Welcome To Our Family.. Rosli & Roslan :p

P_20180330_080950_vHDR_Auto

Hai semua, Ummi nak perkenalkan pada korang ahli baru dalam rumah kami hehehe. Semalam Babah belikan The Ilhams seorang seekor ikan pelaga. Ummi dan Babah tanya diorang nak bagi nama apa. Mula-mula Abang Ilham nak bagi nama “Sapi” hahaha. Entah nama dari mana dia dapat. Tup-tup Syamil pun nak nama yang sama. Takkan nak bagi nama yang samakan.

Bila mengingatkan pasal status FB Ummi beberapa hari lepas, ada budak sorang tu dah buat Ummi gelak besar dengan dialog selamba kodok dia.

Ummi.. kalau Ilham dah besar nanti, panggil Ilham.. Rosli tau..”

Dari situ la Ummi Babah suggest kat Abang Ilham, dari tukar nama dia jadi Rosli baik bagi nama Rosli kat ikan pelaga dia haha. Ikan abang Rosli, ikan adik kita bagi nama Roslan hahaha. So officially, dua orang ahli baru dalam rumah kami adalah “Rosli dan Roslan” dua ekor ikan pelaga yang cantik. Ummi harap The Ilhams jaga Rosli dan Roslan baik-baik ya. Belajar untuk bertanggungjawab ya. Semoga Rosli dan Roslan sihat dan panjang umur dibawah jagaan tuan-tuan korang ya. Botol tu Babah beli di Mr. DIY dan modified penutupnya untuk lubang udara.

p/s Dulu Abang Ilham pun ada pengalaman bela ikan emas yang dia suka suki bagi nama “Samsudin” hahaha. Suka hati guna nama Tok Ayah.. Korang boleh baca ceritanya di SINI.

Share this nice post:

3 Replies to “Welcome To Our Family.. Rosli & Roslan :p”

  1. Comel nyee..hehe .. nama comel, ikan yang comel..untuk dua budak comel.. 🙂
    Semoga jadi insan bertanggungjawab kelak ya ~

    1. hehehe aamiin tq aunty nona..

  2. […] ingat dengan kisah ahli baru keluarga kami dua ekor ikan pemberian Babah untuk The Ilhams. Ala kisah si Rosli dan Roslan tu. Alhamdulillah Roslan masih bernyawa lagi sehingga hari ini. Cuma Rosli je tak bertahan lama, […]

Leave a Reply