Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad

Recipes

Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad | Akhirnya Ummi terjebak juga nak mencuba resipi diet yang viral di TikTok ni. Mula-mula minah saleh Sandra’s Journeys ni kot yang introduced menu ni. Then, berduyun-duyunlah TikTokers Malaysia mencuba dan berkongsi di TikTok masing-masing.

Lunch hour hari Jumaat, lepas mengisi perut di O’Coffee Club Atelier, Puteri Cove Quayside, Puteri Harbour bersama Geng Mak-mak Marine, kami singgah The Pasar untuk beli bahan-bahan nak buat Cucumber Yogurt Salad ni. Ummi nak try buat kat office nak ajak kekawan makan sama-sama hehehe. ALmaklumlah dah nak start semula misi turunkan berat badan ecehhhh. Jumlah kalori Cucumber Yogurt Salad hanya 150 kalori.

Ummi follow resipi Cucumber Yogurt Salad yang Anju buat. Cuma Ummi guna yogurt asli, padahal Ummi dah pegang Greek Yogurt dah, bila tukar jenama yogurt sampai office tengok natural yogurt yang Ummi beli hahaha. Seeloknya guna Greek Yogurt tau kerana kandungan kalorinya lebih rendah dan rasanya lebih masam. Lepas tu, garlic powder tu terambil garlic steak seasoning hahaha. Lantaklah situ sedap gak.

Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad! Mesti Cuba!

Buat Cucumber Yogurt Salad Dengan 5 Bahan

Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad! Mesti Cuba!
  • Timun jepun
  • 2-3 sudu Greek Yogurt (abaikan kesilapan natural yogurt itu)
  • Garlic Powder
  • Chilli Flakes
  • Perahan Jus lemon

Cara Penyediaannya Cucumber Yogurt Salad

  1. Gunakan pengupas kulit buah untuk mengupas timun jepun, kalau ikut style minah saleh tu, dia kupas ke depan ke belakang untuk hasilkan timun yang nipis. Ummi guna pengupas kulit yang jenis satu lagi tu, jadi entah macam susah je nak ke depan ke belakang hahaha. Ummi kupas ke depan je still hasilnya elok cantik nipis.
  2. Masukkan 2-3 sudu greek yogurt, boleh dikatakan beratnya adalah 100 gram.
  3. Kemudian, masukkan garlic powder, chilli flakes dan perahan jus lemon.
  4. Gaul rata dan sebati. Sedia untuk dimakan.

Video TikTok Cucumber Yogurt Salad

Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad! Mesti Cuba!

Boleh view TikTok Ummi ya <DISINI>

Actually, bahan-bahan ni boleh ikut kreativiti masing-masing apa yang korang nak add on. Untuk jadikan menu diet korang haruslah add on bahan-bahan sihat ya hehehe. Nanti Ummi nak cuba letak smoked salmon. Ummi yakin mesti lagi sedap. Yang letak bahan-bahan kat atas ni pun boleh tahan sedap. Rasanya kalau tambah corn kernels dan kacang edamame pun sedap ni hehehe.

Tikus-tikus makmal saya hahaha. Gurau je kekawan. Thanks korang tolong makan.

Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad! Mesti Cuba!

Chef Hernee in the pantry yawwwww. Kita buat menu diet kat pantry office je wak. Next Ummi share hasil mencuba Ayam Kewpie dengan 4 Bahan resipi Khairul Aming pulak ya. Stay tuned!

Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad! Mesti Cuba!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Resipi Diet Mudah & Sedap Cucumber Yogurt Salad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!