Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka – Assalamu’alaikum. Kisahnya percutian singkat kami lima beranak ke Melaka Bandaraya Bersejarah dihujung-hujung cuti sekolah. Alhamdulillah dapat juga tunaikan hajat anak-anak yang nak bercuti. Maklumlah plan nak bercuti bulan 7 ke Langkawi terpaksa dibatalkan jadi Umm Babah cari alternatif lain menghiburkan anak-anak.

Ok, berikut adalah itinerary percutian 3 hari 2 malam ke Melaka yang sempat Ummi listkan. Itinerary ni ikut keselesaan kami la yang beranak kecil. Cuma tak semua tempat kami cover. Insha Allah next time kita datang lagi. Jemputlah baca.

ITINERARY PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM KE MELAKA

Day 1

Breakfast di WR Kopitiam
Bertolak ke Melaka
Berhenti R&R Kulai untuk menyaksikan Gerhana Matahari Cincin
Lunch di Mc Donald’s Ayer Keroh
Ronda-ronda Zoo Melaka
Singgah di Medan Kraftangan Dataran Sejarah
Check in The Shore Hotel
Dinner di Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
Jalan-jalan naik beca di Dataran Pahlawan
Jalan-jalan di Uptown Pahlawan Walk Market
Balik Hotel

Day 2

Mandi manda di swimming pool
Brunch Food Point The Shore Gallery
The Shore Oceanarium
VR AR Interactive Park
Toy Museum
Ronda-ronda Melaka River Cruise
Ke Muzium Samudera
Ke Menara Taming Sari
Dinner di Ikan Bakar Segar Hj Musa / Pak Tam, Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Sungai Punggur, Melaka
Balik Hotel

Day 3

Mandi manda di swimming pool
The Shore Sky Tower
Check out
Brunch di Amin Asam Pedas Bawah Pokok (Persimpangan Munshi Abdullah)
Jalan-jalan ke Kota A Famosa
Ke Muzium Dunia Melayu & Dunia Islam (The Malay & Islamic World Museum)
Beli Ole-ole Melaka
Jalan-jalan ke Jam Besar Bandar Hilir
Jalan-jalan ke Bangunan Stadhyus
Ke Alor Gajah – Rumah Keluarga Angkat di Kg. Baru Menggong
Balik JB

Gambar-gambar di bawah adalah cerita ringkas berdasarkan itinerary yang Ummi dah listkan di atas.

DAY 1 – 26 DISEMBER 2019

Breakfast di WR Kopitiam

Kami keluar rumah dalam jam 11am. Plan asal nak ke Tanjung Piai untuk join Johor Astronomy Club (JAC) menyaksikan Gerhana Matahari Cincin. Tapi masa macam dah lari sikit, jadi sebelum gerak ke Melaka kami singgah breakfast di port kegemaran, WR Kopitiam hehe. JJCM Gelang Patah dulu ekekeke. Sempat juga Syahid buat kes, muntah kat WR Kopitiam haha. Sudahnya bersalinlah baju yang baru dipakai tu. Lepas makan singgah beli jajan dan bertolak ke Melaka dalam jam 11.45pm.

Singgah R&R Kulai untuk menyaksikan Gerhana Matahari Cincin

Ummi memang dah siap bekal spec nak tengok gerhana matahari. Sepanjang jalan tu memang asyik duk intai matahari. Sempat la stop kejap kat R&R Kulai nak tengok kebesaran Illahi. Kami meneruskan perjalanan ke Melaka semula dan alhamdulillah sampai di Ayer Keroh dalam jam 2.30pm.

Kalau ke Melaka jangan lupa singgah Cafe Markisa.

Lunch di Mc Donald’s Ayer Keroh

Oleh kerana nak ke Zoo Melaka, jadi kami decided untuk lunch di Mc Donald’s Ayer Keroh je. Malas nak tuju tempat lain. Ilham ajak Babah pergi Taman Buaya (tak masuk dalam list Ummi) tapi Babah kata tengok buaya kat Zoo Melaka je lah hehehe. Masa makanan belum sampai elok je budak kecil tu tidur. Bila makanan sampai dan dan dia bangun. Lepas Ummi siap makan, check rupanya dia buat kuih sampai bersepai kena seluar. Sekali lagi dia buat kes hahaha.

Ronda-ronda Zoo Melaka

Lokasi rondaan pertama adalah ke Zoo Melaka. Kalau ke zoo memang budak-budak ni enjoy habis. Suka sangat. Masa study kat UiTM Lendu dulu je la sekali Ummi masuk Zoo Melaka ni. Mula-mula gigih kami berjalan kaki dalam zoo. Tak sampai berapa jauh surrender naik tram hahaha. Dah nak balik syok mamat kecil tu tidur sampai ternganga. Baby carrier, Soft Structured Carrier (SSC) sangat membantu Ummi nak menggendong Syahid. Bila beranak kecil ni memang SSC ni BFF Ummi la bila berjalan dengan anak-anak. Mudah nak handle hehehe.

TIKET ZOO MELAKA (WARGANEGARA)

Day Zoo
Dewasa – RM25
Kanak-kanak – RM15
Warga Emas – RM15
OKU Dewasa – RM15
OKU Kanak-kanak – RM10

Night Safari
Dewasa – RM20
Kanak-kanak – RM10
Warga Emas – RM10
OKU Dewasa – RM10
OKU Kanak-kanak – RM5

TIKET ZOO MELAKA (BUKAN WARGANEGARA)

Day Zoo
Dewasa – RM35
Kanak-kanak – RM25
Warga Emas – RM25

Night Safari
Dewasa – RM30
Kanak-kanak – RM20
Warga Emas – RM20

Singgah di Medan Kraftangan Dataran Sejarah

Singgah sekejap di Medan Kraftangan Dataran Sejarah. Ingat saja nak cuci mata.. ehhhhh tercuci poket juga. Ada budak sibuk nak beli hat kucing yang telinga bergerak-gerak dan ada lampu. Dah macam pokok krismas ko bang. Sekali pandang macam beca waktu malam ye gak hahaha.

Check in The Shore Hotel

Alhamdulillah akhirnya kami check-in di The Shore Hotel & Residences. Puaslah Ummi duk survey akhirnya Ummi pilih The Shore Hotel & Residences memandangkan lokasi yang mudah memandangkan sebangunan dengan The Shore Oceanarium yang kami nak tuju. Ummi macam biasalah booking through Agoda hehe. Syok stay kat sini di level 32. Nanti Ummi review panjang lebar. Lepas maghrib kami meneruskan misi mencari asam pedas Melaka hehe.

Dinner di Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Lokasi pilihan Ummi adalah Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Sebelum pergi Ummi duk baca review. This is one of the best asam pedas in Melaka. Banyak sebenarnya kedai asam pedas, tapi lebih tertarik nak cuba yang ni. Memang sedap. Orangnya ramai ya ampun. Perut dah kenyang marilah kita ronda bandar sebelum balik ke hotel berehat.

Jalan-jalan naik beca di Dataran Pahlawan

Seterusnya kami menaiki beca di Dataran Pahlawan. Geli hati nak memlilih beca mana. Kami naik dua beca, almaklumlah dah lima beranak. Abang Ilham, Syahid dengan Ummi, manakala Syamil dengan Babah. Syamil pilih nak naik beca transformers, Abang Ilham terpaksa redho naik beca Hello Kitty kahkahkah. Radio dentam dentum kata ko. Abang Ilham request lagu Mimpi dan Haa Tepok. Si Syamil pula request lagu Hutang haha. Mengekek Ummi dan Babah gelak atas beca. Seround RM25/ beca, sempat lah pusing Dataran Pahlawan.

Jalan-jalan di Uptown Pahlawan Walk Market

Next sempat lagi melintas jalan ke Uptown Pahlawan Walk Market. Tak beli barang apa pun. Sama je macam pasar malam biasa tu. Saja nak ronda-ronda tengok. Abang Ilham je la beli pop corn sebab dari siang duk sebut nak pop corn. Babah layankan jek lah. Buat-buat kunyah kat bilik nanti hahaha. Dah penat ronda marilah kita pulang ke hotel.

DAY 1 – 26 DISEMBER 2019

Mandi manda di swimming pool

Esoknya pagi memasing dah tak sabar nak terjun swimming pool. Babah la yang bawa diorang turun. Ummi tunggu Syahid bangun. The Shore Hotel & Residences ni ada small water park, infinity pool dan sauna. Lokasinya di level 9. Ummi bagi masa satu jam berendam, memula kemain kata tak cukup masa satu jam. Sekali belum pun Ummi sampai ke bawah dah stop kata sejuk menggigil memasing hahaha. Apa tidaknya angin kuat hehehe. Kata Babah tak sampai 15 minit dah kesejukan hahaha. Naik bilik dan siap-siap nak meneroka The Shore Oceanarium.

Brunch Food Point The Shore Gallery

Sebelum tu kami isi perut dulu di FoodPoint. Food court yang terdapat di dalam The Shore Galllery yang bersebelahan dengan The Shore Oceanarium. Kiranya brunch terus lah. Pagi tadi diorang alas perut dengan roti je. Ada la dalam 5 kedai yang buka. Ummi makan bakso, Babah dan Syamil makan nasi ayam dan Abang Ilham tak disangka-sangka order Laksa Penang hahaha.

The Shore Oceanarium

Masa untuk menerokai The Shore Oceanarium. Best! Memang best. Masing-masing teruja termasuk Ummi dan Babah diorang ekeke. Nanti Ummi buat post khas ok.

Apa yang menarik di The Shore Oceanarium?

Augmented Reality (AR)
8 in 1 Cinema 3D Plus
Fun & Interactive
Sea Shell Museum
Ocean Journey
Adventure
Educational
Interactive Zone

HARGA TIKET THE SHORE OCEANARIUM

Dewasa – RM40
Kanak-kanak (3 -12 tahun) – RM30
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM30

Pilihan Tambahan/ Add-on:

3D Interactive Package – RM10
Feeding Frenzy Package – RM10

Promosi – Beli 1 Tiket Oceanarium PERCUMA 1 Tiket VRAR

WAKTU OPERASI:

Dibuka setiap hari – 10.30 pagi – 9.00 malam

Tiket kaunter ditutup pada jam 8.00 malam

Ke VR AR Interactive Park

Oleh kerana beli 1 tiket The Shore Oceanarium dapat PERCUMA 1 tiket VR AR Interactive Park, jadi kami pun teruskanlah penerokaan kami di VR AR Interactive Park. Letaknya bersebelahan dengan The Shore Oceanarium je. Macam rugi kalau tak ke sini sekali kan. Kat bawah tu aa info sikit nanti Ummi kongsi full details.

VRAR Interactive Park:

Edutainment Painting
Kids VR Zone
Fishing Interactive
AR Interactive3D EX Cinema
VRAR Dinosaur Augmented Reality
360° View VR Cinema

Toy Museum

Next, kami ke Toy Museum. Awal-awal diorang dah nampak bunting Toy Museum memang dah teruja. Aje giler kalau Ummi tak bawa ke sini hahaha. Ummi dan abang-abang je yang masuk ke dalam, Babah jaga Syahid kat luar. Kalau anak-anak korang peminat super heroes memang konfem tak nak kelaur dari sini hehehe. Sama je dengan dua ketul tu. Puas diorang bergambar dengan super heroes pujaan. Ternganga masing-masing tengok koleksi toys.

HARGA TIKET TOY MUSEUM MELAKA

Dewasa – RM28
Kanak-kanak – RM18.50

**Entertainment Tax 2%

Ronda-ronda Melaka River Cruise

Next kita meronda Sungai Melaka pula ya. Pertama kali nak mencuba Melaka River Cruise ni. Selama ni duk tengok kawan-kawan bawa anak-anak ke sini. Plan asal nak bawa diorang naik bot malam sebab ada lampu lip lap hehe, tapi rasa siang lagi senang. Alhamdulillah, dapat parking kereta dekat dengan jeti dan kaunter tiket tu hehe. Orang memang ramai gila beratur, tapi alhamdulillah rezeki kami awal dapat naik bot. Syoklah walaupun dan dan tu Syamil nak tidur, Syahid merengek nak susu hahaha. Apa pun kami enjoy!

TIKET MELAKA RIVER CRUISE

MY KAD HOLDER
Pelancong Tempatan Dewasa (12 Tahun Ke Atas) – RM25
Pelancong Tempatan Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) – RM15

NON MY KAD HOLDER
Pelancong Tempatan Dewasa (12 Tahun Ke Atas) – RM30
Pelancong Tempatan Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) – RM25

KANAK-KANAK (BAWAH 2 TAHUN) – PERCUMA

MY KAD HOLDER

OKU Dewasa Malaysia – RM12
OKU Kanak-kanak Malaysia – RM10
Warga Emas Malaysia (60 Tahun Ke Atas) – RM20
Super Gold Warga Emas Malaysia (70 Tahun Ke Atas) – RM10
Pelajar IPTA/IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja/ Kad Pelajar disertakan) – RM20

Muzium Samudera

Seterusnya, kami ke Muzium Samudera disambut oleh Pirate of The Carribean hahaha. Sampai sini dah hujung-hujung waktu beroperasi. Dah nak dekat pukul 6pm. Oleh kerana nak kejar masa, tak apa lah kami pergi juga. Alhamdulillah sempat masuk dalam muzium. Sempatlah serba sedikit cikgu Ummi dan cikgu Babah terangkan kat budak dua ketul ni tentang sejarah Melaka.

HARGA TIKET MUZIUM SAMUDERA (WARGANEGARA)

Dewasa – RM6
Kanak-kanak (7-12 Tahun) – RM3
Warga Emas – RM3
OKU – PERCUMA

HARGA TIKET MUZIUM SAMUDERA (WARGANEGARA)

Dewasa – RM12
Kanak-kanak (7-12 Tahun) – RM6
Warga Emas – RM12
OKU – PERCUMA

Menara Taming Sari

Nextttt.. Menara Taming Sari. Yesss.. Ummi suka ni nak naik menara hehehe walaupun rasa hazab nak menunggu turn hahaha. Sebelum naik Babah settlekan hero-hero dulu yang nak membuang air kecil. Ini kali kedua kami naik Menara Taming Sari. Kami tu, Ummi, Babah dan Abang Ilham la masa dia baby hahaha. Adik-adik baru first time. Mula-mula Syamil macam tak nak, bila cakap macam kat Legoland eh nak pulak.

HARGA TIKET MENARA TAMING SARI (WARGANEGARA)

Dewasa – RM17
Kanak-kanak – RM11
Warga Emas – RM9
OKU – RM8

HARGA TIKET MENARA TAMING SARI (BUKAN WARGANEGARA)

Dewasa – RM23
Kanak-kanak – RM15
Warga Emas – RM18
OKU – RM8

Dinner di Ikan Bakar Segar Hj Musa / Pak Tam, Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Sungai Punggur, Melaka

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Memang ikut plan Ummi, kami tak kan balik ke hotel seharian. Terus sambung untuk makan malam di Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Sungai Punggur, Melaka. Sampai sana memang tak ada klu nak makan kedai mana. Ummi tak search pun hahaha. Kami terus je cuba di Ikan Bakar Segar Hj Musa / Pak Tam. Nampak ramai juga yang ke situ. Kedai belah depan pun ramai juga. Alhamdulillah kami order ikan siakap sebelah bakar, sebelah sweet sour, kerang bakar dan udang goreng tepung sedap! Udangnya saiz boleh tahan besar. Harga ikut harga pasaran. Total makan semuanya hanya RM56. Berbaloi-baloi. Oh ya, untuk parking dikenakan caj sebanyak RM2 per entri. Lepas kekenyangan marilah kita pulang ke hotel meluruskan kaki, tangan, badan segala. Penat ya ampun!

DAY 3 – 28 DISEMBER 2019

Mandi manda di swimming pool

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Sebelum tidur kemain dua ketul ni ingatkan Ummi bangun cepat nak mandi kolam. Beriya kannnn.. korang memang beriya. Syamil tetiba berubah fikiran tak nak mandi sebab sejuk. Abang Ilham je on. Dah turun awal jadi orang kedua gedebush masuk dalam kolam. Ummi dan Syamil duduk je kat kerusi sambil perhatikan dia. Ehhh ingatkan nak berendam lama, sebab gaya berbual nak lama tak puas mandi semalam hahaha. Sekali tak sampai setengah jam dah nak ajak naik bilik kahkahkah. Tahu sejuk kan. Balik bilik siap-siaplah nak meneruskan misi hari terakhir meronda Melaka. Hari terakhir tak banyak juga tempat yang kami pergi. Banyak yang skip sebab penat hahaha. Faham-faham je lah berjalan dengan anak-anak kecil kan.

The Shore Sky Tower

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Oleh kerana budak dua ketul ni tak layan Ummi nak naik The Shore Sky Tower, takut katanya, jadi Ummi gigih dalam gigil la naik sesorang. Babah macam biasa tolong jaga Syahid. Ber “me time” kejap Ummi kat level 43 tu hehehe. Seram sejuk juga Ummi sebab ingatkan besar kawasan platform kaca tu hehe. Rupanya tak besar mana hehe. Angin kuat gila ui. Handphone boleh tercampak. Nasib ada couple tu tolong snapkan satu gambar. Kalau tak gambar selfie Ummi je lah. Best sangat dalat tengok pemandangan 360° Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tengok bawah memang seriau la. Lebih kurang 163 metres above street level. Berjaya juga Ummi mengatasi kegayatan hehe. Yang tak best sebab bila korang berdiri di platform tu, tak dibenarkan ambil gambar dengan kamera sendiri ok. Posing guna kamera yang disediakan dan boleh tengok hasil di kaunter. Kalau rasa nak gambar tu buat kenangan boleh la print, kalau tak just biarkan je lah. Oleh kerana Ummi naik sesorang, jadi Ummi pejam mata je la print sekeping buat kenangan.

HARGA TIKET THE SHORE SKY TOWER

Dewasa – RM23.50
Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM17

Print Gambar – RM52

Check out The Shore Hotel

Lepas Ummi ke The Shore Sky Tower, kami pun check out. Time to say goodbye. Alhamdulillah pengalaman 3 hari 2 malam yang best di The Shore Hotel & Residences. Yang tak bestnya sebab duduk level 32, lift slow gila time peak hours hahaha.

Brunch di Amin Asam Pedas Bawah Pokok (Persimpangan Munshi Abdullah)

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Pagi kami alas perut dengan roti je, keluar jam 11am teruslah brunch. Kami pilih lokasi yang berdekatan dengan Bandar Hilir, Melaka iaitu Amin Asam Pedas Bawah Pokok (Persimpangan Munshi Abdullah). The real asam pedas bawah pokok. Kedainya kecil je, terselit di tepi bangunan tapi asam pedasnya power ui. Abang Ilham je bedal dua mangkuk asam pedas ikan pasri hahaha. Sempatlah berbual dengan owner yang ramah tamah. Diorang dah berniaga lebih kurang 30 tahun kat situ. Total makan kat sini RM45. Nanti Ummi buat full review ya.

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Jalan-jalan ke Kota A Famosa

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Destinasi lawatan pertama di tengahari panas berdenting adalah Kota A Famosa. Masa nak snap gambar ni ada la orang tengah snap gambar juga kat sebelah. Layankan jek lah sepatah kata Babah, tempat orang ramai kena redho je kalau ada orang photobomb hahaha. Cikgu Ummi dan Cikgu Babah bertukar jadi cikgu Sejarah dengan harapan anak murid dua ketul faham asal usul Kota A Famosa.

Muzium Dunia Melayu & Dunia Islam (The Malay & Islamic World Museum)

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Seterusnya, lawatan sambil belajar ke Muzium Dunia Melayu & Dunia Islam (The Malay & Islamic World Museum). Masa study tak pulak Ummi sampai ke sini ek malas la tu nak mengkaji sejarah hahaha. Suka hero-hero ni masuk muzium dapat tengok pelbagai tinggalan sejarah, keris, permainan tradisional semua tu. Ikutkan Abang Ilham tu nak berlama-lama lagi kat situ. Tapi apakan daya, kita ada tujuan lain lepas ni.

HARGA TIKET MUZIUM DUNIA MELAYU & DUNIA ISLAM (PELAWAT TEMPATAN)

Dewasa – RM5
Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) – RM3
OKU – PERCUMA

HARGA TIKET MUZIUM DUNIA MELAYU & DUNIA ISLAM (PELAWAT ASING)

Dewasa – RM10
Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) – RM5
OKU – PERCUMA

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Beli Ole-ole Melaka di Bandar Hilir

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Sempat singgah khemah-khemah tepi jalan nak beli ole-ole dari Melaka hehe. Uncle dah pesan kat Ilham belikan cencalok. Jangan kata cencalok, belacan pun Babah belikan.

Jalan-jalan ke Bangunan Stadhyus

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Kami cuma mampu ronda-ronda di kawasan Bangunan Stadthuys je. Hajat hati nak panjat St. Paul Hill tapi apakan daya, Ummi korang dah pancit hahaha. Nak membayangkan panjat anak tangga tu pun rasa semput gila lagi la tengah panas kan. Posing depan tangga Bangunan Stadthuys dengan dihiasi beca Hello Kitty jek la bang.

Jalan-jalan ke Jam Besar Bandar Hilir

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Puas hatilah Ummi korang dapat suruh korang bergambar depan jam besar ni kan hahaha. Betul-betul nak follow itinerary ke Melaka katanya hehe. Jam besar ni antara daya tarikan sejarah rugi la tak snap gambar kan.

Banyak lagi muzium dan tempat yang kami tak pergi. Insha Allah next time la datang lagi ya anak-anak. Lepas bergambar di tengah panas, jomlah berjalan kaki semula mencari kereta kita hahaha dan get ready nak ke Alor Gajah rumah family angkat Ummi.

Ke Alor Gajah – Rumah Keluarga Angkat di Kg. Baru Menggong

Destinasi terakhir, kami ke Kampung Baru Menggong, Alor Gajah menziarah keluarga angkat Ummi masa study di UiTM Lendu, Alor Gajah. Seminggu sebelum tu dah contact Kak Hairanie takut nak terjah kang tak ada orang naya je. Dah lama tak ke sini. Kalau ke Melaka rasa memang tak sah la kalau tak singgah. Ni ada baby baru haruslah kenalkan dengan Atok Hanif dan Nenek Arai kan hehehe. Alhamdulillah dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap siap diberi tapau bawa balik rendang ayam Kak Rosnah yang sedap. Semoga ukhuwah yang terjalin sentiasa dirahmati Ilahi. Ikutkan diorang ajak stay sampai lepas maghrib sebab ada majlis kenduri anak beranak sempena anniversary emak dan ayah. Tapi kami terpaksa tolak secara baik, memandangkan nak balik jalan jauh kan. Takut driver kepenatan hehe. Dapat jumpa sekejap pun dah syukur. Insha Allah ada masa panjang umur kita jumpa lagi.

Maka baliklah kami ke negeri Johor Darul Takzim.. the end of our short vacation. Insha Allah ada rezeki kita jalan-jalan lagi ya anak-anak. Misi Travel To Langkawi kita pun belum terlaksana, tapi otak Ummi macam dah terbayang misi Travel To Penang ekeke. Tengok je lah nanti, tabung travel Ummi Babah tahun 2020 ni bercambah ke tak hehehe. Tunggulah entri satu persatu yang tak tahu bila akan muncul. Babai! TQ for reading!

Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *