Lunch di Restoran Korea House Nong Chik Riverside | Hail uolls. Cerita Friday’s Lunch Ummi hari ni special sikit hehe. Hari ni kami makan korean foods yeay!. Hari ni last day Che Ta kat JB so plan nak lunch sama-sama dengan Dila dan Amy Chua akhirnya terlaksana. Kami pilih lokasi di di Restoran Korea House – South Gate Restaurant di Taman Nong Chik, Johor Bahru. Sebenarnya bukanlah handal sangat nak order makanan Korea ni, nasib Che Ta dan Amy dah terer.
Pertama kali mencuba, Dila booked awal sehari. Business hour di sini makan tengahari 12pm-3pm.. makan malam 6pm – 9.30pm. Setiap hari Isnin hanya ada makan malam sahaja.
Suasan dekorasi dalam restoran.
Belek-belek menu buat syarat sebab nak skodeng nama makanan. Sebetulnya menu kami dah serahkan pada Che Ta dan Amy untuk buat pilihan.
Bila tengok harga, telan air liur jugalah. Kata Che Ta lebih mahal dari di KL.
Geng Jumaat minggu ni kekurangan dua orang ahli, Eqa yang busy buat kerja dan Noni yang nun di KL tengah training.
Memasing excited menunggu order sampai.
Wefie sikit dengan kawan yang tahun ni genap 10 tahun perkenalan dengan Amy Chua hehehe. Best Chinese friend forever gitu.
Aneka Bancan di Restoran Korea House Nong Chik Riverside
Makanan dah sampai. Yang sampai ni nama “bancan” side dishes FOC dan boleh di refill seberapa banyak kita suka asalkan kita order main dish yang utama dalam senarai tu. Oooo barulah faham.
Main dish pertama yang sampai adalah Kimchi Pancake. Gambar dia seketul lupa nak snap. Tapi rasa sedap gilalah. Kalau masakan Melayu ni dah seakan-akan penaram (jemput-jemput udang geragau atau udang pepai) hahaha. Sepinggan RM25.
Gambar atas tu Japchae atau dalam bahasa omputihnya Stir Fried Glass Noodle. Haaa tang ni dah biasa makan lagi-lagi dalam lunch box Halmeoni Kitchen hehe. Sedap RM30 sepinggan.
Menu yang ni namanya Topokki.Dila memang teringin sangat nak makan. Akhirnya dapat juga. Taip entri ni sambil telab air liur. Rice cake tu dah ala-ala laksam hahaha. Tapi teksturnya lebih padat Kuahnya pun sedap dari sweet chilli sauce, dalamnya juga ada fish cake. Sepinggan RM30.
Menu yang ini pula namanya Spicy Octopus. Tak ada yang tak sedap setakat ini hahaha. Sedap belaka. Terbayang octopus CIMB Bank hahaha. Sepinggan RM45.
Menu seterusnya Chicken Bulgogi. Gambar tak pasti kenapa tak ada upload. Nanti update bergambar. Chicken Bulgogi ni pun sedap. Rasa banyak gila makan weh.Harga sepinggan RM45.
Last main dish, Spicy Cat Fish Soup. Masa Che Ta call tanya semua orang makan ikan keli tak.. kami jawab makan. Memang makan pun. Otak terbayang ikan keli tu di grill haha. Sekali datang dalam bentuk sup dan ikan kelinya besar yang amat. Terus rasa erkkkk besarnya hahaha. Yang benornya memang baru sekali je makan ikan keli berkuah. Biasa makan yang goreng garing-garing. Tu yang jakun hahaha. Makan jugalah sehiris. Tapi serius sedap kuah sup tu. Meriah dengan mushroom. Che Ta kata kalau tahu baik order Crab & Seafood Soup. Satu pot Spicy Cat Fish Soup tu berharga RM80.
Recommended Korean Food Restaurantin JB!
Gambar kat bawah ni 3 jenis Bancan yang sempat di snap. Kesemuanya ada 12 jenis Bancan termasuklah Kimchi, Seaweed lain-lain makcik tak tahu nama kahkahkah. Tapi ada macam cekodok, ada ikan bilis goreng, taugeh gemuk-gemuk, sayur bayam dan jeruk lobak warna pink.
Yang ni tak tahu nama tapi pernah makan dalam Bibimbap. Sedap. Sejenis mushroom kot haha. Suka hati kau Hernee.
Yang ni ala-ala whip potato pun sedap.
Yang ni sah-sah mushroom. Cendawan tiram goreng. Bancan yang lain-lain tak ada yang kami refill kecuali kimchi 2 kali refill. Nyum2 sangat hehe. Oh kami berempat makan nasi kecuali Amy. Nasi RM3 semangkuk.
Che Ta, Amy dan Dila bedal Green Tea ke Citron Tea entah. Saya dan Ira minum Sprite hahaha. Perghhhh kenyang gila nak meletup perut. Dah faham la macamana nak order next time. Cukup beli 2 atau 3 main dish yang disukai sebabnya Bancan yang diorang bagi free tu pun dah cukup banyak sampai penuh meja. Memang meriah atas meja tu. Ownernya Mdm. Ham, Ahjumma dari Korea.
Sebelum berpisah, kita wefie dulu dengan muka lebar dan senget hahaha.
Mereka berempat sementara saya jadi photographernya. Secara rasminya Ira pun dapat dua orang kawan baru hehehe.
Kami pula berempat. Friendship forever ya kawan-kawan. Geng gelak ketawa, geng bersedih, geng gila-gila, geng makan, geng woman to woman talk gitewwww hehehe. Thanks ya kawan-kawan semua. Panjang umur kita makan-makan sambil gelak-gelak lagi.
Lokasi Restoran Korea House Nong Chik Riverside
Untuk yang nak mencuba special Korean Food boleh lah ke sini ya. Recommended!
Korea House Restaurant
Address: 2, 21, Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor.
GPS: 1.464698, 103.737194
berhadapan Aloha Tower (Condo) Johor Bahru dan sebaris SR8 Cafe, Brotherhood Grill & Steamboat.
Selamat mencuba!
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
sedapnya ! memang fav makanan korea ni. kena pegii
try la airah..dah kat jb kan..hehehe
Fuhhhh sedapnya kakkk.
Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
sedap yul jom nanti try ..
Hai, kalau nak pergi Korea house ni kena booked dulu ye? 😁
nak book boleh gak..hari tu saya pergi memang book awal..tapi sampai sana meja banyak je kosong lagi..
salam…restoran ni ada halal certificate x yer? selalu gak lalu jeling2 jer..hehe
wassalam..kawan saya check ada..