Istanbul Turkish Cuisine Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru!

Foods Review

Istanbul Turkish Cuisine Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru! | Assalamu’alaikum. Satu-satunya restoran berkonsepkan Authenthic Turkish Ottoman di Asia Tenggara, kini dibuka di Johor Bahru!! Kat mana tu? Senang je nak cari lokasinya di Horizon Hill, Iskandar Puteri.

Semua menu yang terdapat di sini disediakan oleh tukang masak khas yang dibawa dari Turki dengan resepi original dari Ottoman’s Sultan. Kalau korang peminat Turkish cuisine atau pernah makan angin ke Turki pasti korang suka menu di sini. Istanbul Turkish Cuisine menyajikan lebih dari 60 menu untuk para penggemar makanan Turki. Pendek kata korang memang rambang mata la nak pilih menu yang ada dari appetizer sehingga main course memang banyak dan sedap belaka.

Jom kita tengok satu persatu apa yang Ummi makan sampai rasa macam nak meletup perut hehehe.

Meze (Cold)/ Pembuka Selera/ Appertizer (RM16 setiap set)

Kesemua dihidangkan bersama dengan roti (homemade bread) atau dalam bahasa Turki, Ekmek. Sedap tau roti ni. Satu lagi roti Ummi terlupa snap.

Mangal Salata (sayuran digrill, terung, capsicum, tomato, daun ketumbar, bawang putih), Fasulya (kacang putih, pes tomato dan bawang) Acili Ezme (tomato, timun, capsicum, bawang putih, bawang besar, cili dan parsley) dan

Humus, sos tradisi masyarakat Timur Tengah.

Hellim Izgara, sejenis salad dengan sayuran (terung, carrot, cendawan,tomato, timun, labu) yang digrill dan dihidang bersama Hellim cheese. Harganya RM39. Kalau korang datang ramai-ramai boleh share untuk 1 set Hellim Izgara ni.

Meze (Hot)/ Pembuka Selera/ Appertizer

Sigara Boregi. Ala-ala popia gitu. Dicicah dengan white cheese. Sedap!

Airan (RM9), traditional Turkish yogurt drink. Baik untuk kesihatan usus. Tapi Ummi mampu minum sikit je. Tak berapa kena dengan tekak. Kawan-kawan lain ok je.

Yaprak Sarma, ala-ala botok-botok gitu hahaha. Sedap tau. Istanbul signature meze. Dalam vine leaves (daun anggur) tu ada intin daging lembu dan daging kambing cincang. Disajikan dengan dill yoghurt.

Kurban Corba (RM39), sup kambing yang sedap. Dicicah pula dengan roti fuhhh. Terdiri dari lamb shank, bawang, kentang, carrot dan daun ketumbar. Daging kambing tu sangat lembut uols.

Balik Bugulama (RM69), traditional oven baked in tava fish. Sedap juga ikan ni tau.

Istanbul Guvec. the most traditional Turkish slow cooked casseorle. Ada dua pilihan saiz kecil (RM42) dan besar (RM85). Sedap gila makan dengan roti. Ala-ala beef stew. Ehhh terasa lapar pulak.

Biber Dolma. Ada dua saiz kecil (RM39) dan besar (RM79). Khas untuk vegetarian. Capsicum yang diisi dengan nasi yang dibakar di dalam oven.

Firin Beyti Kebabi (RM59) makanan kegemaran Sultan Abdul Medjid. Terdiri dari daging lembu dan kambing cincang, bawang putih, cili, cheese, cendawan, tomato dan dough.

Ali Nazik Kebabi (RM69). Kombinasi grilled lamb dan yogurt.

Istanbul Ozel Karisik Izgara (RM199). Taditional mixed grill platter yang dihidangkan dengan Bulgur dan nasi, carrot, bawang, lettuce, cili dan tomato panggang. Korang boleh buat pilihan sama ada nak memilih Adana atau Urfa Kebab, 4 lamb chops, 4 chicken wings atau chicken sis kebab.

Lahmacun Dana & Peynir (RM29).. crunchy pizza topped with beef & lamb minced, onion, capsicum and tomato.

Sultan Pilav. Menu tetamu Sultan. Ada dua pilihan saiz, kecil (RM99) dan besar RM180. Terdiri daripada nasi, daging kambing, buah apricot, kismis saffron, chesnuts dan disaluti oleh doh yang sangat rangup. Sedap! Untuk menempah dinasihatkan membuat pre-order 2 jam lebih awal.

Kunefe (RM29) — shredded kadaifi pastyr. Pertama kali mencuba. Wahhh manis rupanya. Walaupun manis rasanya sedap hehehe.

Baklava, Sutlac.

Sebelum korang dapat menikmati setiap titisan air kopi Turki ni, kopinya perlulah di panaskan di atas sand box. Haaa siap dapat tengok demo memanaskan kopi Turki lagi tau.

Turkish Coffee. Kopis asli dari Turki tiada campuran susu. Memang pure rasanya. Sesuailah bagi “hantu kopi” hehehe.

Ilham Dekorasi & Seni Rekabentuk Turki

Dekorasi restoran yang sangat cantik dengan seni rekabentuk Turki. Sambil makan korang juga didendangkan dengan alunan muzik Timur Tengah.

Masa pertama kali melangkah je dah rasa ‘wow’ dengan hamparan permaidani dari Turki yang sangat cantik. Rasa memang macam dah sampai Turki dah hahaha.

Shoes off.. please.. 😉

Istanbul Turkish Cuisine Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru!

Paling menarik perhatian Ummi, Turkish chandeliers yang berwarna-warni ni. Cantikkan?

Nak ke Turki belum cukup lagi duit tabung ayam Ummi tu kan, jadi Ummi menjamu selera kat sini dululah ya hehe.

Jom ajak keluarga dan kawan-kawan menikmati hidangan enak hanya di Istanbul Turkish Cuisine

 ISTANBUL TURKISH CUISINE
(Ottoman Turkish Cuisine)

Alamat:
No.7 Jalan Hijauan 3, Horizon Hills, Iskandar Puteri.

 Waktu perniagaan:

Makan Tengahari/ Lunch – 12pm hingga 3pm
Makan Malam/ Dinner – 6pm hingga 11pm

❗ Tutup – Isnin

Ruangan terhad. Sila buat tempahan lebih awal.

Untuk tempahan, sila hubungi:

 07-509 5484
 016-761 5824 (Whatsapp)

BACA JUGA: SENARAI TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR

Loading

Related Posts

One thought on “Istanbul Turkish Cuisine Restoran Makanan Turki Pertama di Johor Bahru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!