Idea Menu Berbuka Puasa Selera Pantai Timur

30/05/2017

20160529_112517

Saja nak kongsikan IDEA MENU BERBUKA PUASA SELERA PANTAI TIMUR. Sebenarnya menu ni dah lama dimasak oleh step mom kami. Tapi entah macamana Ummi lupa nak post kat blog hehehe. Oleh kerana terbayang-bayang menu ni, maka elok kiranya dikongsi kat blog kan dengan harapan Nenek baca dan masak lagi ajak berbuka ekeke. Eh tapikan uolls memang selera bertambah-tambah makan menu pantai timur ni. Sebelum ni tak pernah pun makan singgang daging, biasa orang Johor singgang ikan je kot. Sekali pekena singgang daging haaaa amekawwww bertambah nasi tak ingat ditambah ulam-ulaman dan sambal tempoyak petai. Fuhhhh.

Kat bawah tu ada resepi Singgang Daging.

20160529_112538
RESEPI SINGGANG DAGING TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging cincang
  • 10 biji bawang merah – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 5cm lengkuas – dihiris halus
  • 5cm kunyit hidup – dihiris halus
  • 2 keping asam keping
  • Cili padi secukupnya
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk merebus

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Apabila daging telah empuk dan air rebusan tinggal separuh, masukkan bahan hirisan dan asam keping. Didihkan lagi sehingga kuahnya menjadi kering.
  3. Setelah itu masukkan biji ketumbar dan cili padi yang tidak dipotong. Kacau rata.
  4. Akhir sekali, perasakan dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih, budu dan ulam-ulaman.

Ummi memang suka gila makan terung. Memang sesuai terung berlada ni digabung dengan singgang daging. Kat bawah tu ada resepinya sekali. TQ puan-puan resepi.

20160529_112643

TERUNG GORENG BERLADA
Resepi : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:

1 biji terung panjang ( size agak besar)
6 biji cili merah (dibuang bijinya)
6 biji cili padi
1 labu bwg besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
air asan jawa gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Terung di potong setebal 1 inci dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.Ketepikan sebentar.
  2. Cili merah , cili padi , bawang besar , bawang putih , belacan dikisar kasar (jgn halus sangat )
  3. Tumiskan bahan kisaran tu sampai wangi .
  4. Masukkkan air asam jawa secukupnya.
  5. Perisakan dgn garam dam gula. kacau hingga masak dan sedikit kering.
  6. Siap dan tuangkan  ke atas terung digoreng tadi.

Ditambah pula dengan ulam-ulaman ni.

20160529_112548

Kangkung dicelur.. jeruk petai. Biasa kami makan petai mentah gitu je, orang sana suka buat jeruk rupanya. Sedap juga.

20160529_112603

Ulam tenggek burung.

20160529_112613

Sambal tempoyak petai

20160529_112624

Sambal hitam belimbing. Eh macam tercicir budu lah.

Semua kombinasi yang sesuai sesangat. Memang bertambah-tambah makan. Korang kalau nak try menu pantai timur ni boleh la masak ya. Konfem tak sedar makan nasi bertambah-tambah. Nanti nak masak jugalah untuk menu berbuka. Kita ajak orang pantai timur berbuka rumah kita. Tengok camana perginya rasa masakan orang selatan hahaha, Selamat mencuba! Winking smile

Share this nice post:

2 Comments

  • Suria Amanda

    01/06/2017 at 12:05 am

    Huwaaaaa…nangis tengok semua resepi..nak bljr buat singgang daging tu la..

    1. Hernee Nazir

      01/06/2017 at 12:31 pm

      try tau SA..jgn lupa sediakan ulam2 sekali..mantopppp

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: