Hai korang.
Korang kaki pancing ke? Suami kaki pancing? Kalau kaki pancing ha meh sini Ummi Ilhams nak share port kaki pancing kolam di Tanjung Fishing Village, Pendas, Gelang Patah. Sebenarnya ni one of the favourite fishing port Babah Ilhams hehe. Dah berekor-ekor jugalah ikan unga hasil pancingan Babah dah jadi lauk kami sekeluarga. Oh ya hari tu kami ada ikut Babah memancing, boleh baca entrinya di SINI.
Tanjung Fishing Village, Pendas, Gelang Patah
No. 2 End Road Off Jalan Tanjung Kupang,
81560 Gelang Patah, Johor.
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis – 9.00am – 6.00am
Jumaat – 4.00pm – 6.00am
Restoran Tanjung Fishing Village
Sarapan pagi dan makan tengahari – 9.00am – 3.00pm
Makan malam – 4.00pm – 12.00am
Tanjung Fishing Village ni ada restoran tau. Favourite menu kami anak beranak Mee Goreng hahaha. Sambil makan boleh tengok orang memancing. Yang nak memancing mid night pun tak perlu risau ada kedai kecil jual jajan boleh buat kunyah-kunyah. Sebelum tu pun masih sempat makan malam sebelum jam 12am.
Ada 3 kaedah memancing yang disediakan di sini, antaranya ialah:
1) Pancing Timbang
1 joran RM3 per entri
Harga ikan – Siakap RM25, Unga/Merah RM35, Kambing RM30, Kerapu RM55
Babah kata yang ni kira kalau dapat ikan tu kena timbang berat dan bayar untuk bawa balik. Kebarangkalian nak dapat ikan memamg tinggi.
2) Tangkap dan Lepas
1 sesi 3 jam (digalakkan untuk menempah awal)
RM350 (kolam kecil maksimum 5 orang)
RM450 (kolam besar maksimum 6 orang)
RM750 (kolam besar maksimum 10 orang)
Penamnahan ahli RM75 seorang. Pembantu disediakan.
Ummi saja bebel kat Babah, apa la kaki pancing ni dah bayar mahal. Dapat ikan dilepaskan pula. Kesian la hai ikan tu. Babah kata bagi kaki pancing itu satu kepuasan. Hmmm.. ok.
3) Pancing Masa
Deposit RM15
3 jam/ RM50
4 jam/ RM60
8 jam/ RM105
Tengah malam RM50
Babah Ilhams selalu pancing masa. Kadang-kadang ada rezeki nawa balik la ikam unga kambing. Kadang-kadang balik tangan kosong dapat penat je haha. Kalau dapat ungan kambing tu mengkari la Ummi hehehe.
Ok antara kemudahan lain yang ada di sini, ada tandas dan surau bersebelahan chalet. Sambil mancing tu solat dulu baru rezekikan masuk hehe.
Bagi anda yang datang dari jauh, nak stay kat chalet pun boleh.
Ada 3 jenis bilik yang disediakan. Bilik pun ikut tema nama-nama ikan hehe.
1) Bilik Kerapu – RM180/malam
2 unit katil queen, televisyen, penghawa dingin, pemanas air.
2) Bilik Merah – RM150/malam
1 unit katil queen, 1 unit katil bujang, televisyen, penghawa dingin, pemanas air.
3) Bilik Unga – RM150/malam
1 unit katil queen, 1 unit katil bujang, televisyen, penghawa dingin, pemanas air.
Itu saja info yang nak saya kongsikan kepada kaki pancing di luar sana. Agak dah berjam-jam memancing tapi tak dapat hasil, nak balik rumah pula takut cik puan marah tak ada hasil.. bolehlah singgah beli ikan hasil tangkapan nelayan di Kg. Pendas Baru hehe. Tak jauh lorong berdepan dengan Tanjung Fishing Village je. Harap-harap Babah Ilhams tak buat gini ekeke. Ok till then, have a nice weekend.
p/s makcik kepenatan ni baru balik dari Zoo Johor lepas tu singgah tengok Jalan-jalan Sepahtu Sinar di Plaza Angsana. Nanti story mory..
husband kita tak kaki pancing la pulak…hehehe
hehehe hasben kita suka..
wahhhhh seronokk akak mancingg. menguji tahap kesabaran
hahaha akak tukang tengok je
Pingback: Santai Petang Tanjung Village Seafood Cafe - herneenazir[dot]com