati Syamil nak kena tinggal. Dah start merengek, menangis, meraung, merajuk nak ikut Babah balik. Babah bagi upah ronda kawasan Medini naik kereta kejap.

20171222_222953

Merajuknya tu bawa ke bilik. Tak nak mandi, tak nak makan ubat. Ummi paksa mandi bertambah-tambah merajuk. Paksa sebab panas on off nurse suruh kerap mandikan. Nampak tu merajuk sampai ke hujung katil bawa diri. Nurse datang pun dia tak layan.

20171224_105500

Esoknya hari nak balik dia kemain tidur nyenyak macam tak nak balik. Doktor ronda pagi pun dia syok tidur. Ikut kata Dr. Terry, batuk demam dah ok. Cuma seminggu lagi masa follow up check up dia akan refer kepada Pakar ENT berkaitan masalah dengkur yang kuat yang berkait rapat dengan tonsil dan adenoid.

20171228_143410

Ini masa check up seminggu lepas admitted. Hati gundah gulana tu. Marah Ummi snap gambar dia.

20171228_145041

Menghiburkan hati sementara tunggu turn masuk bilik Dr. Terry. Lepas jumpa Dr. Terry, kami diarahkan untuk berjumpa dengan Pakar ENT, Dr. Norleza. Soft spoken sungguh doktor ni tau. Rasa Ummi mesti ramai pesakit suka dengan doktor ni hehehe. Very polite and kids friendly.

20171228_153144

Lepas berbincang dengan Dr. Norleza, beliau meminta kebenaran untuk masukkan kamera (sorry bukan ayat doktor) ke dalam hidung Syamil bagi memeriksa keadaan tonsil dan adenoid Syamil. Syamil duduk diam je ke? Uissyhhhh idok le. Siap kena bedung tu. Babah tukang peluk. Dia meraung sekuat-kuatnya. Alahai kesian anak Ummi. Sabar ye dik. Semua untuk kesihatan adik.

Image result for adenoids

Kalau korang tak tahu mana kedudukan adenoid dan tonsil boleh refer gambar atas ni ya. Memang ada bengkak sikit adenoid dan tonsil dia masa tu. Doktor bagi suggestion supaya tak beri Syamil instant/ process food, bagi minum minyak kelapa dara (VCO), kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula atau lakukan minor operation untuk remove both adenoid and tonsil.

Jumaat lepas kami bawa Syamil untuk follow up check up lagi. Dr. Norleza suggestkan tonsil dan adenoid tu untuk dibuang memandangkan nafas Syamil memang berbunyi kuat.  Kecil besar hati Ummi bila dengar penerangan doktor. Sebelum ni Dr. Azhar pernah bagitahu yang tulang rahang Syamil ni kecil, dagu kecil itu salah satu punca tidur berdengkur kerana bila baring lidah Syamil akan block kawasan tekak tu. Dr. Norleza pun bagi pendapat yang sama. Dr. Norleza cadangkan untuk buat minor operation hujung buan ni, tapi Ummi Babah masih belum berikan kata putus bila tarikh sebenar. Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk membuat keputusan. Anak-anak Ummi semua senasib dengan Ummi ada tonsilitis. Teringat masa Abang Ilham buang tonsil dulu, masa tu Syamil dalam perut Ummi. Korang boleh baca ceritanya di SINI.

20171228_144051

Sempat lagi Ummi snap gambar langit biru ni. Cuba nak mendamaikan hati. Alahai sian Syamil. Kawan-kawan Ummi doakan Syamil sihat ya. Ummi Babah sentiasa doakan kesihatan Syamil. Semoga tak ada apa-apa yang memudaratkan.

Related Posts

One thought on “Cerita Syamil, Bronchopneumonia, Tonsil & Adenoid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!