Rekaan Menarik Jersi JDT 2023

Favourites

Rekaan Menarik Jersi JDT 2023 | Walaupun tak dapat ke Pelancaran Jersi Nike JDT Home & Away 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, tapi Babah berjaya juga mendapatkan jersi JDT 2023 idaman beliau.

Jersi JDT 2023 ni memang cantik sangat rekaannya yang bertemakan ‘Elevate The Game’. Nike masih lagi meneruskan tajaannya kepada skuad JDT untuk musim kesembilan sejak 2014.

Rekaan Menarik Jersi JDT 2023

Jersi ‘Home’ JDT mempunyai corak ‘camouflage’ yang mengekalkan warna identiti bendera Johor iaitu merah dan biru. Yang menariknya terdapat juga ‘collar’ pada bahagian leher jersi ini. Nampak smart!

Manakala jersi ‘Away’ pula berwarna putih dan terdapat adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi.

Amacam segak tak Babah Ilhams berjersi JDT hehehe.

Kali ini bahagian hadapan jersi tak ada tulisan “Unicef” dan digantikan dengan “$JDT Fan Token” by Socios.com.

Rekaan Jersi JDT 2023 Memang Menarik

Korang peminat JDT, bolehlah dapatkan jersi yang original di link di bawah ni ya kalau korang malas nak beli di stadium hehehe. Ada dua orang kanak-kanak kat rumah ni makan hati je tengok Babah dia dah beli dua helai sekaligus hahaha. Korang sabar ya, nanti Babah belikan yang mur mur ekekeke.

Harga Jersi JDT 2023

Harga JDT Home Jersey 2023 – RM299 (Corak Camouflage warna merah biru)

Harga JDT Home Jersey 2023 – RM299 (Warna Putih)

Harga Jersi JDT 2023 untuk kanak-kanak – RM235

Korang yang nak beli online boleh beli di link kat bawah tu ya:

2023 Johor Darul Ta’zim FC jersey — Get yours now!

• Home Jersey: http://jdtfc.com.my/home-2023

• Away Jersey: http://jdtfc.com.my/away-2023

Baca juga: Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim – 22 February 2020

Loading

Related Posts

One thought on “Rekaan Menarik Jersi JDT 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!