Shopping Keperluan Sekolah Di Angsana Johor Bahru Mall

Shopping Keperluan Sekolah Di Angsana Johor Bahru Mall | Assalamu’alaikum. Cerita shopping keperluan sekolah baru nak up. Ummi sibuk kekonon hahaha. Kami baru je balik dari short vacation ke Melaka. Tak pergi jauh mana, janji anak-anak happy pengganti vacation ke Langkawi yang tterbatal bulan 7 lepas hehe. Alhamdulillah semua keperluan anak-anak ke sekolah dah settled. Tahun ni bertambah kos sebab Abang Syamil pun dah mula bersekolah. Sebenarnya tak plan pun nak shopping kat Angsana Johor Bahru Mall ni, sebab plan utama nak ke Pasaraya Ku, @ Mart Kempas. Masa on the way Babah tanya nak makan kat mana.. dan dan Abang Ilham terus berzikir nak makan ‘bakar-bakar’. Bila sebut ‘bakar-bakar’ tu Ummi dah tersenyum dalam hati.. yesssss!! Seoul Garden.. Tapi acah-acah tarik tali lagi. Bila Babah kata on, terus jek lah membelok ke sana kan.

Sebelum memulakan misi shopping, marilah kita isi perut dulu ya anak-anak.

Memasing gembira dapat makan steamboat ye termasuklah Ummi dia ehhhh..

Terus lapar Ummi tengok makanan ni semua.

Favourite Ummi.. garlic sauce dan korean sauce.. rasa Seoul Garden Angsana ni paling sedap sosnya. Masa makan dekat Seoul Garden KSL tak ada sos-sos ni.

Tak dilupakan kimchi nyumsssssss..

Lepas makan, meh la kita cari kasut sekolah Abang Syamil. Kasut sekolah Abang Ilham dah beli malam semalamnya masa tu terajin nak meronda AEON Bukit Indah. Abang Ilham beli satu kasut je untuk sekolah kebangsaan. Untuk sekolah agama kasut masih elok lagi. So tak payah membazir ya. Pakai je sampai mereput hehehe.

Mula-mula kami tuju booth-booth depan main stage termasuklah booth Bata dan Parkson. Cubaan pertama, kasut hitam tak muat.. tettttttttt!!! Kaki Abang Syamil ni comel sangat susah betul nak cari kasut hitam saiz dia. Kami ronda-ronda lagi.

Sudahnya kami ke outlet Bata, barulah jumpa kasut hitam yang sesuai. Beli sekali stokin hitam untuk Abang Ilham. Malas nak ronda tempat lain, Ummi beli terus alat tulis di booth Parkson tambahan botol air untuk Abang Ilham. Beg sekolah memang dah settled. Abang Syamil beg sekolagh Boboiboy beserta botol air Boboiboy ditaja oleh Mommy Ngah. Beg sekolah agama Abang Ilham pun Mommy Ngah yang belikan. Thanks Mommy Ngah. Ummi tak minta tau, Mommy yang nak belanja. Beg sekolah kebangsaan Abang Ilham guna beg smiggle yang Nenek hadiahkan masa birthday dia hari tu. Memang saja Ummi suruh simpan untuk darjah 3 hehe. Kalau harapkan Ummi dia memang tak dapat la beg smiggle semigol bagai hahaha.

Sebelum balik, sempatlah ajak diorang posing kat main stage ni. Abang Syamil tu memang suka bergambar dengan pokok ‘pismes’ hahaha. Syahid redho je la, kena kerah bergambar.

Posing sikit kat art collection ni.

Pasrah layan abang-abang. Ummi malas nak gendong sebab nak makan kan senang bagi dia beristirehat dalam stroller hehehe. Settled shopping kat sini kami terus ke Pasaraya Ku @ Mart Kempas. Misi baju sekolah jenama Black Cat untuk baju melayu sogame dan uniform sekolah kebangsaan. Masih setia dengan jenama pojaan ibu dan ayah di Malaysia hahaha. Sambung next entry ok! Stay tuned!

 364 total views,  2 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!