Maggi Letup Kari Cili Api Challenge

20170216_160821

Cerita minggu lepas lagi. Orang duk sibuk Samyang Ramen Challenge lah apalah. Kami challenge makan mee maggi je hahaha. Itu pun rasanya dah cukup pedas meletup dah tu. Saja isi masa mengantuk di pejabat. Ajak budak kecil sorang ni lawan makan maggi pedas berapi. Jangan tiru aksi kami hahaha.

20170216_161314

Sebelum kejadian…… mamat tu berlagak ok. Konon tak pedas. Tak pe wait and see.

20170216_161349

Maggi dah ready untuk dimakan.

20170216_161603

Maka cabaran bermula. Terpisat2 jugalah budak kecil ni nak makan hahaha. Lagi psycho bila ummi ketuk2 cup tu menandakan mee dah nak habis hahaha.

20170216_161547

and the winner issssssssssssss.. Ummi Ilhams. Dia kata kita bela saka. Ciskek sungguh. Haaa baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Lain kali jangan krek ok hahaha. Baru pedas cili api je ni hahaha.

20170216_161618

Ngengada sangat nak sahut cabarankan. Pedas berapi hoi meleleh hingus. Macamanalah pedas Samyang Ramen tu ek. Hebat korang ni. Ternganga weh menahan pedas. Tapi memang betul makan pedas ni kena fokus jangan banyak stop. Jangan berulamkan air. Nanti rasa lagi kuat pedasnya. Walaupun menang tapi tak ada pun hadiah untuk saya. Diri sendiri yang anjurkan challenge ni hahaha.

Ok nanti buat cabaran lain pulak hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4646

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!