
Wordless Wednesday – JDT Menang 5-2 Melawan Pohang Steelers | Tahniah JDT FC atas kemenangan semalam. Fuhhhh berbaloi kami merempit ke Stadium Sultan Ibrahim semalam untuk menyaksikan perlawan JDT menentang Pohang Steelers bagi kelayakan ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Sedikit Info Tentang Perlawanan JDT vs Pohang Steelers
Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Elite 2024/25 selepas menewaskan Pohang Steelers FC dari Korea Selatan dengan keputusan 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Walaupun dikejutkan dengan gol pembukaan oleh Lee Ho-jae pada minit ke-26, JDT bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Oscar Arribas pada minit ke-37. Pada separuh masa kedua, Bergson Da Silva meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-52, diikuti gol oleh Arif Aiman Mohd Hanapi empat minit kemudian. Pohang Steelers merapatkan jurang melalui Kang Hyeon-je pada minit ke-80, namun JDT memastikan kemenangan dengan dua gol tambahan pada masa kecederaan oleh Jese Rodriguez dan penalti Jorge Leonardo Obregon.
Wordless Wednesday – JDT Menang 5-2 Melawan Pohang Steelers
Kemenangan ini meletakkan JDT di tangga keempat kumpulan Zon Timur dengan 14 mata, hasil daripada empat kemenangan, dua seri, dan dua kekalahan. Mereka akan bertemu Gwangju FC dari Korea Selatan dalam pusingan kalah mati yang dijadualkan bermula Mac depan.
Baca juga: Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim – 22 February 2020