Babywearing | Percubaan Pertama Mengendong Ilham Syamil.. I Love Babywearing ;)

Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) My Babywearing Journey My Hero Kechik - Ilham Syamil

yup!
babywearing made easy!

pada saya apa2 juga yang saya nak buat kena ada niat dan usaha nak merealisasikan impian tu. yes.. dulu pregnantkan ilham memang niat nak breastfeed. alhamdulillah semuanya dipermudahkan. masa tu tak kenal lagi babywearing what so ever sampai saya join bengkel. tapi masa tu pun macam ye tak ye je nak carry baby. sudahnya saya beli pouch jek sebagai percubaan. hmmm.. tak sempat pakai lama dah pregnantkan arwah ilham syakir. lagi pun ilham macam suka tak suka jek duk dalam pouch. lagilah buat saya tak berapa excited. erkkk.. rasanya mind setting ummi dia jek yang kelaut tu kan. jadi stoplah impian yang tak seberapa nak berbabywearing.

kali ni, memang dah niat awal dan prepare awal beli preloved ring sling untuk ilham syamil. attend sekali lagi bengkel nak mantopkan ilmu bw katanya 😉 bila kita niat nak bw, alhamdulillah ilmu2 yang masuk tu senang jek nak faham dan boleh rasa betapa excitednya nak menggendong baby tu. walaupun masih dalam proses memahami terms2 bw hehe. syukurlah ada kawan2 bw dari Selat Tebrau Babywearers (STB) yang sporting dan tak kedekut ilmu.

sepanjang berpantang di rumah, saya praktis carry syamil guna ring sling. woweeeeeee.. sangat syok woooo.. no wonder mereka yang diracuni dan meracuni sangat2 syok bw anak2. telan air liur jek dalam pantang tengok baby carrier diorang tau.

ok jom layan gambar syamil yang lena dalam gendongan ummi.

IMG_20150311_141350

ummi’s one and only ring sling buat masa ini.. ecehhh..
next plan, kumpul duit tabung nuffnang nak beli SSC untuk syamil dan adik2 (erkkkkk.. adik2? larikssss)

20150304_202231

tengok tu, betapa bahagia dan lenanya dia dalam rs, baru je masuk tak sampai 5 minit dah belayar. ohhh nampaknya makin mudah kerja ummi nanti.

disebalik tabir..

20150311_134811


masa ummi berangan carry adik syamil, rupanya ada abang ilham yang sibuk menyelit. dia tengok adik kena carry dia pun nak juga.

IMG-20150304-WA0064


nasiblah awak tu tak berapa berat, ummi bagi jamah sikit hehe tapi mami ngah jadi mangsa gendongnya.

20150305_125724

sempat juga testing ring sling auntie salwa. wahhhhhhhhh lagi mengujakan. serious best gila kot pakai rs salwa ni. nama dia ummi is lupa hehe.

berangan lagi sekali melenjan wrap mak wee.

20150326_111821

syok juga pakai moby wrap ni. rasa sangat selesa bila syamil melekap macam tu. macam biasa ada pelakon tambahan. sibuk juga nak masuk dalam gambar. saya nak juga.. kata dia.

20150326_111913

baru masuk berapa minit dah tidur. lagi la mudah ummi nak buat kerja. kalau masukkan dalam wrap tak bimbang sangat abang ilham dengki adik masa tengah tidur. setakat ni pakai moby wrap dalam rumah jek. belum pakai keluar berjalan. lagi pun syamil belum banyak lagi di bawa keluar outing.

insyaAllah akan terus menerus study pasal babywearing disamping memantapkan lagi ilmu penyusuan susu ibu. bagi ibu2 yang ada masalah penyusuan susu ibu atau ingin berkongsi pengalaman menyusukan bayi, bolehlah hubungi saya untuk bantuan khidmat nasihat secara percuma 🙂

Breastfeeding is sunnah! Breastfeeding is fitrah!

Hernee Samshudin
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)
Gelang Patah, Nusajaya
012-7669877

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!