DDHN–Resepi Paprik Campur Simple

30/05/2017

resepi paprik campur

Lauk berbuka semalam all in one gitu. Berbuka sorang malas nak masak beriya. Anak-anak pun terpaksa redho dengan menu pilihan Ummi walaupu Abang Ilham request nak ayam red hahaha. Ok ini resepi dari Ummi Ilhams.

RESEPI PAPRIK CAMPUR SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

Ayam / udang / sotong – dipotong ikut saiz yang disukai
Bawang putih 3 ulas
Bawang holland 1 labu
1 sudu besar cili blender
1/2 inci halia
3 helai daun limau purut
3 biji cili padi
1 batang serai
1 biji tomato
3 batang kacang panjang – potong ikut suka anda
suku carrot – dipotong nipis
Bunga kobis
Sos tiram
Sos cili
Garam

CARA-CARA:

Potong mayang bawang holland, bawang putih, cili padi dan halia. Tumis kesemua bahan-bahan tadi sehingga kekuningan. Masukkan cili blender dan kacau rata sehingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masukkan serai yg telah diketuk dan daun limau purut Kemudian masukkan ayam, sotong dan udang dan kacau rata. Agak-agak ayam, sotong dan udang nampak dah masak baru masukkan tomato, kobis bunga, carrot dan kacang panjang. Perasakan dengan sedikit garam. Bulan puasa jangan sesuka hati nak rasa hehehe.

Ok selamat mencuba! Smile

p/s hari ni Ummi tak payah banyak cakap, tak payah banyak cerita menu berbuka terpaksa ikut tekak boss kecil.. ayam red..tambahan labu dan kacang panjang masak lemak..

Share this nice post:

2 Comments

  • Dedaun Comel

    30/05/2017 at 6:24 pm

    Nampak sedap.. kena cuba ni untuk sahur/berbuka nanti 😉

    1. Hernee Nazir

      30/05/2017 at 6:44 pm

      hehehe cuba tau..simple je..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: