Persiapan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020

The Ilhams Learning Phase

Persiapan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020 | Assalamu’alaikum. Cerita yang terlewat hehehe. Inilah persiapan Ummi dan Babah untuk sesi persekolahan tahun 2020. Ada pertambahan perbelanjaan sebab Abang Syamil dah mula bersekolah. Persiapan kami biasa-biasa je. Jom baca!

UNIFORM SEKOLAH

Uniform sekolah kebangsaan Abang Ilham dua pasang yang baru sebab dah dua tahun pakai baju kemeja yang sama. Bukan kedekut tapi baju elok lagi sebab pakai seminggu dua kali je. Selebihnya pakai baju sukan.

Uniform sekolah agama (sogame) baju melayu sepasang dan kain samping masing-masing 2 pasang. Beli dua sebab baju melayu tahun lepas masih ok. Kain samping tu beli dua, satu untuk standby weekdays di rumah Opah, satu helai lagi untuk hari Ahad. Semua adalah jenama Black Cat.

Uniform PASTI Abang Syamil ada dua pasang. Kalau ikutkan sepasang je tapi Ummi tambah lagi sepasang. Untuk hari Khamis baju sukan PASTI. Saiz S ni pun nampak besar lagi untuk Abang Syamil hahahaha.

BEG SEKOLAH

Beg sekolah Boboiboy siap botol air dan pencil case Abang Syamil ditaja oleh Mommy Ngah. Dia yang memandai request nak beg “Boboiboy The Movie” hahaha. Pesenl warna tu dapat free beli kasut sekolah Abang Ilham kat Al-Ikhsan Sports. Jimat belanja :p

Beg sekolah kebangsaan Abang Ilham Ummi hadiah harijadi dari Nenek. Kalau ikut Ummi dia, memang diorang tak merasa nak berbeg smiggle bagai hahaha. Bukan kedekut.. jimattttttttt :p Beg sogame ditaja oleh Mommy Ngah. TQ Mommy Ngah. Kiranya beg sekolah diorang semua sponsored bukan Ummi minta diorang yang nak bagi hehehe. Botol air beli di Parkson, pencil case beli di Pasaraya Ku. Ehhh.. dia bertema warna hijaulah ahahaha. Pencil case sogame tu, pakai yang free je. Beli komik Lawak Kampus dapat pencil case. Jimat lagi!

Baca juga: Shopping Baju Sekolah Jenama “Black Cat” di Pasaraya Ku @ Mart Kempas

KASUT SEKOLAH

Kasut sekolah kebangsaan Abang Ilham Babah belikan yang baru jenama Umbro, Nampak macam tahan, doakanlah bertahan lama hehe. Kasut sekolah agama masih ok, jadi teruskanlah pakai sehingga lunyai. Jimat lagi!

Kasut Abang Syamil sepasang je beli maklumlah, masuk kelas kasutnya dibuka. Jadi tak pakai lasak sangat. Insha Allah kasut jenama Bata (B First) biasanya tahan lama hehe.

STOKIN

Buat masa ni dua pasang stokin untuk Syamil. Stokin Abang Ilham lebih sikit sebab sekolah agama sekali.

ALAT TULIS

Alat tulis ni Ummi beli lebih sikit la untuk stok. Almaklumlah nanti memacam la denagr alasan alat tulis hilang, tercicir bagai tu kan hehehe. So better be prepared!

BENTO BOX & BENTO BAG

Macam yang korang pernah baca sebelum ni, Ummi acah-acah berbento la zaman-zaman rajin dulu. So sekarang bila anak dah dua orang bersekolah rasa nak berusaha bawa bekal untuk diorang. Syamil memang kena bekal sebab PASTI tak ada sediakan makanan. Bento box dan bento bag tu Ummi beli di Mr. DIY je. Harga dalam lingkungan RM3++ tak silapnya. Resit hilang nak tengok exact figure. Mula-mula Ummi cari bento bag dulu hehehe, lepas tu baru cari bento box/ lunch box yang sesuai dan muat hehehe. Bento box pilihan Ummi adalah design burung hantu/ owl. Beli dua set sepasang cuma warna je lain. Kena adil dan saksama.

Inilah dia bento bag diorang. Kuning Abang Ilham punya. Blue Cat tu Abang Syamil punya. Corak lain tapi bentuk semua sama. Tagging tu saja Ummi tak cabut terus tulis nama diorang. Esok kalau dah tercabut barulah tukar baru hehehe.

SAMPUL BUKU TEKS DAN BUKU LATIHAN

Sampul buku tu Ummi beli yang biasa, tahun ni tak guna self adhesive book cover. Entah tak tahulah kenapa rajin sangat nak sampul buku sambil potong-potong sellotape hahaha. Padahal selama ni kemain senang guna self adhesive tu. Saja tukar angin. Tahun depan tukar semula hehehe.

Abang Ilham dapat tugasan cabut sampul buku teks lama. Settled sampul buku teks, buku latihan sekolah kebangsaan Abang Ilham dan juga buku teks dan latihan Abang Syamil. Ummi buat beransur-ansur sebenarnya. Last sekali maratahon sampul kitab sekolah agama dan buku latihan. Fuhhhh kematu! Salute untuk emak anak ramai yang masih kecil.

Baca juga: Kelengkapan Sekolah Murah di Pasaraya KU

MELABEL BUKU/ALAT TULIS/ KASUT

Sebelum melabel, pastikan dah siap-siap print nama anak-anak ya. Ini Ummi print sendiri untuk tampal di muka depan buku teks dan buku latihan both of them.

Sticker label ni Ummi beli di Talent Bookstore untuk label jadual kelas dan sebahagian alat tulis.

Taraaaaaaaa.. dah siap! Ini buku teks dan buku latihan Abang Ilham.

Ini pula buku teks dan buku latihan Abang Ilham.

Pensel warna dan pencil case pun Ummi labelkan.

Gam yang dah dilabel. Sambil label sambil explain kat Abang Syamil.

Untuk label kasut sekolah, Ummi guna marker uni Paint marker warna putih. Marker Sharpie tu Ummi guna untuk tulis di stick on untuk jadual dan juga pada label sticker yang lain.

Taraaaaaa.. dah siap label kasut guna uni Paint marker. Mula-mula fikir nak tulis pakai liquid paper. Tapi rasa macam comot je. Better beli marker putih baru kemas tulisannya. Mudah-mudahan anak-anak tak lah bertukar kasut dengan kawan-kawan.

MENJAHIT LENCANA DAN NAME TAG

Sebenarnya salah satu benda paling malas nak buat hahaha jahit lencana dan name tag. Tapi apakan daya kang anak sendiri kena denda hahaha. Gigihlah menjahit lencana dan name tag pada baju kemeja sekolah kebangsaan dan baju melayu sogame.

Itu sajalah sedikit sebanyak persediaan kami untuk sesi persekolahan tahun 2020. Ada yang baru dan ada yang lama. Bukan tak boleh nak belikan semua baru, cuma sayang la kalau barang-barang yang lama masih boleh digunakan tak dipakai. Ye tak? Jimatlah sikit-sikit walau tak semua. Ok nanti Ummi post cerita first and second day of school dan juga Bento The Ilhams ya. Stay tuned!

Loading

Related Posts

One thought on “Persiapan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!