Episod Kelahiran – Muhammad Ilham Syamil Bin Mohd Nazir (27 Januari 2015)

Anything About Me My Breastfeeding Journey My Hero Kechik - Ilham Syamil Pregnancy Journey

sambungan cerita yang menyebabkan ilham syamil lahir lebih awal dari due date sebenar 8 februari 2015. apa pun jalan ceritanya, semua dah diaturkan olehNya.

balik dari khor & loh pada malam 25 jan, sampai rumah dalam pukul 2am saya terus berehat dan tidur. tiba2 pukul 4am saya terasa sakit perut nak membuang air. terus bergegas ke toilet. masuk semula ke bilik tiba2 rasa menggigil. terus jerit panggil babah ilham. menggigil yang tak pernah saya rasa sebelum ni sampai tak boleh bercakap dan sukar bernafas. tak ada apa terlintas kat otak selain mati. eh aku dah nak mati ke? ya Allah serious tak pernah macam ni.

terus kami bergegas ke hospital semula subuh hari. sampai ke bahagian kecemasan nurse terus ambil suhu badan saya. doktor kata saya demam panas 39.9°C. cirit birit muntah2 tu buat saya dehydrated. nurse pasang drip dan masukkan ubat sambil tuam2 kepala saya. doktor tanya kalau terbersalin kat sini macamana. saya dah diskas dengan babah ilham. tak apalah kita bersalin je kat sini dan saya request dr. rohaini.

nurse bawa saya ke labour room untuk pasang CTG dan monitor jantung baby dan contraction. jantung baby ok, contraction masih dibawah level biasa2. malam tu saya kena tahan wad lagi. untuk kali ke 4 kami check in hospital dalam bulan januari. first time dugaan macam ni. senyum jek lah kan. Allah uji kami dihujung2 kelahiran adik syamil.

IMG-20150129-WA0032

pagi ahad dr. rohaini datang ke bilik check keadaan saya. alhamdulillah demam dah kebah. nurse bagi panadol, antibiotik dan smecta. saya sangat2 risaukan keadaan baby. apa je nurse buat saya soal siasat haha. cuak weh. minta dijauhkan apa2 yang tak diingini berlaku. pengalaman kehilangan ilham syakir buat hati saya rasa kecut.

dr. rohaini kata, nurse akan monitor demam saya dan cirit birit muntah2 tu. bila dah stabil dia kata terpaksa bagi saya bersalin awal. sebab takut kerana demam panas boleh menyebabkan infection pada paru2 baby. ya Allah kecil besar rasa hati ni.tak henti kami berdoa mudah2an Allah selamatkan baby. dr. rohaini tanya saya nak bersalin macamana. dia dah mengkaji pregnancy history saya yang sangat2 berisiko. saya cakap saya nak cuba bersalin normal. sebelum ni walaupun arwah syakir kecil je alhamdulillah bersalin normal dengan kaedah induce. oleh kerana jalan baru bukak 1cm, dr. rohaini kata dia akan bagi saya peluang bersalin normal dengan cara induce. kandungan saya masa tu dah mencecah 38 minggu insya Allah selamat untuk melahirkan.

pagi isnin 26 jan, dr. rohaini masukkan ubat induce. sejam pertama saya tak dibenarkan bergerak. baring je lah berehat sementara menanti kot2 ada contraction. memang mulut ni tak lepas membaca ayat2 suci semoga Allah permudahkan segala urusan bersalin. setiap berapa jam nurse akan buat CTG. petang dr. rohaini menjengah lagi dan check jalan. masih 1 cm. dr. rohaini kata tak apa, relax je jangan takut insyaAllah tak lama lagi bersalin. alahai tenang hati saya dapat doktor macam ni, seriously dr. rohaini ni sangat2 best. apa yang dia explain kat patient memang jelas terang dan nyata. yang penting sangat2 menenangkan patient. petang saya berjalan meronda2 keliling wad dengan harapan dapat memudahkan bukaan. sampai terjumpa geng ibu menyusu, sempat berborak sakan hehe. dari pagi hingga ke malam belum ada tanda2 serious nak bersalin. contraction ada cuma masih tahap mild lagi.

IMG-20150126-WA0044

sesi CTG malam, nurse kata contraction saya dah kuat. sempat juga snap tu ha walau tengah mamai2 mengantuk. memang sakit yang amat masa ni. pesan babah ilham, get ready jeklah kot2 malam2 saya nak bersalin.

sepanjang malam saya tak dapat tidur lena, kami buat apa2 yang perlu solat taubat, solat hajat, baca yasin. mudah2an Allah mudahkan segalanya. pukul 2am saya rasa sakit perut. bergegas ke toilet maklumlah masih trauma kes cirit birit. hmmm tiba2 cirit birit datang semula. haisyhhhh. pukul 5am, 5.30am, 6am sakit perut lagi. saya dah mula risau. macamana ni nak masuk labour room. cirit birit datang semula. last cirit birit jam 7.30am. sampai saya tak berani nak sarapan beriya sangat. padahal babah dah belikan telur, nasi goreng, hospital bagi roti tapi saya jamah sikit jek. saya hanya minum air zam2, tamar cocoa, kismis, kurma. doktor datang ke bilik, saya beritahu doktor kejadian cirit birit pagi tadi. doktor kata mungkin saya nervous nak bersalin. jangan bimbang, ada patient yang kerana cirit birit dia mudah bersalin. ok, saya simpan kata2 doktor tu dan berdoa mudah2an betul apa yang doktor cakap. sepatutnya jam 8.30am saya dah kena masuk labour room tapi memandangkan ada ibu lain tengah buat CTG dan bilik lain dah fully booked, maka saya kena tunggu sejam lagi.

microMsg.1422330475461

27 jan, jam 9.30am, saya dah pun ditolak masuk ke labour room. sempat suruh babah ilham snapkan gambar muka masa belum di induce secara drip. pepaham jek lah bahasa tu ye. tak tahu nak sebut bahasa doktor. masa ni belum ada contraction yang power menyerang. boleh senyum2 lagi hehe.

9.50am midwife start induce sekali lagi. doktor jangkakan dalam 2 jam contraction yang kuat akan mula. sambil dipasang CTG tu, sambil mulut terkumat kamit baca ayat2 suci sambil minum air selusuh babah ilham buatkan dan bekalan air zam2. air ketuban pun dah dipecahkan. bila contraction dah kerap datang rasa lemah longlai badan. kuatkan semangat, babah ilham ada peneman setia. kesian la hai tangan dia jadi mangsa cengkaman.

dalam pada menahan sakit tu, risau juga kot2 tercirit birit lagi. midwife kata tak apa, kalau awak nak buang air besar, buang jek lah hahaha. nak gelak pun ada. macamana rupa kalau tercirit kat atas katil tu. tapi alhamdulillah tak ada pulak rasa nak terbuang air besar sepanjang kat labour room. air ketuban keluar pun ingatkan tercirit hahaha. dr. rohaini kata memang saya yang nervous sebenarnya. doktor bajet sebelum zohor saya kemungkinan bersalin. sebelum zohor check jalan baru 4cm. Allah jek lah yang tahukan rasa sakitnya tu. doktor offer epidural. saya tolak secara baik. alasannya saya nak rasa kesakitan ni, biar saya rasa apa arwah mak rasa nak melahirkan saya.

azan zohor dari henpon babah ilham dah berlalu. saya masih belum ada tanda2 baby nak keluar. setiap kali midwife buat VE, rasa seriaunya alahai. dorang pesan jangan push sebelum tiba masanya. ok saya ingat pesan tu. doktor pesan lepas asar dia datang semula. sambil melayan contraction terdengar suara mommy kat bilik sebelah menjerit sakit. hadoiiii pshyco betul.

masa berlalu, bukaan 4cm tu ambil masa yang lama. kalau tak buat CTG mungkin saya dah merayau2 keliling wad nak bantu mudahkan bersalin. tak apalah saya redho jek. doktor kata dia akan jengah semula selepas asar dalam jam 5pm. andai kata tak bersalin juga, sama ada saya akan di vacuum atau ceasarean. ya Allah berdoa jek lah sebanyak mungkin.

jam 5 petang berlalu, menanti dr. rohaini tak masuk2 labour room. sambil2 berbual dengan babah ilham. harap2 tak kena czer la. babah bagi kata2 semangat. dia tahu saya mampu dan Allah tolong. kata orang sakit induce lagi kuat sakitnya. dua kali bersalin normal dua2 kali induce. jadi sakit saya alami tu sakit bersalin yang dipaksa bukan natural. tak dapat nak compare. kalau nak compare pun rasa tak sempat kot sebab busy melayan sakit hehe.

dalam pukul 7pm baru dr. rohaini datang, alhamdulillah bukaan dah semakin besar. kata babah ada hikmahnya dr. rohaini datang lambat kan. taklah terus ummi kena czer masih ada peluang normal. makin lama sakit makin kerap. rasa nak kokang jek tangan babah kui3. dia nak pergi makan nak pergi solat saya bagi masa 10 minit jek. kejam betul. sebab takut terberanak dia tak ada. kata mami ngah, kesian laki ko makan terkejar2 hehe. bukan nak mendera, cuma rasa sedih kalau babah tak ada kat sebelah. sekurang2nya lega sikit sakit tengok muka encik suami kat sebelah ngeh3. sempat lagi kan.

jam 7 lebih sakit semakin kerap. memang dari awal saya dah rekodkan kekerapan contraction. Allah sajalah yang tahukan sakitnya tu. fuhhhh. meremang bulu roma. midwife semakin kerap datang menjengah, standby kot2 dah boleh suruh saya push. saya target lepas maghrib dah selamat tapi delay lagi. last VE dah 7 ke 8cm macam tu. masa tu midwife dah star panggil dr. rohaini. sambil2 dorang dah suruh saya bersedia betulkan kedudukan semua. kusssss semangat kan sakitnya. memang patut pun Allah janjikan ibu2 yang meninggal dunia semasa melahirkan bayi tempatnya di syurga. rasa nyawa dihujung tanduk. nak tercabut rongga2 rasanya kan.

dari awal sakit tu saya cuba teknik pernafasan yang betul supaya dapat mengurangkan sikit rasa sakit tu. awal2 memang ingatlah teknik segala bagai. bila contraction makin kuat, dr. rohaini dan mid wife dah suruh start push. bila saya push diorang termasuklah babah ilham pun bersorak macam tengok final piala FA hahaha. tak sangka babah ilham ingat pesan saya, suruh ingatkan jangan angkat punggung hehehe. bila dengar sorakan dorang saya jadi semangat nak push. dr. rohaini pun sama2 bagi semangat sebab dia tengok tenaga saya makin lemah. apa tak nya. dah nak masuk 12 jam menahan sakit kat labour room.

doktor cakap baby dah kat hujung2 sangat, dia suruh saya push macam saya meneran masa sembelit. saat ni saya tak ingat pulak sakit sembelit macamana. dr. rohaini tanya saya ok ke tak. saya jawab, doktor.. saya dah tak tahu nak tarik nafas macamana gaya lagi. memang dah kelaut rasanya ni. azan isyak berkumandang dari henpon babah ilham. ya Allah dalam hati saya permudahkanlah. mulut jangan ceritalah macam2 ayat saya baca. last minutes dr. rohaini kata takut baby lemas, dia terpaksa vacuum. ya ampun.. terus terbayang gambar yang pernah saya google pasal kaedah vacuum. nampak pulak doktor pegang gunting. huwaaaaaaa.. menangis dalam hati kejap. dalam masa yang sama redho dan berserah jeklah janji saya dan baby selamat. terasa digunting gitukan. phewwwwwww.

saya suruh babah ilham jengah macamana cara vacuum tu. saya ikut je arahan doktor suruh push sambil dia memvacuum yang lain2 bersorak lagi. ya robbi. lemah kepala lutut segala. demimu anak, sakit pun sakitlah ummi redho.

IMG_20150128_171759

alhamdulillah, setelah berhempas pulas meneran sampai nak terkeluar biji mata (kata babah ilham) hahaha. akhirnya 27 jan 2015, jam 8.45pm saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah dengan cara induce dan bantuan vacuum. baby seberat 2.95kg, length 49cm. terima kasih Allah, terima kasih dr. rohaini, terima kasih babah ilham, terima kasih midwife yang bertugas.

IMG-20150129-WA0031

our new born baby boy! fresh from the oven.. alhamdulillah. ala sian anak ummi benjol kepala kena vacuum. tak apalah dik, yang penting awak selamat keluar. tak tahu nak kata apa selain bersyukur sangat2 bila baby dah selamat keluar, bila mid wife letak atas dada. ya Allah sayu hati. akhirnya Allah izinkan juga kami menambah zuriat.

ohhh leganya rasa bila baby dah keluar. dr. rohaini tanya, “macamana rasa hernee? ok tak?” “ok doktor.. sedap.. nyum3” hahaha. sempat lagi tanya doktor. “banyak ke jahitan tu?” dia kata “tak lah sikit jek. 90cm jek. sorry ye saya nak jahit sikit.” hmmm.. terus terbayang pembaris yang 30cm tu disambung 3. wow panjang benangnya ye doktor. jahitlah doktor. sakit contraction tadi lagi power dari sakit jahit ni. saya pun layan doktor berbual. sambil midwife menguruskan baby dan babah mengazankan baby. saya dah pesan siap2 kat dr. rohaini dan midwife yang saya nak susukan baby dan minta kebenaran untuk rooming in. alhamdulillah dorang ok dan akan inform nursery.

IMG-20150128-WA0000

pinky gitu kaki adik baby. macam nak gigit.

IMG-20150128-WA0001

ni masa dah balik bilik. alahai geram tengok. sebiji abang ilham cuma adik kecil sikit. abang ilham dulu 3.3kg. abang ilham malu2 kucing. macam percaya tak percaya je dia dah ada adik. bila tanya mana adik syamil dia tunjuk kat perut ummi. bila suruh cium adik for the first time, dia mengelak. dia kata tak nak adik bau busuk. hahaha. banyak helah dia. ummi tahu ilham belum dapat terima kenyataan lagi masa tu kan.

20150127_232609

walaupun penat bertarung nyawa, dalam masa yang sama excited nak susukan baby. maka bermulalah perjalanan penyusuan susu ibu bersama adik syamil. alhamdulillah, first time latch on dia macam dah pandai sangat2 menyusu. berkat ikut ummi join kursus peer counselor agaknya hehe. lagi pun ummi dah ada pengalaman, macam abang ilham dulu tak ada lagi pengalaman menyusu. alhamdulillah syukur, ilmu penyusuan yang ada sangat2 membantu saya memberikan hak anak2. nikmatilah kolostrum tu ye sayang ummi.

IMG-20150128-WA0002

adik baby yang dah kekenyangan pertama kali menikmati susu ummi. ya Allah indahnya perasaan masa tu. malam tu ummi tidur sampai terngigau2. doktor goncang2 katil suruh push. sampai rasa meneran dalam mimpi. ohh begitu trauma bersalin nampaknya sampai terbawa dalam mimpi. hernee.. hernee..

IMG-20150128-WA0016

esok paginya, adik syamil dah ready nak balik rumah. ohooo excitednya ummi rasa dik oi. penat nak duduk lama2 dekat hospital. alhamdulillah ummi dan baby ok dan boleh discharge pada 28 jan tu. seminggu lagi check up. adik jumpa dr. azhar ummi jumpa dr. rohaini. million thanks to the doctors and nurses. kalau tak kerana cirit birit demam panas rasanya adik syamil belum lahir lagi masa tu. semuanya perancangan Allah kan. Dia bagi sekali harung penat. januari 2015 yang meninggalkan 1001 kenangan suka duka. pengalaman bersalin kali ni paling adventure. alhamdulillah niat saya nak bersalin secara normal dimakbulkan. walaupun dah merasa masa melahirkan syakir 2 tahun lepas, tapi situasinya jauh berbeza.

20150129_120704

20150129_120751

yeay! saya dah sampai rumah. maka bermulalah episod baru keluarga encik nazir dengan pertambahan seorang lagi ahli keluarga yang sangat2 dinantikan. my 3rd precious baby. abang syakir, dah jadi abang tau. tapi abang syakir dapat tengok adik syamil dari jauh je. abang ilham asyiklah nak panggil syamil tu syakir. ummi cakap kat dia, ni adik syamil.. adik syakir Allah jaga.

dia tanya balik “siapa bagi adik syamil? doktor bagi eh ummi?”

ummi jawab “Allah yang bagi..”

“ooo Allah bagi.. terima kasih Allah.”

alahai sejuk hati ummi.

20150129_175312

29 jan 2015, officially registered kelahiran syamil.
kami memilih nama “ MUHAMMAD ILHAM SYAMIL BIN MOHD NAZIR”.

Muhammad (Yang terpuji) Ilham (ilham, idea) Syamil (Menyeluruh)

mudah2an adik syamil menjadi yang terpuji, yang banyak/ menyeluruh idea yang baik2. semoga Allah satukan hati anak2 ummi untuk saling sayang menyayangi, hormat menghormati antara satu sama lain. semoga ilham syahmi dan ilham syamil menjadi anak yang soleh penyejuk mata penenang hati ummi babah. doakan ummi dan babah panjang umur dapat bimbing2 anak2 ke jalan yang diredhoi.

nampaknya 2 tahun lagi kena usaha gigih untuk baby girl ehhhh over ko herneeeeeeeeee. ummi nak juga geng pakai baju pink ekeke. bagi trauma bersalin syamil reda dulu ye hehe. fuhhh.. jenuh menaip cerita bersalin ni. tak boleh peram lama2 nanti lupa hehe. thanks pada yang sudi membaca. sekarang saya sedang menyesuaikan diri dengan jadual hidup yang baru. masuk minggu ke 3 start bekerja semula setelah bercuti panjang selama 2 bulan. misi nak bebento semula pun masih belum berjaya memandangkan waktu tidur yang tak menentu yang selalu terbabas sebab syamil ajak qiamullail hehe. nanti dah reda2 sikit boleh start bento ummi dan abang ilham. ummi ilham sedang berusaha menjadi supermak.. yeahhhhh.. supermak wannabe! ngeh3.

sekian, tamatlah cerita Episod Kelahiran – Muhammad Ilham Syamil Bin Mohd Nazir (27 Januari 2015)

p/s masa dalam pantang babah cakap.. hmmm tak lah scary mana proses bersalin tu ek.. sebab kawan2 babah kata macam menakutkanlah apalah.. tengok ummi setady jek.. ye bah oiiii tak scary ye.. meh sini rasa best tak best sakitnya. hehehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!