Shopping Baju Sekolah Jenama “Black Cat” di Pasaraya Ku @ Mart Kempas

Rambling

Shopping Baju Sekolah Jenama “Black Cat” di Pasaraya Ku @ Mart Kempas |Assalamu’alaikum. Sambungan dari cerita Shopping Keperluan Sekolah Di Angsana Johor Bahru Mall. Tak berlengah kami terus ke Pasaraya Ku @ Mart, Kempas. Tahun yang sudah kami shopping baju Black Cat di Pasaraya Ku Senggarang, tahun ni pertama kali ke @ Mart Kempas. Belum pun masuk dah nampak orang ramai.. fuhhhh.

Ummi menggendong Syahid yang tidur, jadi Babah la yang busy mencari keperlua. Ummi back up kat tepi hehehe. Macam biasa, kemeja putih, seluar panjang biru tua, kain samping dan baju melayu jenama Black Cat pilihan hati. Masih setia memilih jenama Black Cat kerana kualiti dan harga yang sangat berpatutan. Walaupun bersesak-sesak dengan orang lain, alhamdulillah berjaya membeli kesemua keperluan termasuk sedikit alat tulis tambahan.

Nampak beratur panjangkan.. tapi cashier laju je. Lega rasa hehehe.

Sementara menunggu Babah, Ummi sempat duduk la melepas lelah ecehhhh. Budak cenonit tu sedap je tidur kena kepit.

BACA JUGA: Kelengkapan Sekolah Murah di Pasaraya KU

Dua pasang baju melayu untuk sekolah agama. Kenapa beli dua pasang je? Sebab yang lama ada 3 pasang masih ok lagi. Sila jangan membazir pakai selagi ok.. selagi tak lunyai hehehe.

Baju Melayu Sekolah Agama Saiz 22 (Black Cat) – RM26 sepasang x 2 = RM52
Kain Samping
– RM8.50 sehelai x 2 = RM17

Oleh kerana dah 2 tahun Abang Ilham pakai kemeja yang sama, jadi tahun 2020 Ummi belikan kemeja baru dua pasang je bersama dua helai seluar panjang baru sebab seminggu hanya 2 hari je pakai uniform sekolah.

Kemeja Putih Sekolah Kebangsaan (Black Cat) – RM13.50 sehelai x 2 = RM27
Seluar Panjang Biru Tua (Black Cat) – RM22 sehelai x 2 = RM44

Lain-lain Alat Tulis = RM25

JUMLAH BELANJA DI PASARAYA KU = RM165.50

Shopping Baju Sekolah JenamaBlack Catdi Pasaraya Ku @ Mart Kempas

Alhamdulillah. Mudah-mudahan anak-anak Ummi bersemangat nak ke sekolah terutamanya Abang Syamil yang baru je nak melangkah ke alam persekolahan. Ok nanti Ummi sambung persediaan dan checklist Ummi untuk semua keperluan sekolah. Stay tuned!

SENARAI CAWANGAN PASARAYA KU

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Shopping Baju Sekolah Jenama “Black Cat” di Pasaraya Ku @ Mart Kempas

  1. so far anak lelaki ammi memang dah 2 thn ammi pakaikan brand ni…tahan lasak gak kainnya dan warnanya tak luntur bila basuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!