Happy 10th Birthday Ilham Syamil - 27 Jan 2025

Happy 10th Birthday Ilham Syamil – 27 Jan 2025

Happy 10th Birthday Ilham Syamil – 27 Jan 2025 | Alhamdulillah hari ni 27 Januari 2025 bersamaan dengan 27 Rejab 1446H (Hari Isra’ dan Mikraj) genaplah usia Ilham Syamil 10 tahun. Sepuluh tahun lepas Ummi berjuang melahirkan Syamil secara normal (induce), Vaginal Birth After Cesarean section (VBAC).

Cerita Kisah Kelahiran Syamil

Happy 10th Birthday Ilham Syamil - 27 Jan 2025

Boleh baca ceritanya kelahiran beliau >> Episod Kelahiran – Muhammad Ilham Syamil Bin Mohd Nazir (27 Januari 2015). Semua anak-anak Ummi ada episod kelahiran yang berbeza-beza pengalamannya. Alhamdulillah semuanya rahsia Allah.

Hadiah Birthday Syamil

Misi mencari hadiah bermula di AL-Ikhsan UDA Business Centre, Babah nak belikan beliau boot bola sepak, Ummi pulak nak belikan jersey goalkeeper, tapi kesudahannya, beliau pilih windbreaker Liverpool Football Club (LFC). Boot pulak tak ada yang berkenan kat sini, jadi kami ke AEON Bukit Indah meneruskan misi mencari hadiah. Hasilnya dapatlah sepasang boot baru berwarna merah cherry (bukan pink tau hahaha). Dia tak sabar nak sarung boot baru untuk Sesi Pemilihan National Football Development Program (NFDP), 28 Januari 2025. Good luck Abang Goalkeeper!

Gambar sebelah kanan tu, macama biasalah.. birthday orang birthday dia.. hurmmm. Mak yang tak sampai hati ni belikan jugalah dia sweater LFC sehelai. Kalau ikutkan dia nak sebiji sebijon macam Syamil tu. Pujuk dan tunjuk sweater sebelah dia pun kata ok dia suka. Jadilah “hadiah untuk Syahid sempena birthday Syamil”.

Happy 10th Birthday Ilham Syamil – 27 Jan 2025

Makan-makan di Sushi King Sempena Birthday Syamil

Lepas selesai cari hadiah birthday boy, kami menjamu selera di Sushi King. Esok Babah busy dengan PTP Volleyball Tournament jadi makan-makan kita buat awal sehari hehehe. Alhamdulillah semua kekenyangan mengepow duit Babah hahaha,

Ucapan Birthday Untuk Syamil

Khas buat Muhammad Ilham Syamil bin Mohd Nazir:

Selamat ulangtahun ke 10, semoga sentiasa di bawah rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas, menjadi anak yang soleh lagi bijaksana, penyejuk mata penenang hati Ummi Babah, hormat orang tua. Ummi doakan Syamil berjaya dalam arena bola sepak insha Allah. Alhamdulillah tahun lepas banyak improvement dalam diri Syamil yang boleh Ummi banggakan. Semoga terus berusaha menjadi “The Best Version of Ilham Syamil”. I know you can do the best!

xoxo,
Ummi + Babah
Abang Ilham & Adik Syahid

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *