McDonald’s Educity Kini Dibuka!

Food Info Sharing

McDonald’s Educity Kini Dibuka! | Assalamu’alaikum. Yeay! McDonald’s Educity dah beroperasi semalam. So today, hari kedua lah kan. Lunch hour tadi gigih la Ummi dan Kak Leen meninjau port makan baru hahaha.. saja je nak rasmi hahaha. Orang Gelang Patah/ Iskandar Puteri dah tak payah la nak ke McD Mutiara Rini atau Bukit Indah ya.

McDonald’s Educity.. Mc Cafe.. drive thru.. 24 hours. Memang sesuai sangat di kawasan perkampungan students Educity (Students Hub).

Sampai-sampai je beriya kami beratur nak order makanan kat kiosk di ground floor. Orang ramai yang amatlah katakan. Siap yang nak tapau pun dibeli awal. Meja memang penuh semua. Bila naik atas pun meja penuh, tapi kiosk lengang gila. Cissssss.. kalau tahu terus naik atas hahaha.

Wefie satu kali lah. Kat atas ni ramai students universiti berdekatan.. dari ground floor bawa ke 1st floor penuh.. Adik-adik yang bujang trang tang tang kalau nak cari jodoh obersi pergi lah makan kat sana 

Ummi makan apa? Makan Ayam Goreng McD Spicy je. Terasa nak krup krap makan ayam panas-panas hehe. Dapat drumstick memang dah cun, sekali lagi satu dapat bahagian dada. Adoiiii.. sebat tekak. Ummi ni tak suka daging tebal tu. Tapi kalau dah terdesak macam ni, telan jek lah hahaha.

Tambahan Ummi makan McFlurry Nestum. Favourite ui! Kemain bersantai kami makan. tengok-tengok jam dah pukul 2pm hahaha.

Alkisah Mizan kirim bubur, dah serabut ramai orang sekali Kak Leen terbelikan set bubur Happy Meal hahaha. Patutlah pelik tetiba dapat toys. Kekonon kami ingat surprise gift sempena opening kahkahkah. Sekali sampai kat meja kotak Happy Meal tengok dalamnya ada bubur hahaha. Rezeki baby baru Mizan la ni dapat toys hahaha. Sorry baby.. aunty dah terbuka toys tu hehehe.

Hehehe oklah uolls, sekian berita hangit dari Ummi. Menunggu McD update online, samada PTP dalam delivery coverage ke tak hahaha. Kalau malas keluar makan senang order jek. Ehhhhh.. bila nak kurus Kek Nee? Tunggu tahun 2020 insha Allah! :p

 McDonald’s Educity Kini Dibuka! 

 McDonald’s Educity, Iskandar Puteri
(Bersebelahan pintu masuk Educity)

✔️ Drive Thru
✔️ Mc Cafe
✔️ 24 hours

Loading

Related Posts

2 thoughts on “McDonald’s Educity Kini Dibuka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!