Masak Asam Pedas Menggunakan Pes Asam Pedas Ayam Brand | Hujung minggu lepas Ummi dah kekeringan idea nak masak. Oleh kerana ada saki baki makanan BBQ malamnya, jadi Ummi hanya tambah satu saja menu tengahari iaitu Asam Pedas Ikan Kembung Menggunakan Pes Asam Pedas Ayam Brand.
Boleh tahan sedap juga rupanya. Pes macam ni memang sesuai untuk ibu-ibu berkerjaya, memudahkan dan menjimatkan masa. Balik kerja, tinggal tumis sekejap dan siap! Masak asam pedas semudah ABC.
Pes Asam Pedas – Asam Pedas Ikan Kembung
Ayam Brand™ Pes Asam Pedas 180g
1 sudu besar minyak masak
300ml air
500g ikan
5 biji bendi
7-8 batang daun kesum
Masak Asam Pedas Menggunakan Pes Asam Pedas Ayam Brand
Arahan Memasak:
Panaskan minyak dan kacau pasta sehingga wangi. Tuangkan air, kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, bendi, dan daun kesum. Kurangkan api dan biarkan mendidih selama 2 minit. Sajikan dengan nasi panas.
Bahan-bahan Pes Asam Pedas Ayam Brand™
Asam keping, bawang, minyak masak, gula, cili kering, bunga kantan, garam, bawang putih, penambah perasa (ekstrak yis), belacan (udang, garam), halia.
Baca juga: Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand bersama Setiap Hidangan Setiap Masa
Nutrisi Pemakanan
KETERANGAN PEMAKANAN / NUTRITION INFORMATIONHIDANGAN SETIAP PEK / SERVINGS PER PACKAGE: 4SAIZ HIDANGAN / SERVING SIZE: 45G | ||
SETIAP HIDANGAN / PER SERVING (45 G) | SETIAP / PER SERVING (100 G) | |
TENAGA / ENERGY (1KCAL=4.2KJ) | 93 KCAL | 207 KCAL |
LEMAK / TOTAL FAT | 6.6 G | 14.7 G |
KARBOHIDRAT / CARBOHYDRATE | 6.1 G | 13.6 G |
JUMLAH GULA / TOTAL SUGARS | 5.0 G | 11.1 G |
PROTEIN / PROTEIN | 0.9 G | 1.9 G |
NATRIUM / SODIUM | 623 MG | 1385 MG |
Info lanjut: https://www.ayambrand.com.my/