Menu Berbuka Puasa – 2 Ramadhan 1441H

Menu Berbuka Puasa – 2 Ramadhan 1441H | Assalamu’alaikum. Dah 10 hari berpuasa Ummi baru terkial-kial menu Ramadhan ke 2. Memang gitu agaknya setiap tahun ekekeke. Tak share sayang kenangan hehehe. Post jek lah mana sempat.

Jom tengok apa menu kami pada hari kedua Ramadhan.

Mee Hoon goreng berrencahkan udang dan meatball serta aksesori wajib, sayur sawi, taugeh dan kucai.

Tomyam Udang. Diorang nak versi lebur je macam kat Restoran Johnny’s. Rindulah tu hehehe. Ummi memang buat kuah pekat-pekat letak udang, aksesori steamboat, enoki mushroom dan batang saderi jek.

Menu pilihan Ummi.. Ikan Kitang Lensei. Kami orang kampung panggil goreng tawar macam ni “lensei”.. ikan ikan fresh ni uii.. lensei cicah kicap potong cili padi, bawang perah limau. Tak ada lauk lain pun tak pe.

Favourite Abang Syamil lagi, Ayam Goreng Berempah. Dah cakap nanti naik sekolah bekalkan mee goreng dengan ayam goreng berempah hmmm.. bila la tu dik naik sekolah. Selagi COVID-19 mengganas kita homeschooling jek lah dengan Ticer Ummi dan Ticer Babah.

Menu berbuka puasa terakhir untuk hari ke 2. Rezeki Mommy Ngah bagi Puding Cocktail. Nasiblah Ummi tak buat hari yang sama. Kalau tak berdouble-double menu sama hehehe.

Alhamdulillah rezeki 2 Ramadhan 1441H. Lauk sahur macam biasa lauk berbuka. Semoga dipermudahkan urusan kita berpuasa sepanjang ujian wabak COVID-19. Stay tuned ya!

 301 total views,  2 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!