Projek Geng 3 Bunga | Kek Susu Sedap

05/09/2017

Ini baking projek Geng 3 Bunga hehehe. Petang raya diorang gigih buat Kek Susu. Mak Long tukar guide, yang lain semua diorang buat sendiri.

Bersama Chef Nabilah, Chef Wahidah dan Chef Umi Najihah. Resepinya Ummi tepek kat bawah tu ya. Boleh la cuba nanti. Walaupun Ummi ni tak berapa handal buat kek hehe.

RESEPI KEK SUSU SEDAP

Bahan-bahan:

1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
5 butir telur
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek (tepung superfine, tepung gandum pun boleh)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3 jenis pewarna

Cara-cara:

  1. Guna loyang kek 8 inci dan lapik dengan kertas kek. Sapukan dengan sedikit minyak.
  2. Panaskan kukusan
    3 Ayak tepung dan baking powder
  3. Pukul telur, gula dan ovelet hingga gebu
    5 Masukkan susu pekat, esen vanilla dan minyak. Pukul sampai sebati.
    6 Masukkan tepung. Gunakan speed perlahan atau kaup balik adunan dengan menggunakan senduk sehigga sebati
  4. Bahagikan 3 adunan kedalam mangkuk. Warnakan setiap adunan mengikut warna kegemaran anda
  5. Lapiskan adunan mengikut warna sehingga habis. Tutup loyang kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan air wap masuk kedalam kek. Kukus selama 45 minit.
  • warna atau corak ikut suke hati ya

Credit resepi: Telegram.me/KoleksiMyResepi

Adunan dah siap dimasukkan ke dalam loyang. Diorang tambah satu warna adunan jadi empat warna. Meriah warna pilihan diorang kan.

Lepas tu lorekkan supaya jadi corak yang cantik.

Masukkan loyang ke dalam pengukus yang dah dipanaskan. Kukus lebih kurang 45 minit.

Taraaaaa dah siap. Sejukkan sebentar. Cantik je kejadiannya.

Sedia untuk dipotong dan dihidang. Sedap lembut je tekstur kek susu ni. Sesuai buat hidangan minum petang bersama keluarga. Good job geng 3 bunga!

Ummi malas buat kek sebab anak-anak tak berapa gemar makan kek hehe. Tak ada semangat nak buat hehe ok tak alasan? hahaha.

Ok korang jangan lupa cuba buat ya. Good luck!

Share this nice post:

6 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: