Menu Berbuka Puasa – 5 Ramadhan 1441H

Menu Berbuka Puasa – 5 Ramadhan 1441H | Assalamu’alaikum. Menu berbuka puasa hari ke 5. Biasanya menu utama memang pilihan anak-anak. Bukan apa, kalau Ummi beriya menu-menu lain dari yang lain nanti diorang tak nak makan.

Ikan Pari Bakar tak lain tak bukan pilihan Abang Ilham. Sambalnya agak kering sikit hari ni hehe. Tapi dia kata sedap je Mi. Alhamdulillah. Limau kasturi tak ada jadi perah lemon pun ok hahaha. Seekor ni dia bedal sorang ok. Ummi Babah jamah-jamah je. Peminat tegar ikan pari.

Lauk seterusnya, Kari Ayam requested by Abang Syamil The Mat Kari hahaha. Suka benor dia makan kari. Terbaru Ayam Goreng Berempah tu jadi favourite dia. Ummi layankan je janji korang nak makan dan kenyang.

Dah semua lauk utama anak-anak yang pilih. Sudahnya Babahnya pilih Sambal Ketuk je lah hehehe. Babah nak ikan bilis garing-garing. Nyaris tak hangit Ummi kau berangan sambil menggoreng hahaha.

Menu tambahan Ummi yang saja nak selit order menu-menu dari IKEA. Uisyhhh lama tak pergi IKEA hehehe. Ummi order meatball, chicken wings dan curry puff. Sampai ke sahur makan hahaha.

Dah pesan kat Babah, balik kerja tak payah beli makanan kat PTP. Ehhh dia beli juga pizza. Oklah dah rezeki.

Air Kathira Tok Ayah ni Babah beli kat PTP juga. Bukan air keluaran Tok Ayah Ilhams tau ekekeke. So far memang sedap. Dah beli dua botol ahahaha. Nak cari air kathira Abu Bakar kat area Gelang Patah malas. Minum jek lah air kathira yang ada.

Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan ke 6. Nasiblah Ummi dah list sesiap menu. Duduk rumah WFH dah nak masuk 2 bulan ni buntu oiii nak memikirkan apa nak dimasak hahaha. Pusing-pusing itu je lah menunya. Alhamdulillah syukurlah masih ada daya upaya memasak untuk family kecil kami.

Till then, stay at home! Stay safe!

 263 total views,  1 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!