Category: Colleagues

Zafeena Fitness Bersama Cikgu Shasha

Oleh kerana kelas aerobik hari ni dibatalkan, maka marilah kita gali gambar-gambar lama berzafeena bersama Cikgu Shasha yang comel. Syok juga berzafeena ni rupanya. Apa tu Zafeena Fitness? Macam nama orang kan? hehehe. Zafeena Fitness ialah senaman kecergasan pertama jenama Malaysia. Zafeena sesuai untuk semua peringkat umur.Zafeena Fitness diilhamkan dengan kerjasama Pusat Sukan Kecergasan Malaysia

Makan Nasi Ambeng Berjemaah Dalam Dulang 

Selamat tengahari. Dah makan? hehe. Saja nak tayang nasi ambeng tengahari ni. Godeh2 handphone baru terjumpa gambar-gambar masa makan nasi ambeng berjemaah dalam dulang dengan Fatimah Q dan Kak RCW. Bukan Rozita Che Wan ya, tapi ni Kak Rosliza Che Wahab ekeke. Masa ni kami menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di Surau At-Taqwa, PTP. Inilah dia nasi ambeng

Maggi Letup Kari Cili Api Challenge

Cerita minggu lepas lagi. Orang duk sibuk Samyang Ramen Challenge lah apalah. Kami challenge makan mee maggi je hahaha. Itu pun rasanya dah cukup pedas meletup dah tu. Saja isi masa mengantuk di pejabat. Ajak budak kecil sorang ni lawan makan maggi pedas berapi. Jangan tiru aksi kami hahaha. Sebelum kejadian…… mamat tu berlagak ok.

Geng Aerobik Ummi Ilhams

alhamdulillah masih konsisten join geng aerobik PTP.walaupun ada 2 3 kali juga ponteng kelas atas sebab2 tertentu.thanks babah ilham bagi keizinan ummi join menyihatkan badan hehehe.sebelum puasa lagi kami dah start aerobik ni.lepas raya sambung semula.cikgunya pun best sesangat.. cikgu marlina.jealous betul tengok dia yang slim dan fit gila.huwaaaa bilalah ummi ilham nak jadi macam

Sayonara Husna :'(

entri khas untuk husna.. brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. (bunyi trademark husna) hahahaha. budak praktikal dari netherland maritime institute. thanks jadi geng makan akak selama 4 bulan ye. merentas padang di waktu panas mahupun hujan sampai tenggelam kasut penguin dalam lopak atas padang hahaha. thanks sudi melayan kegilaan akak dengan geng2 gila lagi 3 orang tu hahaha. kurang dah

Aidilfitri 2015 | Majlis Sambutan Hari Raya PTP

meneruskan entri2 aidilfitri yang tertangguh.jangan risau tak banyak pun, ada 2 entri je lagi. jumaat lepas punya cerita.majlis sambutan hari raya PTP.dah inform opah siap2, balik lambat sikit.bekalan susu pun insha Allah cukup untuk budak domok tu.program bermula jam 5pm tapi kami turun lambat sikit.komited buat kerjalah konon macam biasa.. ummi ilham’s bff.. alamak husna

Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2–Part 3

sambung lagi dan lagi.. sampai habis.. hehehe.dalam entry lepas saya ada mentioned yang kami terpaksa check out sehari lebih awal dari hari yang sepatutnya.semuanya berpunca dari perkhabaran yang menggerunkan. typhoon menyerang! fuhhh!masa ni tak silapnya typhoon linfa dah selamat mendarat di northern philipines, taiwan dan southern china.dan yang bakal2 muncul typhoon chan-hom dan nangka.typhoon chan-nom
Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!