Friday’s Lunch at Restoran Korea House – South Gate Restaurant, Johor Bahru

20170331_131157

Hail uolls. Cerita Friday’s Lunch Ummi hari ni special sikit hehe. Hari ni kami makan korean foods yeay!. Hari ni last day Che Ta kat JB so plan nak lunch sama-sama dengan Dila dan Amy Chua akhirnya terlaksana. Kami pilih lokasi di di Restoran Korea House – South Gate Restaurant di Taman Nong Chik, Johor Bahru. Sebenarnya bukanlah handal sangat nak order makanan Korea ni, nasib Che Ta dan Amy dah terer.

20170331_131213

Pertama kali mencuba, Dila booked awal sehari. Business hour di sini makan tengahari 12pm-3pm.. makan malam 6pm – 9.30pm. Setiap hari Isnin hanya ada makan malam sahaja.

20170331_131443

20170331_135024

Suasan dekorasi dalam restoran.

20170331_141758

Belek-belek menu buat syarat sebab nak skodeng nama makanan. Sebetulnya menu kami dah serahkan pada Che Ta dan Amy untuk buat pilihan.

20170331_141812

Bila tengok harga, telan air liur jugalah. Kata Che Ta lebih mahal dari di KL.

20170331_131425

Geng Jumaat minggu ni kekurangan dua orang ahli, Eqa yang busy buat kerja dan Noni yang nun di KL tengah training.

20170331_131532

Memasing excited menunggu order sampai.

20170331_131541

Wefie sikit dengan kawan yang tahun ni genap 10 tahun perkenalan dengan Amy Chua hehehe. Best Chinese friend forever gitu.

20170331_132332

Makanan dah sampai. Yang sampai ni nama “bancan” side dishes FOC dan boleh di refill seberapa banyak kita suka asalkan kita order main dish yang utama dalam senarai tu. Oooo barulah faham. 

20170331_132634

Main dish pertama yang sampai adalah Kimchi Pancake. Gambar dia seketul lupa nak snap. Tapi rasa sedap gilalah. Kalau masakan Melayu ni dah seakan-akan penaram (jemput-jemput udang geragau atau udang pepai) hahaha. Sepinggan RM25.

Gambar atas tu Japchae atau dalam bahasa omputihnya Stir Fried Glass Noodle. Haaa tang ni dah biasa makan lagi-lagi dalam lunch box Halmeoni Kitchen hehe. Sedap RM30 sepinggan.

20170331_132753

Menu yang ni namanya Topokki.Dila memang teringin sangat nak makan. Akhirnya dapat juga. Taip entri ni sambil telab air liur. Rice cake tu dah ala-ala laksam hahaha. Tapi teksturnya lebih padat  Kuahnya pun sedap dari sweet chilli sauce, dalamnya juga ada fish cake. Sepinggan RM30.

20170331_133631

Menu yang ini pula namanya Spicy Octopus. Tak ada yang tak sedap setakat ini hahaha. Sedap belaka. Terbayang octopus CIMB Bank hahaha. Sepinggan RM45.

Menu seterusnya Chicken Bulgogi. Gambar tak pasti kenapa tak ada upload. Nanti update bergambar. Chicken Bulgogi ni pun sedap. Rasa banyak gila makan weh.Harga sepinggan RM45.

20170331_134103

Last main dish, Spicy Cat Fish Soup. Masa Che Ta call tanya semua orang makan ikan keli tak.. kami jawab makan. Memang makan pun. Otak terbayang ikan keli tu di grill haha. Sekali datang dalam bentuk sup dan ikan kelinya besar yang amat. Terus rasa erkkkk besarnya hahaha. Yang benornya memang baru sekali je makan ikan keli berkuah. Biasa makan yang goreng garing-garing. Tu yang jakun hahaha. Makan jugalah sehiris. Tapi serius sedap kuah sup tu. Meriah dengan mushroom. Che Ta kata kalau tahu baik order Crab & Seafood Soup. Satu pot Spicy Cat Fish Soup tu berharga RM80. 

Gambar kat bawah ni 3 jenis Bancan yang sempat di snap. Kesemuanya ada 12 jenis Bancan termasuklah Kimchi, Seaweed lain-lain makcik tak tahu nama kahkahkah. Tapi ada macam cekodok, ada ikan bilis goreng, taugeh gemuk-gemuk, sayur bayam dan jeruk lobak warna pink.

20170331_132259

Yang ni tak tahu nama tapi pernah makan dalam Bibimbap. Sedap. Sejenis mushroom kot haha. Suka hati kau Hernee.

20170331_132303

Yang ni ala-ala whip potato pun sedap.

20170331_132307

Yang ni sah-sah mushroom. Cendawan tiram goreng. Bancan yang lain-lain tak ada yang kami refill kecuali kimchi 2 kali refill. Nyum2 sangat hehe. Oh kami berempat makan nasi kecuali Amy. Nasi RM3 semangkuk.

Che Ta, Amy dan Dila bedal Green Tea ke Citron Tea entah. Saya dan Ira minum Sprite hahaha. Perghhhh kenyang gila nak meletup perut. Dah faham la macamana nak order next time. Cukup beli 2 atau 3 main dish yang disukai sebabnya Bancan yang diorang bagi free tu pun dah cukup banyak sampai penuh meja. Memang meriah atas meja tu. Ownernya Mdm. Ham, Ahjumma dari Korea.

20170331_142645

Sebelum berpisah, kita wefie dulu dengan muka lebar dan senget hahaha. 

20170331_142703

Mereka berempat sementara saya jadi photographernya. Secara rasminya Ira pun dapat dua orang kawan baru hehehe.

20170331_142758

Kami pula berempat. Friendship forever ya kawan-kawan. Geng gelak ketawa, geng bersedih, geng gila-gila, geng makan, geng woman to woman talk gitewwww hehehe. Thanks ya kawan-kawan semua. Panjang umur kita makan-makan sambil gelak-gelak lagi.

20170331_141948

Untuk yang nak mencuba special Korean Food boleh lah ke sini ya. Recommended!

Korea House Restaurant  

Address: 2, 21, Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor.

GPS: 1.464698, 103.737194

berhadapan Aloha Tower (Condo) Johor Bahru dan sebaris SR8 Cafe, Brotherhood Grill & Steamboat. 

Selamat mencuba! 

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

8 thoughts on “Friday’s Lunch at Restoran Korea House – South Gate Restaurant, Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: