Restoran Ateh Corner Port Makan Best Di Johor Bahru | Assalamualaikum.. Malam Ahad yang lepas Ummi dan sebahagian Team JDT Blogger sempat berkunjung ke Restoran Ateh Corner. Memang dah lama Ummi tak menjamu selera air tangan chef Ateh Corner ni tau. Seriouslah nampak kawan-kawan Geng Kelab Susu Ibu Johor lepak dengan Kak Linda je dah buat jeles. Lagi terbayang menu-menu sedap yang ada. Haisyhhhh meleleh air liur.
Aneka Menu Sedap di Ateh Corner
Buat peminat menu-menu lazat Restoran Ateh Corner Baru, restoran ini masih lagi mengekalkan aneka menu pilihan ramai menu tempatan mahu pun Western dengan desert yang sedap belaka. Sampai tak tahu nak order yang mana. Yang pasti tekak Ummi dah lega dapat Cendol Durian hehe. My all time favourite desert di Ateh Corner ni.
Antara Killer Menu di Restoran Ateh Corner Baru. Ikan Siakap Stim Nyonya, dihidang bersama Mantou Bun. Sedap gila ok, kuahnya tu cukup rasa. Ikan pun segar sangat.
Mantou Bun yang digandingkan dengan Siakap Stim Nyonya. Kalau korang tak makan
Long Bean Minced Chicken. Ummi syok duk meratah je kacang panjang ni. Memang favourite Ummi kalau kacang panjang jenis potong panjang-panjang ni.
Sotong Goreng Tepung sedap rangup dicicah dengan sos yang sedap.
Udang Butter. Part udang butter ni Ummi suka serdak dia tu. Sedap diratah begitu saja hehe.
Kerang Sambal. Sebenarnya ada dua pilihan masakan untuk kerang ni. Kalau korang tak suka kerang sambal, korang boleh order kerang rebus yang akan dicicah dengan sos sedap.
Restoran Ateh Corner Port Makan Best Di Johor Bahru
Sama juga dengan kupang. Ada dua pilihan Kupang Rebus atau Kupang Sambal. Satu pinggan di jual dengan harga RM9.00 bersama sos cicah yang lazat. Yang kami makan ni Kupang Rebus ya uolls.
Ikan Pari Bakar ini dihidangkan mengikut berat pilihan korang. Terdapat saiz S, M dan L dan dihidangkan dengan sambal yang sedap diperah dengan limau kasturi.
The Ilhams memilih untuk makan Nasi Lemak Ayam. Nasi Lemak Ayam Restoran Ateh Corner ada perbezaan dengan nasi lemak di kedai atau restoran lain. Ayamnya bukan ayam goreng seketul ya. Ayamnya fillet ayam yang digoreng.
Lamb Chop ni memang sedap dengan sos black peppernya dan tambahan fries dan coleslaw. Taukey Ateh Corner kata “simple yet classic” gitu. Harga sepinggan RM19.00 per set.
Siapa suka Laksa Johor? Haaaa tak Johor la kalau tak suka Laksa Johor kan hehe. Lagi tak berapa nak Johor kalau tak dimakan dengan tangan sahaja. Sepinggan RM6.00.
Sotong Kangkung ni pun killer menu di Restoran Ateh Corner tau. Memang ramai peminat Sotong Kangkung ni. Ummi pun suka rasa kuahnya yang sedap tu.
Rojak Petis tak kurang enaknya. Bahan-bahan segar di dalam Rojak Petis ini, termasuk lah kangkung, taugeh yg dicelur, sengkuang , timun dan nenas bersama kuah petis! Kuah petis sedap uolls!
Tauhu Bakar ini yg dihidangkan bersama sengkuang dan timun serta kuah petis yang pedas dan manis. Ditambah pula dengan taburan kacang kisar membangkitkan selera pengunjung. Sepinggan Tauhu Bakar berharga RM4.00.
Another “killer menu” untuk hidangan dessert di Restoran Ateh Corner, tak lain tak bukan Cendol Durian kegemaran Ummi. Tak sama dengan tempat-tempat lain, yang menghidangkan seulas dua durian dalam cendol. Restoran Ateh Corner menampilkan “paste durian” buatan sendiri yang pastinya membuatkan korang rasa nak lagi dan lagi. Harga semangkuk hanya RM5.50 sahaja.
Yang ni Ais Jagung Special. Tengok rupa je pun korang dah boleh terliur. Apa tunggu lagi dapatkan di Restoran Ateh Corner ok.
Minuman pilihan Babah, Teh Tarik tanpa pewarna dengan menggunakan Teh Harimau. Lemak berkrim gitu. Satu cawan hanya RM1.80.
Minuman pilihan lain, Milo Ais Tabur dan juga Sirap Bandung Cincau.
Aneka minuman pilihan lain seperti Teh C 3 Layer, Ais Jelly, Green Tea, ABC, Jus Kedondong Asam Boi, Lemon Juice dan macam-macam lagi. Korang kena cuba semua tau hehe.
Yang ini pun special. Banana Split atau lebih glamour dengan nama panggilan “Pin Pin Pon Pon” di sini. Bila sebut menu ni je rasa nak gelak dan terbayang muka Sis Lin hehe.
Haaaa yang ni jualan “based on request” dari pelanggan-pelanggan Puan Linda. Kuih Koci Leleh. Ni kira first time Ummi rasa. Kawan-kawan lain dah selalu merasa.
Sedap Kuih Koci Leleh ni tau. Ada juga Kuih Koci Durian. Sekali rasa mesti korang nak order lagi hehe.
Kalau korang nak tahu, Restoran Ateh Corner ni dah lama menggunakan sistem untuk tempahan menu pilihan korang. Semuanya dihujung jari. Waiter atau waitress akan ambil order dari pelanggan dan akan key-in order di tab yang disediakan.
Korang juga tak perlu bimbang untuk menunaikan solat kerana Restoran Ateh Corner menyediakan surau untuk muslimin dan muslimat.

Juga disediakan tandas yang bersih dan selesa untuk para pelanggan. Itulah sedikit sebanyak yang boleh Ummi kongsikan. Kalau korang nak tahu sedap ke tak sedap boleh la terjah sendiri. Konfem repeat ke sini lagi hehehe. alau malu nak ke sini sila ajak Ummi Ilhams ok ekeke. Ok sila rujuk info di bawah ni.
Lokasi Restoran Ateh Corner
RESTORAN ATEH CORNER
Alamat:
No. 4, Jalan Kebangsaan 29, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.
Waktu Operasi: 6am – 3pm (Tutup Hari Selasa)
Facebook:
https://www.facebook.com/restoranatehcornerbaru
kuih koci dia memang sedap gilerrr…montau bun tu pun sedap cicah dengan kuah stim nyonya…jom ler kita repeat makan lagi kat situ
jom beb.. konfem meriah..
Pingback: Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor - herneenazir.com
Pingback: Jalan-jalan Cari Makan di Ateh Corner Taman Universiti - herneenazir.com