Kelengkapan Sekolah Murah di Pasaraya KU

Info Sharing My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Kelengkapan Sekolah Murah di Pasaraya KU | Assalamualaikum. Ummi pasti ibu dan ayah semua dah sibuk mencari kelengkapan sekolah untuk anak-anak memandangkan tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi sesi persekolahan 2019 akan bermula.

Alhamdulillah untuk kelengkapan persekolahan Abang Ilham seperti uniform sekolah, baju melayu sekolah agama memang Ummi dah beli masa balik kampung awal bulan hari tu. Macam tahun lepas, Ummi shopping di Pasaraya Ku Senggarang, Batu Pahat.

Inilah lokasinya di Pekan Senggarang. Tup-tup tahun ni nampak 
 Pasaraya Ku viral di facebook ni hehehe dengan jenama pakaian adn keperluan sekolah BLACK CAT nya. Black Cat ni jenama buatan Malaysia.

Kelengkapan Sekolah Murah di Pasaraya KU

Inilah jenama Black Cat yang viral tu. Memang sejak tahun lepas Ummi belikan jenama ni untuk Abang Ilham. Sejujurnya memang Ummi sangat-sangat recommend ibu ayah untuk beli jenama Black Cat ni tau. Kain memang ok, jahitan kemas. Harga? Memang berpatutan. Untuk saiz Abang Ilham saiz 22 ni harganya baru RM23 sahaja. 

Tahun ni Ummi grab 4 pasang terus hehehe. Mulanya beli 3 pasang je di Senggarang, sekali sempat pula Ummi kirim tambahan sepasang lagi dengan Ibu Aien shopping baju melayu Black Cat untuk Aqil di Pasaraya Ku @ Mart Kempas.

Kain samping ni pun dari Pasaraya Ku, sehelai RM8 sahaja. Untuk Abang Ilham saiz M, tapi kena adjust sikit tang pinggang tu, maklumlah anak-anak Ummi pinggang macam kerengga hahaha.

Track suit Ummi beli dua helai, harga Ummi lupa tapi tak lah mahal pun. Cukup selesa untuk Abang Ilham gunakan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan nanti. Untuk kemeja dan seluar memang tak beli sehelai pun. Bukan tak ada bajet, cuma kemeja dan seluar darjah 1 masih nampak baru sebab Ummi over beli 3 pasang, walhal jadual Abang Ilham seminggu sekali je pakai uniform. So jangan membazir, pakai je apa yang ada. Kalau nak beli uniform kemeja dan seluar tu cari jenama Black Cat juga tau.

Kalau ikut review kawan-kawan, kasut hitam pun murah tau di Pasaraya Ku ni. Ummi tak belikan di sini sebab hari tu sebelum cuti sekolah Babah dah belikan kasut hitam untuk Abang Ilham sebab Abang Ilham merengek dan konfiden dia nak jadi pengawas :p Alhamdulillah rezeki dia Mommy Ngah belanja sepasang lagi kasut hitam.

[BACA JUGA: Shopping Baju Sekolah Jenama “Black Cat” di Pasaraya Ku @ Mart Kempas]

Beg sekolah pun masih kategori murah di Pasaraya Ku. Tapi ada tapinya lagi. Beg sekolah pun Ummi tak belikan memandangkan beg sekolah lama masih ok. Sila jangan membazir, maybe Ummi nak belikan beg sekolah agama yang murah-murah di Shopee je. Kesian sebab dia redho darjah 1 pakai beg warna striking pink setahun hahaha. Sebenarnya beg tu Ummi beli untuk Ummi, tapi tak nak membazir bagi dia buat pergi sekolah agama.

Kalau korang sejenis malas nak ke tempat lain, memang boleh buat persiapan complete kelengkapan sekolah di Pasaraya Ku ni. Alat tulis, singlet, stokin semua ada. Untuk mereka yang anak ramai memang berbaloilah. Yang baru anak sorang sekolah ni pun kejar yang murah tau :p

Abang Syamil masih belum mula sekolah, ikut plan memang nak daftar PASTI tahun 2019 ni. Tapi Ummi postponed dulu atas beberapa sebab. So Abang Syamil mula sekolah insha Allah tahun 2020. Zero cost untuk dia buat masa ni. Kita belajar kat rumah je dulu ya.

Ok itu je Ummi nak kongsikan. Harap membantu serba sedikit. Ummi ada senaraikan cawangan Pasaraya Ku di seluruh negeri Johor khasnya dan cawangan-cawangan di negeri lain amnya. Korang klik je ok. Ada 74 cawangan Pasaraya Ku seluruh Semenanjung Malaysia. Selamat berbelanja dengan bijak!

SENARAI CAWANGAN PASARAYA KU SELURUH MALAYSIA

JOHORMELAKASELANGORPERAKKELANTANTERENGGANUPAHANGNEGERI SEMBILAN

(klik pada nama-nama negeri untuk mengetahui alamat setiap cawangan)

Credit info: http://www.pasarayaku.com/Cawangan.html

Senarai di bawah untuk cawangan Pasaraya Ku seluruh negeri Johor.

JOHOR

Kempas
Kempas (@ Mart)
Lot AT03 @ Mart Kempas, No. 10, Jln Persiaran Tanjung, Taman Cempaka, 81200 Johor Bahru, Johor.

Labis

1 – G, Jalan Makmur, Taman Sri Aman,85300 Labis, Johor.

Segamat
17, 19 & 21, DN Jln Utama 2/4, Tmn Utama Bandar Utama, 85000 Segamat, Johor.

Ayer Hitam
12 & 13, Jln Bdr Baru Ayer Hitam,86100 Ayer Hitam, Johor.

Kluang
17 & 19, Jalan Syed Abdul Hamid Sagaff,86000 Kluang, Johor.

Batu Pahat
146A, 148 & 150, Jln Rugayah Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor.

Senggarang
183 – 185, Jalan Ismail, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Kota Tinggi
23 & 25, Jln Niaga 10, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Benut
32, 33 & 34, Jalan Mutiara 4,Pusat Perniagaan Benut, 82200 Benut, Johor.

Pontian
47 – 49, Jalan Delima Dua, Pusat Perdagangan Pontian, 82000 Pontian, Johor.

Skudai
15, 17 & 19, Jalan Enau 9,Taman Teratai, 81100 Skudai, Johor.

Masai (Today’s Mart)
PTD 111519, Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam,81750 Masai, Johor.

Kota Masai
26 & 28,Jalan Tembikai 6, Tmn Kota Masai,81750 Masai, Johor.

Mersing
13 & 14, Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai, 86800 Mersing, Johor.

Taman Yayasan, Segamat
13 & 14 Lebuhraya Segamat Kuantan, Taman Yayasan 85010 Segamat, Johor.

Muar
No 5,7,9 Jalan Perniagaan Jaya, Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, 84000 Muar, Johor.

Bukit Dahlia
No 47-51, Jalan Semerbak 20, Taman Bukit Dahlia 81700 Pasir Gudang, Johor.

Pasir Gudang
No. 20,22, Jalan Cendana 9/1, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Kelengkapan Sekolah Murah di Pasaraya KU

  1. rata-rata ramai ibu bapa yang memilih pasarayaku untuk membeli kelengkapan sekolah..Murah dan puas hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!