Lunch at Restoran Johnny’s AEON Bukit Indah

12/04/2017

Sebelum keluar entri tengok movie dengan Auntie Ayue Idris kita post cerita selepasnya dulu ya hehehe. Lepas keluar dari TGV Cinema anak-anak dah kelaparan. Adik Syamil mamai-mamai lagi baru bangun tidur. Cepat-cepat call Babah tanya lokasi. Babah tengah shopping sorang-sorang di Padini hamboiii. So Ummi terus bawa anak-anak ke Restoran Johnny’s.

20170409_132834

Budak kecil berdua ni tak boleh move on.. nak pakai spec 3D ni. Handsome tak saya? hehehe.

20170409_132851

Sekali Babah sampai, Babah kata

“Eh.. apasal tak pulang spec tu?”

”Alamak kena pulang ke? Mana Ummi tahu..ingatkan dapat free” kahkahkah

”Rasanya bubuh kat mana-mana dia sediakan bekas”

Erkkkk.. terus rasa bersalah. Kena pulang eh? Almaklumlah mak dorang ni tak pernah tengok wayang. Manalah tahu kena pulang ke tak spec ni. Kalau yang kat Legoland memang kena pulang kan.

20170409_133152

Tolak tepi cerita tu, kita dah lapar tapi kita nak snap juga gambar berdua walau jarak jauh hehehe.

20170409_133928

Sebelum masak.. nyum3.

20170409_134523

Sedang masak.. hehe. Gambar lepas tu tak payah tanyalah. Semua dah selamat masuk perut. Tetiba rasa nak makan lagi hahaha. Favourite kami anak beranak.

20170409_142024

Last but not least, banana split share berdua Babah. Romantikus gitu hahaha. Lepas makan pergi jengah-jengah kasut Ummi sekali budak sorang tu merengek nak buku. So beli buku kat Popular. Boleh baca entri koleksi buku baru diorang di SINI.

20170409_160131

Lepas beli buku Ummi nak cari baju sikit. Eh sikit sampai 3 helai TERbeli ekeke. Next nak cari kasut Adik Syamil. Babah tukang pilih, Ummi dan Abang Ilham tunggu kat luar sebab troli ada barang-barang. Yang Ummi jadi pelik, si adik ni boleh menangis bila Babah nak test kasut. Terharu ke apa tak pastilah hahaha.

20170409_163144

Sementara menunggu Babah belikan adik kasut, abang dah tak boleh handle ngantuk. Maka selamatlah dia tidur dalam trolly hahaha. Nasiblah Ummi beli cardigan, boleh buat selimut hehehe. Settled membeli belah moh la kita balik. Dari pukul 10am keluar rumah sampai semula 5 lebih. Fuhhhhh.. sengal kaki hehe. Ok, itulah ceritanya dari makan tersambung cerita shopping hahaha.

Share this nice post:

13 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: