“Splint Guard” Untuk Kegunaan Bayi Cleft Lip & Palate dan Bayi Eczema

“Splint Guard” Untuk Kegunaan Bayi Cleft Lip & Palate dan Bayi Eczema

“Splint Guard” Untuk Kegunaan Bayi Cleft Lip & Palate dan Bayi Eczema |Assalamu’alaikum. Cerita ni dah lama Ummi kongsikan di facebook. Eh lama tak la lama mana. Ummi share masa 28 Oktober sehari sebelum planned operation Syahid.

Syahid tengah praktis pakai splint guard hasil kerja tangan Ibu @iyliakhasim Little Guard. Masa nak order tu Ummi mintak pendapat abang-abang. Abang-abang yang beriya pilihkan corak Cars ni. Syahid redho je hahaha.

Dah macam tangan robot dah. Masa praktis ni alhamdulillah tak merengek. Mudah-mudahan masa lepas operation nanti pun dia tak nangis la pakai splint guard 24 hours.

Splint guard ni memang doktor yang suggestkan untuk dipakai oleh cleft baby selepas menjalani pembedahan sama ada lip atau palate. Bukan Ummi Babah yang pepandai tau hehe. Tujuan utamanya supaya tangan baby tak mengacau.. menggaru.. di kawasan bibir selepas pembedahan. Jadi cepatlah luka sembuh. Maklumlah baby kan, diorang bukan faham pun kalau kita kata “tak boleh”.

Splint GuardUntuk Kegunaan Bayi Cleft Lip & Palate dan Bayi Eczema

Splint guard sesuai juga sekiranya anak uolls ada masalah eczema. Pakaikan ditangan untuk elak anak menggaru di kawasan eczema tu. Memang sangat-sangat membantu. Kiranya Ummi beli ni ada 2 in 1 function untuk Syahid yang bakal menjalani operation lip dan masalah eczema.

Gambar kat atas ni a day before ke HSA, boleh pulak pakcik kenit ni sakit mata kiri dan berhingus serta batuk. Maka, postponed lah untuk kali kedua. Pleaseeeee doakan Ilham Syahid terus sihat dan kuat ya aunties and uncles. Sesungguhnya kita hanya merancang.. Allah jua sebaik-baik perancang. Have faith in Allah!

BACA JUGA: 5 Mac 2020 | Ilham Syahid Turns 1!

Kalau uolls nak dapatkan splint guard ni, boleh hubungi geng cleft kami Puan Iylia Khasim ya.. .. boleh jengah-jengah instagram beliau nak corak apa je boleh bagitau. Bukan itu saja beliau ada juga menjual straw botol untul memudahkan anak-anak cleft melajar minum menggunakan straw. Ummi dah orderkan Syahid untuk ajar dia sedut air melalui straw.

@iyliakhasim @iyliakhasim

wassap.my/60195161413
wassap.my/60195161413

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *