Menu Hari Raya 1441H/ 2020M

Menu Hari Raya 1441H/ 2020M | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Hari Raya kali ni kita sambut dengan situasi yang berbeza. “Raya at home” gitewwww. Yang tak pernah masak menu raya, pastinya kali ini adalah yang pertama bagi korang kan. Bagi Ummi memang sejak kahwin bila raya turn family Ummi, kami adik beradik masak sendiri di rumah masing-masing. Pagi raya baru bertukar juadah. Almaklumlah kami dah tak ada emak. Kenalah berdikari kalau tak lapar la anak beranak di pagi raya hehe. So bila raya musim PKP ni Ummi tak rasa kelainan dalam bab masak. Still kena usaha sendiri.

MENU HARI RAYA 1441H/ 2020M KAMI SEKELUARGA

Pagi 30 Ramadhan Ummi settlekan kemas bilik belakang sampai tertidur 😜 Bangun mandi sesiap, turun dapur prepare apa yang patut. Plannya nak buat nasi impit, ayam masak merah, kuzi kambing, lodeh dan rendang kambing yang 50-50 je antara nak buat dengan tak nak ekeke. Untuk sambal kacang dan dendeng daging Ummi beli dari jiran-jiran hehehe.

Alhamdulillah raya kali ni mudah sikit Ummi nak merebus nasi impit dengan bantuan bibik baru. Kalau dulu paling lam 3 jam nak menanti masak. Sekarang 20-30 minit je siap. Kali ni Ummi masak nasi impit lebih sebab memang dah niat nak bagi jiran kiri kanan depan belakang serta family terdekat. Nak buat ketupat masih failed lagi. Dulu pandai masa ada emak. Tapi separuh jalan konfem terburai hahaha. Memang 100% harap arwah emak yang anyam ketupat. Bila arwah

Menu paling utama sejak membesar dengan arwah emak, Ayam Masak Merah. Kalau tak ada rasa tak complete menu raya kami. Petangnya Ummi goreng ayam sesiap. Masak beberapa ketul untuk berbuka. Selebihnya untuk makan pagi raya, pagi baru Ummi siap masak. Nak masak awal-awal taku tak tahan lama pula.

Menu yang baru-baru ni jadi idaman hero-hero sekarang Kuzi Kambing. Baru tahun ni masuk dalam list menu raya dan Ummi rasa bakal diteruskan menjadi menu raya kami di tahun-tahun akan datang hahaha. Masak 2 kg di pagi raya. Alhamdulillah tempah daging kambing dengan jiran beberapa hari sebelum raya.

Ini pun kalau tak ada rasa tak syok. Lodeh hai mak lodeh. Biasanya lodeh Ummi memang masak pagi raya. Dah terbiasa ikut style emak. Bahan-bahan masak ni semua panjang berjela Ummi tulis suruh Babah beli. Ada selit beli sengkuang. Suruh cari yang kecil je sekali kus semangat sengkuang Babah kau beli hahaha.

Menu yang katanya 50-50 nak masak ke tak haha. Sudahnya eh masak juga memalam hari raya, Rendang Kambing bahagian rusuk. Ummi bab masak rendang ni tak berapa nak handal hahaha. So far rasa rendang la. Malang sungguh, pagi raya hangatkan sekali terhangit sikit. Sudahnya makan sendiri je rendang ni, tak syok nak bagi orang. Nasib masak sikit je.

Dendeng Daging ni Ummi beli dari jiran setaman. Ni kali kedua beli memang sedap. Makan dengan nasi panas pun terangkat ui. Nak buat sendiri vitamin M banyak dalam badan ekekeke.

Menu terakhir, Sambal Kacang atau ada yang panggil Kuah Kacang. Ini pun beli ekeke. Belilah tolong menolong support ibu tunggal berniaga. Kakak ni memang jual satay, kuahnya memang sedap meletop kebaboom. Ummi Ilhams pemalas nak masak buat sambal kacang sendiri jadi beli je lah itu motip kedua hahaha.

Alhamdulillah, berkali-kali tetamu Ummi repeat makan. Siap duduk angkat kaki eh sorang tu. Senang hati Ummi dah dua kali raya diorang dah pandai makan nasi impit dan ketupat yeay! Tak payah la beriya nak masak nasi pagi raya.

Syahid pun makan nasi impit dengan kuah lodeh. Tengok tu happy sangat sampai berdiri kat meja tv. Mentang-mentang dah dapat kaki. Semula ceruk dia terjah.

Dah settled semua barulah Ummi punya turn menikmati menu hari raya. First round seketul je, lepas tu berketul nasi impit hehehe. Oklah, nanti Ummi share gelagat The Ilhams di Hari Raya PKPB ya. Stay tuned! Stay safe! Stay at home!

 189 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!