Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor

Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor | Kalau sebut bab makan, mestilah kita semua nak cari tempat yang sedap mengikut selera tekak kita. Betul tak? Tipulah kalau korang tak fokuskan tang “sedap” tu kan. Negeri Johor ni rasanya antara negeri yang boleh dikatakan “syurga makanan”. Jadi untuk korang yang berkunjung ke negeri Johor jangan lupa cuba gaya masakan orang Johor. Ehhh.. untuk orang Johor juga, mesti banyak lagi tempat makan sedap di Johor yang korang belum cuba kan?

Ummi senaraikan di entri ini, antara TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR untuk panduan korang yang mencari lokasi untuk menjamu selera. Mesti cuba ok!

#1 – LOMAQ FOODIES, TAMAN DENAI NUSANTARA, GELANG PATAH

This image has an empty alt attribute; its file name is project_20200119_220308-1024x768.jpg

Kalau korang peminat menu masak lemak cili api dan asam pedas, korang kena cuba menu-menu lazat di LOMAQ FOODIES ni tau. Memang tak mengecewakan. Bukan menu itu saja, Lomaq Foodies juga ada menyediakan ikan siakap goreng, ikan cencaru goreng, siput sedut, nasi ayam penyet dan menu sarapan pagi.

Paling Ummi suka adalah Itik Salai Lemak Cili Api. Fuhhh terangkat tau. Malas nak cerita panjang-panjang korang kena cuba. Kalau nak baca lebih lanjut boleh baca entri ini >> MASAK LEMAK CILI API SEDAP DI LOMAQ FOODIES, TAMAN DENAI NUSANTARA, GELANG PATAH

LOMAQ FOODIES

📍 No. 21, Jalan Denai 4, Taman Denai Nusantara, 81560 Gelang Patah, Johor.

Waktu perniagaan:

Isnin – Ahad 7 pagi – 5 petang

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Encik Nizam 012-744 8733

#2 – SEAFOOD SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT

Peminat makanan laut boleh cuba makanan laut segar yang disajikan di Seafood Seri Bahagia, Tanjung Langsat. Banyak pilihan menu di sini. Dengar cerita salah satu menu larisnya adalah Ketam Blackpepper. Aduhaiii tiba-tiba Ummi rasa lapar pula bila sebut ketam.

Selain menu yang sedap, korang juga boleh menikmati pemandangan lat yang mendamaikan dan menarik di Kampung Tanjung Langsat.

Cerita penuh korang boleh baca entri ini >> MAKAN DI SEAFOOD SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT

RESTORAN SEAFOOD SERI BAHAGIA

Lokasi: Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor.

No. Tel: 013-725 1780

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin (12pm hingga 11pm)

#3 – ISTANBUL TURKISH CUISINE, HORIZON HILLS

Credit photo: https://afzani.com/

Bagi korang yang inginkan kelainan, sekali-sekala apa salahnya tukar selera Timur Tengah ya tak? Ummi syorkan korang mencuba menu di satu-satunya restoran berkonsepkan Authenthic Turkish Ottoman di Asia Tenggara yang kini berada di Johor Bahru. Semua menu yang terdapat di sini disediakan oleh tukang masak khas yang dibawa dari Turki dengan resepi original dari Ottoman’s Sultan. Ummi pun pernah mencuba menu di Istanbul Turkish Cuisine ni tau. Memang sedap.

Kalau korang nak tengok menu apa lagi yang ada di Istanbul Turkish Cuisine, korang boleh baca entri ini >> ISTANBUL TURKISH CUISINE

Istanbul Turkish Cuisine

Lokasi: No 7, Jalan Hijauan 3, Horizon Hills, Johor Bahru, Johor.

Waktu perniagaan:

Makan Tengahari/ Lunch – 12pm hingga 3pm
Makan Malam/ Dinner – 6pm hingga 11pm

 Untuk tempahan, sila hubungi:
07-509 5484
 016-761 5824 (Whatsapp)

#4 – WACHAA BURGER, PARIT KADIR, SENGGARANG, BATU PAHAT

Credit photo: https://www.facebook.com/wachaaburger

Tengok gambar pun dah buat air liur meleleh kan. Apa lagi kalau makanannya dah ada depan mata. Mesti tak sempat nak toleh kiri dan kanan. Korang dah cuba ke belum makan di Wachaa Burger Parit Kadir ni? Macam-macam pilihan makanan western food di sini tau. Ada burger, lamb chop, chicken chop, fish and chips, spaghetti, steak dan banyak-banyak.

Nanti balik kampung Ummi nak ajak Babah ke sini. Tak boleh tahan tengok cheese yang meleleh tu. Buat craving tau. Ingat orang Senggarang tak pandai makan western food ke? hehe.

Cerita penuh dengan gambar makanan yang boleh melelehkan air iur korang boleh baca entri ini >> WACHAA BURGER PARIT KADIR JOHOR TEMPAT MAKAN WESTERN FOOD MURAH & SEDAP

WACHAA BURGER, PARIT KADIR

Alamat : Kampung Parit Kadir, Jalan Parit Botak, Parit Botak, 83200 Senggarang, Johor.

No Telefon : 013-734 0160
Waktu Operasi : 4:30pm – 11.30pm (Jumaat tutup)

#5 – CHABA THAI FOOD JOHOR BAHRU

Satu lagi port menu makanan laut yang korang mesti cuba. Lokasinya di Restoran Chaba ThaiFood, Taman Impian Emas. Antara menu yang paling laris adalah Tomyam Seafood, Tomyam Poktek, Siakap Stim Limau, Siakap Dua Musim dan Siakap Tiga Rasa. Kalau sebut setiap satu makanan Thai ni memang buat orang terliur tau. The Ilhams pun memang peminat makanan Thai, jadi senanglah untuk Ummi cari kedai makan kalau keluar kemana-mana.

Cerita penuh korang boleh baca di entri ini >> MASAKAN ALA THAI SEDAP DI CHABA THAI FOOD JOHOR BAHRU

Restoran Chaba ThaiFood
No.17, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Johor Bahru, Johor

Facebook : Chaba Thai Food
Instagram : ChabaThaiFood_18
Waktu Operasi : 5 petang sehingga 12.00 tengah malam
Untuk tempahan boleh hubungi 0111 3077600

#6 – KAFE KIRI KANAN TOPPEN, TEBRAU

Pernah ke Kafe Kiri Kanan di Toppen Tebrau? Lokasinya bersebelahan dengan IKEA Tebrau. Kalau belum korang mesti cuba menu-menu sedap di sana. Kafe Kiri Kanan mennyajikan menu Asian Fusion. Antara menu yang menarik boleh dicuba adalah Jumbo Chicken Chop, Nasi Chicken Chop Masak Merah, Nasi Ayam Hainan, Chicken Chop Black Pepper & Set Burger.

Cerita penuh korang boleh baca di entri >> MAKAN SEDAP DI KAFE KIRI KANAN TOPPEN, TEBRAU

KAFE KIRI KANAN, TOPPEN TEBRAU

Alamat:
L2.93 ,Level 2 TOPPEN Shopping Centre No, 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.

Telefon:  011-3679 0232

#7 – RESTORAN ATEH CORNER, TAMAN UNIVERSITI

Credit photo: www.kasihjuju.com

Kalau ke Taman Universiti memang tak sah kalau tak menyinggah di Restoran Ateh Corner. Terbayang Siakap Stim Nyonya nya tau. Sedap gila. Menu ini adalah antara yang paling top di Restoran Ateh Corner. Selain tu, Junior Chicken Chop juga antara yang popular. Senang cerita korang kena datang sendiri ke sini cuba rasai kesedapan setiap menu yang ada.

Cerita penuh korang boleh baca di entri ini >> RESTORAN ATEH CORNER TEMPAT MAKAN BEST DI TAMAN UNIVERSITI

Restoran Ateh Corner
Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.

Di buka dari jam 7am sehingga 2am
Di tutup pada hari Isnin. 

Atau boleh layari akaun facebook page : Restoran Ateh Corner

#8 – TEMPAT MAKAN LOK-LOK HALAL SEKITAR JOHOR BAHRU

Bagi peminat lok-lok korang boleh mulakan lok-lok hunting korang di kedai yang Ummi senaraikan dibawah ni ya. Gerenti korang jatuh cinta dengan kesedapan lok-lok masing-masing.

Food Bank, Adda Height

Credit photo: https://www.facebook.com/nurfarahudahud/

Lokasi: 127, Jalan Adda 3/1, Adda Height, 81100 Johor Bahru, Johor (boleh waze, Food Bank Adda Height).

B5 Johor Street Market

Credit photo: https://www.byfarahh.com/

Just LokLok
Lokasi : Taman Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor (Waze B5 Street Market)

Medan Steamboat Bandar Baru UDA

Lokasi: 14, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor (korang boleh waze Medan Steamboat Bandar Baru UDA).

Steamboat Stulang, Johor Bahru

Berhadapan dengan laut.

Lokasi: Stulang Laut, Johor Bahru. 

Mr Lok – Lok, Bandar Baru Seri Alam

Image may contain: food, text that says 'LOK LOK PER RM0.80 STICK mr lok lok'
Credit photo: https://www.facebook.com/mrloklokjb/

Lokasi: 99, Jalan Lembah 18, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor. 

Cerita penuh korang boleh baca di entri ini >> TEMPAT MAKAN LOK-LOK HALAL SEKITAR JOHOR BAHRU

#9 – BEST DIMSUM DAN PAU PASIR GUDANG

Siapa suka dim sum sila angkat tangan? Korang boleh mencuba aneka dim sum di Best Dim Sum and Pau Pasir Gudang. Korang boleh pilih dim sum kegemaran korang, 3 mangkuk dengan harga RM10. Selain dim sum ada juga dijual pau. Jadi apa tunggu lagi. Jom cuba!

Cerita penuh boleh baca di entri ini >> BEST DIMSUM DAN PAU PASIR GUDANG

Hubungi : FACEBOOK BEST DIM SUM AND PAU PASIR GUDANG
☎️ 012-7855328
Waktu Operasi :⏰ Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm
Lokasi :📍 U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.

#10 – RESTORAN SENOKO SEAFOOD STULANG LAUT

Credit photo: https://sariyusa.blogspot.com

Bagi korang yang suka JJCM ke Stulang Laut, pastinya korang pernah ke Restoran Senoko Seafood kan. Terdapat pilihan makanan laut yang segar dan sedap-sedap belaka. Antara masakan yang popular adalah Siakap Stim Limau, Udang Sambal, Tomyam Campur, Sup Ekor dan banyak lagi. Pendek kata boleh jadi rambang mata tau nak order yang mana.

Cerita penuh boleh baca entri ini >> MAKAN DI RESTORAN SENOKO SEAFOOD STULANG LAUT YANG SANGAT SEDAP

Restoran Senoko Seafood
Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor

Tel : 016-667 0815
Buka pada  4 pm setiap hari

Orang Johor atau pelancong yang datang ke negeri Johor jangan lupa terjah tempat makan sedap di Johor yang dah Ummi senaraikan tu ya. Nanti bila Ummi ada masa lapang Ummi akan tambah lagi senarainya. Selamat mencuba ya!

 422 total views,  3 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!