5 Hotel Menarik Untuk Staycation di Sekitar Kuala Lumpur | Cuti sekolah penggal ke 3 bagi tahun 2022/2023 bakal muncul bulan depan. Ummi Ilham dah over excited nak survey hotel-hotel menarik di Kuala Lumpur memandangkan The Ilhams tu teringin sangat nak jalan-jalan makan angin ke ibu negara Malaysia. Dah lama dia merengek nak ke sana, tapi Babah sejenis suka bercuti di tempat-tempat yang tenang-tenang macam kat pantai. Dia malas nak ke Kawasan hiruk pikuk ni hehehe. Tapi kali ni Ummi akan pujuk Babah untuk bawa kami jalan-jalan staycation sekitar Kuala Lumpur.
Dua minggu lepas Mama Cu duk ronda-ronda sekitar Petronas Twin Tower. Makan hati je la Abang Ilham tengok gambar-gambar Saqeef, Mama Cu dan Papa Cu. Target utama Ummi untuk percutian kali ini memang nak bawa anak-anak ke Petronas Twin Towers dan sekitar Suria KLCC.
Ummi cuba buat carian hotel di Kuala Lumpur terutamanya hotel yang berdekatan dengan Petronas Twin Tower. Banyak pilihan hotel yang ada, korang pilih je lah nak hotel berapa bintang, semua lengkap infonya. Mudah betul nak buat carian kalau macam ni kan. Antara kriteria hotel pilihan Ummi adalah yang mesra keluarga terutamanya kanak-kanak dan juga yang ada kemudahan kolam renang. Maklumlah feel berenang kat hotel ni lain macam tau. Anak-anak mesti gembira dapat berendam dalam kolam. Jom tengok hotel yang best untuk staycation di Kuala Lumpur.
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences
Hotel ini antara hotel yang terletak paling dekat dengan Petronas Twin Tower, hanya 910 m. Kalau ada rezeki boleh request bilik yang menghadap Petronas Twin Tower dapat tengok suasana malam yang sangat cantik. Tentu anak-anak suka kan.
Pullman KLCC Hotel & Residences ini terletak di Jalan Conlay, Kuala Lumpur City Centre. Berhampiran dengan Pavilion Kuala Lumpur, Lot 10 Hutong dan Kuala Lumpur Convention Centre. Terdapat lebih kurang 8 jenis bilik, antaranya Deluxe 2 Twin Beds, Deluxe 1 King Bed, Deluxe 1 King Bed Grand, Apartment 1 Bedroom, Deluxe 1 King Bed Premium, Deluxe 1 King Bed Premium Grand, Executive 1 King Bed Business Club dan Apartment 2 Bedrooms. Review dari pengunjung kebanyakannya sangat berpuas hati dengan konsidi bilik dan layanan dari staff di hotel ini.
5 Hotel Menarik Untuk Staycation di Sekitar Kuala Lumpur
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
Berjaya Times Square Hotel terletak di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik bagi korang yang gemar bercuti sambil membeli belah kerana selain menginap di hotel korang juga boleh cuci mata di Berjaya Times Mall. Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, WiFi percuma dan banyak lagi.
Terdapat lebuh kurang 14 jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini iaitu Superior, Premier, Two-bedroom Deluxe, Club Premier, Two-bedroom Suite, Club Premier Suite, Superior City, Premier City, Family, Deluxe 2 Bedrooms, Club Premier City, Suite 2 Bedrooms dan Club Premier Suite City. Rata-rata komen pengunjung yang Ummi baca memang ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan di sini terutamanya layanan staff yang sangat mesra dan ramah selain dari fasiliti yang mencukupi dan pemandangan yang cantik. Paling menarik perhatian Ummi, jarak ke Petronas Twin Tower hanya 1.73km sahaja.
The Gardens – A St Giles Signature Hotel & Residences Kuala Lumpur
Hotel ini terletak di Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Hanya 16 meter sahaja untuk ke The Gardens Mall dan Mid Valley MegaMall. Lokasinya agak jauh sedikit dari Petronas Twin Tower, lebih kurang 5.89km. Hotel ini menyediakan infinity pool untuk pengunjung. Anak-anak Ummi mesti suka dapat mandi-manda sambil menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur. Ummi pula yang teruja tengok infinity pool tu hehehe.
Terdapat lima jenis pilhan bilik iaitu Deluxe Room, Premier Room, One Bedroom, Two Bedroom dan Three Bedroom. Ramai pengunjung yang memberikan rating lima bintang dari segi kebersihan.
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
Hotel ini terletak di Jalan Putra, Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Hanya 24 meter sahaja ke Sunway Putra Mall dan lebih kurang 2.35km ke Petronas Twin Tower.
Banyak juga pilihan jenis bilik di hotel ni, antaranya Family Getaway – Family Studio, Superior Room, Superior Double Or Twin Room, Junior Suite, Romantic Staycation – Club Suite dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan ramai pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan, kebersihan, layanan dan juga makanan yang dihidangkan di sini. Wahhh bab makan tu memang penting tau kalau kita stay di mana-mana pun. Mesti nak makan sedap kan hehe.
Dorsett Kuala Lumpur
Hotel ini terletak di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lebih kurang 1.48km untuk ke Petronas Twin Tower. Apa yang sangat menarik perhatian Ummi adalah swimmoing pool yang menghadap pemandangan Kuala Lumpur yang sangat cantik. Pilihan bilik pun banyak tau antaranya Executive Suite, Deluxe Premier Room, Family Room dan lain-lain lagi. Biasanya Ummi memang pilih bilik yang luas dan selesa untuk kami anak beranak. Maklumlah perjalanan jauh jadi kita perlukan rehat yang cukup sebelum bermulanya aktiviti berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Di mereka juga menyediakan Staycation Studio Queen dan Staycation Dorsett Suite tau. Review dari pengunjung rata-rata sangat berpuas hati dengan keadaan bilik yang selesa dan layanan staff yang mesra pelanggan.
5 Hotel Menarik Untuk Staycation di Sekitar Kuala Lumpur
Setakat ini, lima hotel ni dah masuk dalam list hotel untuk staycation kami nanti. Ummi plan sendiri senyap-senyap je. Kalau Ummi kecoh-kecoh nanti anak-anak duk berzikir je selagi tak sampai waktunya hehehe. Jadi kita plan diam-diam. Tahu-tahu je nanti Ummi book dan kemas baju kita jalan-jalan ke KL. Apa yang penting, kita perlu menyesuaikan dengan percutian norma baharu. Ummi dan Babah akan sentiasa memastikan kami anak beranak menjaga SOP sepanjang tempoh percutian nanti. Mesti anak-anak terujakan nak bercuti nanti. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak COVID-19.
Baca juga: Travelog Melaka | Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Melaka