5 Mac 2020 | Ilham Syahid Turns 1!

My Hero Kecil - Ilham Syahid

5 Mac 2020 | Ilham Syahid Turns 1! – Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Wa Syukurillah Wa Ni’matillah Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah! Muhammad Ilham Syahid genap 1 tahun hari ini 5 Mac 2020. Allahu Akbar! Allah jua yang Maha mengetahui segala sesuatu.. Dialah sebaik-baik perancang. Ummi speechless! Dua tiga hari ni memang mood Ummi kelaut. Hati sayu.. lagi-lagi bila tengok muka Syahid. Allah.. Allah.. Baik sungguh Allah.. walau Ummi banyak dosa, Allah titipkan Ilham Syahid sebagai ladang pahala.

Setahun yang lalu, 5 Mac 2019 jam 11.10pm.. seorang bayi lelaki comel dilahirkan secara caesarean di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Dilahirkan dengan takdir Allah cleft lip and palate (sumbing bibir dan lelangit).

Ummi masih belum mampu menulis episod kelahiran Syahid. Bukan tak nak berkongsi cerita memliliki anak cleft lip and palate (sumbing). Bukan malu.. tidak sama sekali. Sesungguhnya emosi Ummi sangat terganggu bila mengimbau kembali detik-detik melahirkan Syahid yang penuh tragis. Sepanjang taip entri ni pun air mata Ummi tak terbendung.

ILHAM SYAHID YANG ISTIMEWA – CLEFT LIP & PALATE

Pertama kali tengok Syahid masa dalam OT, dalam keadaan mamai masa tu Ummi tak tahu nak nangis ke tak. Yang Ummi nampak doktor bius yang berlinang air mata masa beritahu Ummi keadaan Syahid. Ummi cakap kat doktor, “tak apa doktor.. saya dah tahu keadaan anak saya dari dalam kandungan.. saya redho”. Lepas dari tu Ummi tak jumpa Syahid, sampailah hari Ummi nak discharge. Babah je yang melawat Syahid di NICU. Doktor nak pantau Syahid, nak pastikan Syahid cukup oksigen dan tak ada masalah lain. Luluh hati Ummi tengok Syahid menyusu dari tiub. Allahu akbar. Memang tak boleh tahan berjurai air mata Ummi. Seminggu kita berpisah. Barulah Syahid dapat balik ke rumah. Balik ke rumah dugaan lain pula menyusul. Syahid kena jaundice/ demam kuning selama 23 hari. Hari-hari kita berulang alik ke klinik. Sampailah satu tahap jahitan caesarean Ummi ada dugaan kecil. Masa tu Ummi agak down. Siap nangis padahal ujian Ummi tu kan tak seberapa pun ada orang lain lebih serius ujiannya dalam pantang.

Ilham Syahid from 1 month until 6 months old.

ANUGERAH TERINDAH

Ujian seterusnya kali ini, Ummi tak boleh susukan Syahid secara direct. Syahid tak boleh menghisap. Jadi susu Ummi pam dan bagi menggunakan botol susu yang bersudu atas nasihat doktor pakar kanak-kanak. Alhamdulillah, masih ada rezeki susu untuk Syahid, itu pun dah buat Ummi rasa sangat bersyukur.

Pernah hari ke 24 kalau tak silap Ummi, Syahid nangis nak susu. Bila dah susu Syahid sambung tidur semula. Tup-tup dalam pukul 4 pagi Syahid tersedak sampai susah nak bernafas. Allahu Akbar! Ummi nangis tak tahu nak buat apa, nasiblah Babah tenang je handle Syahid.

Masuk usia 2 bulan kulit Syahid semakin sensitif kesan dari plaster yang dipakai atas arahan doktor pakar plastik. Bila Ummi bawa ke klinik doktor kata Syahid menghidap eczema. Bermulalah epsiod eczema Syahid. Pertama kali Ummi berdepan dengan anak yang bermasalah eczema. Pengalaman baru. Ikhtiar sana sini. Kerana eczema tu jugalah 1st date untuk buat lip operation terpaksa ditangguhkan. Doktor pakar plastik rujuk Syahid ke pakar kulit HSA. Alhamdulillah kurang dah eczema di pipi kiri dan kanan. Tapi ada masa nampak merah semula walau tak seteruk yang dulu. Banyak betul ujian Allah bagi kat Syahid, Ummi dan Babah kan.. redho je la dik. Siapalah kita nak menidakkan kuasa Allah. Banyak ilmu baru untuk Ummi dan Babah bila hadirnya Syahid.

Ilham Syahid from 7 months until 12 months old.

12 BULAN YANG INDAH

Syahid.. jangan cepat sangat besar dik. Ummi rindu nanti bau manis Syahid tu. Syahid.. Ummi, Babah, abang-abang semua sayang Syahid sangat-sangat tau. Kami terima Syahid seadanya. Syahid tetap sempurna di mata kami. Ummi tak pernah rasa kekurangan Syahid. Ummi sentiasa ada untuk Syahid. Maafkan Ummi andai dalam masa setahun kehidupan Syahid, Ummi tak jalankan amanah Allah ni dengan baik. Maaf ya Syahid. Ummi Babah cuba buat yang terbaik untuk Syahid.

5 Mac 2020 | Ilham Syahid Turns 1!

Alhamdulillah, di usia 10 bulan dah banyak perkembangan Syahid. Dah terror turun katil setelah training 1 jam dengan Babah. Sebab dah banyak kali sangat jatuh katil, jadi Babah train Syahid turun naik katil sampai berjaya hehe.

Diusia 11 bulan, dah handal naik tangga sampai atas (dibawah kawalan Ummi dan Babah). Kemain lagi awak dik. Belum pandai jalan lagi, dah lepas tangan cuma masih takut-takut nak melangkah. It’s ok dik.. take your time. Kalau abang-abang tak ada depan mata mulalah dia menjerit panggil “aaaa.. aaaa” merujuk kepada abang hehe. Suka hati dia je kan hehehe.

BACA JUGA: Ilham Syahid & Ahmad Farabi – Kami Geng Cleft Lip & Palate

Sekarang, bila Ummi tanya, “siapa Ilham Syahid? angkat tangan..” cepat-cepat dia angkat tangan lepas tu tepuk-tepuk tangan. Alhamdulillah, Ummi rasa telinga Syahid tak ada masalah mendengar yang serious. Nanti kita pergi check up untuk follow up hearing test lagi ya dik.

Kelahiran Syahid membuka banyak pintu rezeki dan memberi seribu satu hikmah.. Ummi Babah doakan Syahid sihat selalu.. jadi anak yang soleh.. berjaya dunia akhirat.. semoga Allah permudahkan urusan Syahid.. insha Allah bila Allah izinkan nanti sampailah turn Syahid buat operation ya.. kita hanya merancang.. Allahu jua sebaik-baik perancang..

Happy birthday Ilham Syahid si penyejuk mata penenang hati! ?

p/s Aunty.. Uncle.. kawan-kawan, kalau nampak Ilham Syahid janganlah tengok gaya pelik ya.. macam saya alien.. saya manusia biasa je yang Allah berikan ujian sedikit.. kalau nak bertanya apa-apa tanya je dengan Ummi saya ok.. itu lebih manis. Ummi Babah saya sudi je berkongsi rasa dan pengalaman insha Allah..

JOM LIKE PAGE >> HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

3 thoughts on “5 Mac 2020 | Ilham Syahid Turns 1!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!