DDHN – Resipi Kuzi Kambing Sedap

DDHN – Resipi Kuzi Kambing Sedap
| Assalamu’alaikum. Semenjak PKP bermula, dah tiga kali dah Ummi mencuba masak Kuzi Kambing ni. Kisahnya Babah la beli daging kambing buat stok. Sambil-sambil bincang nak masak apa si kambing tu. Dia kata nak masak manis-manis macam selalu makan rumah kenduri hahaha. Teruslah otak Ummi ingat pada Kuzi Kambing lalu menggoogle resepi. Masa menggoogle resipi, Ummi siap compare resipi mana paling mudah. Ternyata resipi Che Mat Gebu paling senang nak follow. Jadi Ummi ikutlah resipi beliau.

Resipi Kuzi Kambing

Resepi Asal: Che Mat Gebu

Bahan-bahan:

1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli (setiap kali masak lupa beli yogurt.. jadi Ummi gantikan dengan fresh milk.. suka hati dia je)
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah 2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

Cara-cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih.
  2. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt (dalam kes Ummi, Ummi masukkan fresh milk la) dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.

Sumpah sedap uolls. Memang menjadi even derhaka sikit tukar yogurt kepada fresh milk. Eh terpuji masakan sendiri pulak ekeke. Kalau tak sedap masakan hero-hero Ummi request nak makan Kuzi Kambing lagi kan hehehe. Menu ni dah jadi menu kegemaran seisi keluarga. Babah dah request raya nanti masak Kuzi Kambing. Ecehhhh.

Minggu lepas Ummi gandingkan Kuzi Kambing dengan nasi minyak dan acar timun dan nenas atau pencuk. Ni ada stok kambing lagi, bakal-bakal masak untuk kali ke empat la jawabnya hehehe.

So uolls kalau nak cuba, silalah cuba ikut resipi CMG. Konfem sedap!

 279 total views,  4 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!