dah macam pengembala biri2. ekekeke.
pagi tadi bangun tidur ilham dah kena kerah bangun awal2.
selalunya sampai ke tengahari kadang2 baru bangun. bila dengar nak pergi makan roti acu. berebutlah dia bangun.
siap2 mandi dia kata dia nak pergi mancing. ehhh macam beriya la awak kan.
sudahnya babah kata kita pergi beli ikan je. ilham bela ikan dalam akuarium. babah memang dah lama cakap nak belikan ilham akuarium bela dua tiga ekor ikan. semalam baru dia sebut lagi. tup2 hari ni budak kecil tu terus excited nak beli ikan. makcik2 kat kedai acu ajak dia berbual, dia siap bagitau.
“saya nak pergi beli ikan ni”
hahahaha. kepochi lah ilham ni kan.
nasib baiklah kedai kat taman nusa perintis 1 tu buka. kalaulah tutup hari ahad ni kan. mahu merengek sepanjang jalan nak beli ikan. ummi belikan je ikan mati akt kedai buat lauk :p
bila dah tengok ikan dah berderet, dia pun dah start rambang mata lagi confuse.
asyik sebut je.
“saya ni nak beli ikan”
“ye la awak nak beli ikan apa. ni la kedai ikan”
dia macam tak percaya pula kedai tu jual ikan. babah kata, maybe dia ingat kedai sebelah yang jual peralatan memancing tu yang jual ikan.
sekali pusing2 dia ternampak ulat daaaaa.. euwwwwww.. naik bulu roma. geli geleman.
pencarian ikan tak settle2 lagi. budak kecil yang rambang mata ni dah keliru nak ikan mana.
dia tunjuk dengan babah nak ikan ni.
akuarium ambl yang comel2 je. kang besar2 susah jek nak salin air.
konfem ambil akuarium cenonit tu RM58 siap batu2 kecil, mesin tu bunga seketul. tambahan ikan emas sekor, 4 ekor lagi tu ikan apa entah tapi apek tu kira 2 ekor lagi tu free jek. ohh tambah lagi sebotol air untuk elak klorin, total semua RM68.
haaa tu dia ikan dah kena sumbat dalam plastik. bakal tuan dia ni punyalah tak sabar. sibuk minta duit dia nak bayar sendiri. apek tu pun layankan jek lah.
dah dapat dia cepat2 babau uncle. hahaha.
sampai rumah babah terus nak settlekan ikan tu, siap2 masukkan dalam akuarium.
dia pula sibuk mencari anak kucing dalam kotak tu. sibuk tanya ummi mana anak kucing. agaknya dia tengok babah dah sumbat penyapu dalam kotak tu. mana ghaib anak kucing. semalam tetiba babah jumpa sekor anak kucing tumpang berteduh kat celah tiang tu. bila dah masukkan dalam kotak, bagi minum susu tetiba ibu dia datang bawa lari. beriya si ilham nak sayang cat. siap tanya cat nak makan nasi eh. nasib baik dia tak suruh ummi masak ayam ywllow bagi kat cat hahaha. bila cakap kucing dah lari dengan mama dia, dia buat muka sedih. tak pe nanti dah besar sikit ilham ngeceklah dengan babah bela cat.
sibuk beriya ni ha orang nak pindahkan ikan jek pun, dia pergi ambil mesin joran babah. jangan lepas ni dia buat kes nak mancing ikan dalam akuarium sudah.
ikan dah siap berenang2.
babah alihkan kat meja depan pintu. kotak barang shaklee ummi terpaksalah berhijrah cari tempat lain. mana tuan ikan?
haaaaa tu dia, tengah tenung ikan dia. asyik la nak celup tangan nak sayang ikan kata dia. adoiii boleh jadi sehari jek membela ikan ni kang. ada 5 ekor ikan, ummi suruh dia bagi nama.
“ilham, apa nama ikan awak?”
“samsudin” kata dia.
gelak ummi dengan babah dengar.
“oiitttt tu nama tok ayah lah”
“samsudin nenek” dia menambah lagi sambil ketawa.
bertuah punya cucu. nama tok ayah dia pulak dipetiknya nak letak nama kat ikan2 tu.
ummi cakap ilham kan suka tengok dibo, pocoyo jom kita letak nama2 ikan tu guna nama watak dibo dan pocoyo.
ok, jadi nama ikan2 ilham ni.
ikan emas, dibo.
ikan yang ummi tak tahu nama tu, pocoyo, elly, pato, annie.
ok lah tu kan. lagi 4 ekor tu bukan dapat cam sekor2 pun. asal dapat sebut je. hehehe. tengah syok2 tenung ikan dia boleh sound direct kat ummi.
“dah ummi gi masak udang red, saya dah lapar ni”
amboiiiii3.. kan main lagi mengarah. baiklah boss kecil.
saya ke dapurlah masak lauk kegemaran awak tu ya. tapi janji jangan celup tangan dalam akuarium nanti ikan mati.
**kamus ilham**
udang red = udang masak sambal
semua lauk dia kaitkan dengan warna ekeke. hari tu opah ngadu, dia request nak lauk orange dengan opah. opah pun pelik. nak sedapkan hati ilham opah pun masak asam pedas kuah cair2 nampakkan kaler orange. hahaha. bertuahlah anak encik nazir ni.
jangan lepas ni request ummi lauk ayam pink, ikan blue sudah. ada kang ummi masak ikan letak nila biru. hahaha.
ok, mudah2an ikan2 ilham panjang umur ye.
amin. 😉
Pingback: Welcome To Our Family.. Rosli & Roslan :p - herneenazir.com
Pingback: Welcome To Our Family.. Rosli & Roslan :p - herneenazir.com