Koleksi Buku-buku Terbaru Untuk Anak-Anak

Koleksi Buku-buku Terbaru Untuk Anak-Anak

Hari Ahad kan kami meronda AEON Bukit Indah, Abang Ilham request nak ke Toys R Us tapi Babah tak nak layan haha. Dia kata boleh tak kalau nak buku. Babah kata kalau buku tak apa boleh je. Jadi kami singgah ke Popular mencari buku.

P_20170409_215724

Ummi capai buku Adik Jom Solat RM8.90. Budak kecil berdua tu riuh sekampung kejap nak buku tu kejap nak buku ni. Peruntukan sorang satu tapi masing-masing rambang mata.

P_20170409_215733

Sudahnya Abang Ilham ambil buku komik Boboiboy Sfera Kuasa adaptasi dari Boboiboy : The Movie RM19.90. Dari gaya beli buku tu macam dah pandai baca sangat kan hehe. Padahal dia nak tengok gambar je tapi dia dah boleh la mengeja sikit-sikit. Suka hati lah janji ada minat nak membaca.

P_20170409_215744

Agak-agak ni buku siapa? Cuba teka. Ini buku pilihan budak kecil yang berumur 2 tahun. Offer buku lain tetap tak nak. Dia kata “mi nak men.. nak men..” Dia dah nampak gambar ironman tu ha. Aduhaiii awak baru 2 tahun dik, berangan sangat ni hahaha. Makanya Ummi Babah la tukang bacakan untuk budak berdua ni nanti hehehe.Untukmu Adik Syamil Ummi belikan la buku Iron Man Pahlawan Perisai Edisi Bahasa Melayu berharga RM19.90 tak silapnya.

Dari semalam duk kelek buku. Bila Ummi beg sekolah Abang Ilham rasa berat semacam. Rupanya ada hati nak bawa buku boboiboy pergi sekolah. Senyap-senyap Ummi keluarkan. Sorry Abang Ilham.. nanti cikgu marah tau.

Harap-harap anak Ummi semua sukalah membaca buku nanti ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

7 thoughts on “Koleksi Buku-buku Terbaru Untuk Anak-Anak

  1. assalamualaikum hernee…betul tu sama mcm cucu mama juga…kalau cek beg sekolah tu mesti ada saja buku atau barang mainan yg nak dibawa ke sekolah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!