Visit Johor 2020 Harbour Celebration

VISIT JOHOR 2020 HARBOUR CELEBRATION dilaksanakan pada 31
DISEMBER 2019 di Marina Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
bermula 5.00 petang hingga 12.30 malam.

Majlis yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Dr Sahruddin Bin Jamal,
Menteri Besar Johor pada jam 10.55pm ini merupakan kolaborasi antara
Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor bersama UEM Sunrise.

Majlis ini menandakan bermulanya kempen bagi memaklumkan kepada orang ramai berkenaan program-program yang akan dilaksanakan dan destinasi-destinasi utama yang perlu dilawati sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Pengisian program melibatkan aktiviti-aktiviti menarik dengan pengisian seperti
berikut:

  • Disco Santan
  • Samba Show
  • Meet & Greet bersama maskot Legoland Malaysia, Angry Bird Park, Joh – Visit Johor 2020 dan Jimi – SUKMA Ke-20
  • Persembahan istimewa Jewel of Asia oleh Yayasan Warisan Johor
  • 1st Bas mapping projection show in Malaysia
  • Persembahan daripada artis Joe Filzzow, DJ Dave T, Bunga Isme, The
    Couple Band, Orkes A Hizadin
  • Persembahan daripada Orkestra Darul Ta’zim dan 24 Festive Drums

Majlis turut menawarkan aktiviti-aktiviti menarik seperti – Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik – Countdown dan Persembahan Bunga Api – Jualan Food truck – Aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak (Drum circle, Inflatable Castle) – Persembahan parkour.

Pelbagai program promosi, pengukuhan frontliner dan penyampaian informasi berkenaan Visit Johor 2020 akan berlaku sepanjang suku pertama tahun 2020. Antaranya

➢ Program Mesra Malaysia bagi barisan hadapan industri pelancongan seperti anggota Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, industri perhotelan dan sebagainya.

➢ Pemerkasaan website dan media sosial bagi penyampaian maklumat berkaitan Visit Johor 2020.

➢ Penyediaan pakej-pakej pelancongan inbound.

➢ Dan beberapa program yang akan menyemarakkan lagi Visit Johor 2020.

Bagi menghangatkan suasana, pada 1 Januari 2020, Tourism Johor dengan kerjasama Pejabat-pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, operator pintu-pintu masuk ke negeri Johor, Tourism Malaysia dan MOTAC Johor akan mengadakan sambutan kemasukan pelancongan ke 13 pintu masuk negeri Johor seperti berikut:
1. Jeti Stulang Laut, Johor Bahru
2. Jeti Puteri Harbour, Johor Bahru
3. Jeti Pasir Gudang, Johor Bahru
4. Jeti Muar, Muar
5. Jeti Kukup, Pontian
6. Jeti Tanjung Pengelih, Kota Tinggi
7. Jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi
8. Larkin Sentral, Johor Bahru
9. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru
10. Plaza Tol Skudai, Johor Bahru
11. Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Bahru
12. JB Sentral, Johor Bahru
13. Hentian Lucky Garden, Batu Pahat Sambutan ini, akan disertakan bersama persembahan kebudayaan Johor, dan penyampaian ole-ole bagi pelancong yang hadir.

Kejayaan perlaksanaan Visit Johor 2020 adalah bergantung kepada usahasama antara semua pemain industri, jabatan dan agensi berkaitan seperti Tourism Malaysia, MOTAC Johor, Badan-badan Bukan Kerjaaan seperti Johor Tourism Association, Malaysia Hotel Association, pengamal-pengamal media, pemilik-pemilik produk, seluruh masyarakat dan sebagainya.

Sebagai tambahan bersempena dengan Visit Johor 2020 Harbour Celebration, Tourism Johor akan mengadakan pertandingan fotografi paling menarik sepanjang acara sambutan tersebut berlangsung, dan pemenang bagi pertandingan tersebut akan diumumkan pada 15hb Januari 2020.

Peserta dikehendaki:

1) Memuatnaik gambar yang diambil ke Facebook
2) Tag 10 rakan pada gambar tersebut
3) Gunakan hashtag

#visitjohor2020 #majesticjohor #tourismjohor

4) Gambar mestilah dimuatnaik sebelum jam 12.00 tengahari 1 Januari
2020.

 320 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!