DDHN – Resipi Daging Salai Lemak Cili Api

DDHN – Resipi Daging Salai Lemak Cili Api | Assalamu’alaikum. Cerita masak-masak di musim PKP. Sempat juga Ummi beli Daging Salai Sabak Salai dari geng blogger Kolin Zainal. Saja nak buat-buat tambahan lauk kekononnya. Belilah dua bungkus. So Sabtu barulah beriya kita masak.

Inilah rupa daging salainya. Sedap betul bau.


RESIPI DAGING SALAI LEMAK CILI API


Bahan-bahan:

Daging salai
½ kg santan pekat
1 batang serai – ketuk
Garam
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit hiris halus – Ummi tak masukkan..sebab pokok daun kunyit dah mati hahaha

Bahan rencah yang ditumbuk atau dikisar:
8-10 tangkai cili padi – ikut suka korang la nak level pedas tahap mana
1-2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

Rebuskan daging salai bersama bahan yang dikisar (cili api & kunyit) sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk tambahkan air. Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian masukkan asam keping.

Bila daging dah empuk, masukkan santan. Ummi gunakan santan Ayam Brand (UHT). Kuah biar pekat baru ada ummmppphhhh. Jaga api jangan sampai santan pecah minyak. Perasakan dengan garam.

Daging Salai Lemak Cili Api dah siap!

Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas. Masa ni Ummi lawankan dia dengan Sambal Ketuk. Haaaaa.. menitis peluh Babah kau. Nak pedas sangat kan hahaha. Sambal Ketuk tu Ummi dah pernah share. Nanti Ummi share lagi latest version of Sambal Ketuk versi Ummi Ilhams.

Kalau korang nak cuba masak Daging Salai Lemak Cili Api, bolehlah order daging salai yang sedap ni dengan kawan Ummi ni ya.

Kolin Seller Daging Salai | 019-383 9980

Selamat mencuba!

 132 total views,  1 views today

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *