DDHN – Resipi Bakwan Sedap & Rangup

DDHN – Resipi Bakwan Sedap & Rangup | Assalamu’alaikum. Hari ni breakfast Bakwan je. Lama tak makan. Ummi start suka gila makan bakwan ni sebab masa tu naik tug boat kat PTP. Biasalah check sana check sini, bawa visitor sekali tu diorang masak bakwan. Makan cicah sos. Perut dah lapar sedap je la kan. Sejak dari tu crew tug boat Indonesian ni memang dah ingat la Kak Hernee kalau naik tug boat mesti nak request bakwan hahaha. Bakwan ni panggilan orang Indonesia. Kalau orang kita panggil jemput-jemput sayur atau cucur sayur atau paling latest dan viral welcome-welcome sayur Semua Jep Sepahtu punya pasal ekeke.

Ummi pernah juga tanya crew tug boat tu resepinya. Ala resepi macam cucur kita juga la kan. Yang ni Ummi follow dari facebook. Tapi Ummi adjust ikut bahan yang ada di rumah je.


RESIPI BAKWAN SEDAP & RANGUP


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung beras
4 sudu tepung bestari pedas/ original (kalau ada.. tak ada pun takpe)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air sejuk

1 1/2 cawan carrot sagat atau potong halus
1 1/2 cawan hirisan kobis
5 tangkai daun bawang
1 labu bawang besar hiris kasar
1 batang lada merah hiris halus

Sayur tu nak bubuh lebih pun takpe lagi sedap. Saya tak ada stok taugeh. Jadi tak letak la. Masukkan apa yang ada je hehe.

Cara-cara Membuat Bakwan:

Bancuh kesemua bahan dengan air sejuk. Air dari peti sejuk boleh, air sejuk Coway boleh.. air sejuk Cuckoo pun boleh hehe. Ummi pakai air sejuk dari Coway lah.

Agak-agak jangan pekat dan jangan terlalu cair. Gaul rata.

Panaskan kuali dan goreng menggunakan minyak yang banyak. Ok siap bakwan. Nak sedap buatlah sos pencicah sendiri. Kalau malas pakai je sos cili yang beli hehehe.


RESIPI SOS PENCICAH


Bahan-bahan:

2 biji lada merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 sudu gula pasir*
4 sudu sos cili
4 sudu air panas

atau option lain bubuh cuka makan.

Cara-cara Membuat Sos Pencicah:

Kesemua bahan bertanda * ditumbuk lumat.. kalau tak lumat bolehlah ditapis. Kemudian campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas. Lepas tumbuk nampak tak berapa nak lumat saya blend je

Dah siap! Makanlah krup krap krup krap sambil cicah sos hehehe. Bakwan ni bagus untuk anak-anak yang tak suka makan sayur hehe. Hiris carrot tu halus-halus bila dah garing mesti rasanya sedap tak perasan pun ada sayur hehe.

Ramai pulak yang share di group Masak Apa Hari Ini (MAHN).. TQ uolls semoga bermanfaat untuk perut suami dan anak-anak

Oklah selamat menjamu selera. Stay at home! Stay safe!

p/s Dah boleh simpan buat menu berbuka puasa nanti tau hehehe.

127 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *