Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar

Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar

pasar karat.jpg

Perut dah kenyang makan malam di Dapor Warisan, kami meneruskan lagi destinasi terakhir di hari pertama Kembara Bloggers Johor 2017. Kemana lagi kalau bukan ke Pasar Karat, Johor Bahru.

location bazar karat.jpg

Lokasi Bazar Karat atau Pasar Karat, Johor Bahru

Pasar Karat atau Bazar Karat ni memang lokasi pilihan mereka yang berkunjung ke Johor Bahru. Bukan sekadar pelancong, kami orang Johor ni pun suka berkunjung ke sini. Pasar Karat terletak di Jalan Segget di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Pasar Karat ini dibuka setiap hari.

20171012_222812.jpg

Pelbagai barangan jualan yang ada di Pasar Karat ni tau. Memang meriah setiap malam. Ada yang menjual t-shirt, jersi, barangan bundle, aksesori telefon, kasut, sandal, perfume, barangan antik, makanan & minuman dan bermacam lagi. Silalah kawal nafsu membeli belah korang tu ya. Kalau tak kuat iman, banyak benda korang nak borong. Selain itu, di Pasar Karat ni juga ada juga persembahan penyanyi-penyanyi jalanan. Memang korang boleh duduk bersantai la sambil dengar lagu-lagu nyanyian diorang.

20171012_222725

Ummi dan Eda ada misi ke sini hahaha. Misi kami nak beli selipar dan inner. Memandangkan kami terlupa bawa selipar sebab esoknya kami nak ke pantai hehe.

20171012_222735.jpg

Misi dah berjaya. Marilah kita meneruskan perjalanan lagi.

20171012_222818

Syok je meronda Pasar Karat malam-malam, tengok gelagat orang ramai.

20171012_223721

Kebetulan masa kami ke sana ada juga Deepavali Bazar memandangkan Deepavali tinggal beberapa hari saja lagi.

20171012_223706

Meriah juga Deepavali Bazar ni tau. Memudahkan masyarakat India sekitar Johor Bahru untuk shopping Deepavali. Banyak jualan baju, kuih muih, hena dana macam-macam lagi.

20171012_223646

Rasa bazar diorang dah sama je dengan bazar masa raya kita.

20171012_222954

Ada juga pembuat hena semurah RM5. Sempat juga beberapa orang kawan-kawan blogger yang membuat hena di tangan mereka. Settled meronda, kami beransur balik ke hotel dengan berjalan kaki.

20171012_224550

Jarak dari Pasar Karat ke Amari Hotel Johor Bahru tak jauh. Hanya dengan berjalan kaki pun korang boleh sampai ke sini.

20171012_224545

Sambil jalan kaki tu, toleh la ke kanan dan korang akan nampak KOMTAR JBCC di hadapan Amari Hotel. Silalah standby apa yang patut takut-takut korang tak sedar tetiba dah menyeberang ke depan tu hehe.

20171012_224606

Tak pernah-pernah Ummi merayau memalam hari di tengah bandar ni tau hehehe. Inilah pengalaman pertama bersama kawan-kawan blogger.

20171012_224955

Sebelum melabuhkan tirai hari pertama, sebelum masuk ke bilik masing-masing melepaskan lelah sempat juga kami bergambar bersama Encik Ahmad Nizam dari Tourism Johor. Dari tengahari sampailah ke malam Encik Nizam, staff MITA dan Pak Sheikh tak jemu melayan kami semua. Alhamdulillah misi Kembara Bloggers Johor 2017 selesai untuk hari pertama. Nantikan sambungnya untuk hari kedua. Stay tuned!

Opppssss.. jangan lupa tau, masukkan Pasar Karat dalam list tempat-tempat menarik untuk korang kunjungi bila ke Johor Bahru.

PASAR KARAT @ BAZAR KARAT

Alamat:
Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Facebook: Pasar Karat JB

Isnin – Jumaat: 6 petang hingga 12 malam
Sabtu – Ahad: 7 petang hingga 2 pagi

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan

 

 

 

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *