Resipi Tauhu Berlauk Sedap | Pertama kali Ummi cuba membuat Tauhu Berlauk. Teringin nak rasa bila tengok orang lain buat. Sedap juga rupanya. Dari juga Ummi duk fikir apa nak buat menu tambahan berbuka puasa. Bila dah terdetik nak buat Tauhu Berlauk, teruslah Ummi call Babah yang kebetulan memang ke bengkel kereta untuk beli bahan-bahan. Alhamdulillah jadilah menu berbuka puasa di hari ke 14 kami semalam.
Masa tengah buat ada je la yang tukang jengah kat dapur meninjau menu berbuka puasa hahaha. Siap tanya sedap ke Ummi buat ni, Babah nak makan ke? Ewah-ewah.. Babah makan ok hahaha. Satu adunan ni Ummi dapat 26 ketul. Maybe sebab penuh sangat satu acuan kuih lompang tu. Kalau kurangkan sikit rasanya dapat lagi banyak ketul. Alhamdulillah, dapat la juga Ummi jamahkan Mommy Ngah, Mama Cu dan Aunty Bariah jiran depan rumah. Jomlah tengok resepi dan cara-cara membuat Tauhu Berlauk hasil carian google hehe. Thanks owner resepi, memang sedap dan tauhunya gebu gebas.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT TAUHU BERLAUK
RESIPI TAUHU BERLAUK
(Kredit Resipi Asal: Puan Azirah Saroji)
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi ayam (nak tukar daging pun boleh)
3 keping tauhu (jenis petak biasa)
4 ketul tauhu telur
3 biji telur
Bawang holland (potong dadu kecil)
Carrot (potong dadu kecil)
Daun sup (cincang halus)
1 Kiub Ayam
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa.
CARA MEMBUAT TAUHU BERLAUK
Kisarkan tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur menggunakan blender.
Resipi Tauhu Berlauk Sedap
Kisar sehingga semua bahan sebati dan halus. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas.
Campurkan carrot, bawang holland dan daun sup yang telah dicincang halus. Masukkan sekali sedikit serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kiub ayam dan perasakan dengan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus selama lebih kurang 15 minit.
Tengok kalau isinya macam dah nak terkeluar dari acuan maknanya dah masaklah tu. Kemain dia tak jaga social distancing kan. Boleh pulak berpegang tangan berganding bahu bersama masa tengah kena kukus. Sepakat membawa berkat katanya ekekeke.
Rupa selepas dikukus. Gebu gebas tau.
Pecahkan telur, ambil tauhu yang dah siap dikukus tadi dan celup ke dalam telur sebelum digoreng.
Goreng tauhu berlauk sehingga kekuningan. Kemain besar dia mengembang. Perli Ummi ke tu? Hurmmmm. Seram juga Ummi masa goreng Tauhu Berlauk ni. Takut meletop sebab kemain kembong lagi dia hahaha.
Angkat dan sajikan bersama sambal kicap yang sedap. Kalau nak makan macam tu je pun ok.
Cuba juga: Resepi Tauhu Bergedil
Boleh tahan montok Tauhu Berlauk Ummi ni hahaha. Serious sedap. Memang cantik kejadiannya. Gebu je kat dalam. Sesuai sangat buat hidangan berbuka puasa. Lepas bulan puasa boleh buat sarapan atau minum petang. Untuk yang nak cari rezeki pun Ummi rasa boleh jual dan buat frozen hehe. Kekawan Ummi ada je dah start buat jualan. Oklah, yang belum mencuba silalah cuba ok.
Selamat mencuba!
Stay at home!
Stay safe!
Baca juga: Tauhu Sumbat Bergedil by Tauhulicious
Perghh terus kecur haku nengoknyaa….esok-esok le nak buat lagi…cecah sambal kicap, sedap gilooo…
hahaha orang nak try buat daging pulak..
Pingback: Tauhu Sumbat Bergedil by Tauhulicious - herneenazir