Pendaftaran Online Tahun 1 Ambilan 2021 & 2022 Dibuka Dari 1 Mac – 30 April 2020 | Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
- Permohonan melalui online:
https://public.moe.gov.my/ - Permohonan manual di sekolah (APDM)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2021/2022:
- Kemasukan 2021 – Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015
- Kemasukan 2022 – Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016
CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 SESI 2021/2022
- Sila layari https://public.moe.gov.my/
- Isi Butiran Lengkap – Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.
- Cetak – Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT:
- Sijil Kelahiran Anak (salinan dan sijil asal)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan dan asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2020.
Pendaftaran Online Tahun 1 Ambilan 2021 & 2022 Dibuka Dari 1 Mac – 30 April 2020
PENTING!!! Sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM